Sunday, 22 July 2007

Silaturrahim

Rintik2 hujan tak menghalang perjalanan ke Pasar Avondale. Tujuan utama cuma untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran. Noktah. Dan hanya itulah yang dicari dalam keheningan dan kesejukan tiupan bayu pagi. Meski masih awal iaitu kira2 jam 7 pagi namun peniaga sudah lama bersedia menerima pembeli dan pembeli pula telah mula bersesak-sesak membuat pilihan. sesungguhnya itulah janji Allah..... setiap yang berusaha pasti mendapat timbal balasnya. Jam 12.40 kami bertolak ke rumah Abang Tengku di Manurewa bersama keluarga Kak Ita dan Abang Hashim. Allah mudahkan perjalanan dan kami tiba 20 minit kemudian. Abang Tengku yang dah sedia menanti bersama Elly dan abang Elly terus menjemput kami ke dapur. Kami dijamu dengan rendang daging, kobis masak lemak dan ikan Mullet bakar. Hmm.... sedap!! Terimakasih Abang Tengku dan keluarga ..... moga Allah murahkan rezeki dan berkati kehidupan. Jam 4.30 kami bertolak pulang dan Kak Ita serta keluarga dinner di rumah kami. Oleh krn tak banyak masa maka mereka cuma sempat dihidangkan dengan kari ayam, umai ikan, telur masin dan salad. Seronok dapat makan beramai-ramai dan sedih kerana mereka akan meninggalkan kami.








No comments: