Tuesday, 3 July 2007

Tetamu Mengejut

Along call semalam beritahu anak Pakcik Hashim nak datang. Dia tanya kalau2 kami ada apa2 keperluan yang nak dikirimkan. Oleh kerana tak nak menyusahkan so kami mintak Along kirimkan cili kering ngan keropok. Hari ni adik2 tu sampai tapi dia orang tak telefon hinggalah pukul 6 petang baru dia orang call. Itupun sebab kawan2 yang dah janji nak tunggu dia orang tak de, nak tak nak dia org mintak tolong kalau boleh tumpang tidur kat rumah kami. Hmm.... tetamu bagai rezeki jadi tak baik ditolak, cumanya tetamu kenalah sedia terima keadaan yang seadanya. So malam ni dia orang berlima (Harizah, Hazlina, Fateen, Ana dan Hanif) tidur kat rumah kami. Alhamdulillah ....yang sempit Allah lapangkan, yang sikit Allah banyakkan. Aluq, Afiqah ngan Aqmar happy sebab kakak2 rajin melayan dia orang main Monopoly sampai malam. Kesian kakak2 .... tapi apa nak buat, bukannya selalu kami terima tetamu.







1 comment:

Anonymous said...

he3 nsib baik ade gak org yg nak tumpang kan kami eeee =) klo x sure kami2 nih tdo dlm kete jela hehehehe..time kasih byk2..nnt dh blk msia jumpe lg =)