Thursday, 1 October 2009

Ikhwan Masih Menangis

Masuk hari ni, kira dah 3 bulan aku tinggalkan Ikhwan untuk ke pejabat. Tapi sampai hari ni Ikhwan masih menangis setiap kali aku nak tinggalkan dia ...... "Mummy, Wan kut!" (Ikhwan ikut). Terpaksalah mama dukung dan pegang dia kuat2, bila aku dah pergi barulah mama boleh lepaskan Ikhwan. Tak dapat aku bayangkan kalau terpaksa meninggalkan Ikhwan di rumah pengasuh, tentu lebih dahsyat lagi. Apa perasaan aku tatkala menghadapi situasi itu?????? Tak dapat nak aku gambarkan, sesungguhnya ada pelbagai rasa .......sedih, pilu, sayu, gelisah, ....dan yang paling teruk sekali ialah rasa terkilan kerana terpaksa meninggalkan dia. Mendengar jerit tangis dia meruntun hatiku, satu kemujuran dia ditinggalkan bersama orang yang sangat aku sayangi dan percaya. Aku rindukan saat2 manis berdua dengan Ikhwan, hanya kami berdua. Mengulit Ikhwan dari pagi ke petang, hanya bila ayah dan abangnya pulang barulah aku menjarakkan diri seketika. Malamnya pula, Ikhwan masih di sisi ..... dan hingga kini Ikhwan masih tidur di sisiku bagai tak mahu berpisah kerana siangnya aku tiada, pergi tinggalkan dia. Ikhwan masih menyusu badan, tiada masalah bagiku kerana ia tidak sedikit pun memudaratkan kesihatanku atau Ikhwan buat masa ini. Alhamdulillah, semua itu dengan keizinannya jua.

Monday, 14 September 2009

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya ......bererti syawal kian menjelang. Dan adakah aku bakal menikmati Ramadhan akan datang????? Sesungguhnya mati itu pasti, tak beranjak walau sesaat pun seandainya ia telah tercatat dalam ketentuanNYA. Maka untuk itu sebaiknya aku manafaatkan setiap detik yang Allah kurniakan agar tiada penyesalan di kemudian hari.
Ramadhan kali ini dinikmati dengan sederhana sekali. Dengan jadual waktu yang padat dan tak memungkinkan aku untuk ke dapur maka menu berbuka biasanya bergantung atas apa yang mama masak. Aku sekadar membantu ............ Dengan 6 orang anak2 dan 2 dewasa kami berbuka bersama2.

Friday, 11 September 2009

Mendengar Arahan

Hai...menguji kesabaran betul bila berhadapan dengan pelajar2 ni. Geraaaaaaaaaamnya.....nak2 yang tak mahu mendengar (not listening). Sebelum mula ujian, aku dah bacakan arahan dan suruh dia orang (pelajar) dengar baik2. Tup2 bila dia hantar kertas ujian tu, apa yang diarahkan tidak dilaksanakan.
Adakah kerana tak boleh terima arahan?
Adakah kerana tak faham arahan?
Adakah kerana tak faham bahasa yang digunakan?
Adakah kerana tak suka dengan arahan?
Tak kiralah apa pun jawapannya, arahan yang diberikan pasti ada sebab di sebaliknya. Takkan lah aku suka2 bagi arahan. Bilalah bebudak ni nak matang agaknya????? Hish2 geram betul.

Itu belum lagi yang tak datang exam dengan alasan tertidur. Kalau dulu kelas pukul 8.00 pagi tapi sekarang dah dilewatkan ke jam 8.30 pagi. Sepatutnya dah cukuplah masa tidur selepas subuh tu tapi memandangkan dia orang ni pelajar2 kursus yang "banyak kerja" selalu jadi alasan maka waktu tidur tu masih tak cukup sebab dia orang tak tidur nak siapkan assignment untuk major subject. Kadang dia orang ni lupa, subjek yang aku ajar ni teras universiti, bererti kalau fail tak boleh nak graduate. Lantaklah.....aku malas dah. Pada peringkat ni rasanya dia orang dah patut tahu nak berfikir. Sesekali tu bolehlah nak ingatkan tapi kalau selalu2, tak laratlah.

Thursday, 6 August 2009

Ikhwan Dah 2 Tawunlaaaa.......

Hari ni 06.08.09 genaplah usia Ikhwan 2 tahun. Dah besar anak ummi, rasa macam baru semalam perut ummi memulas nak beranak. Tengok2 dah besar, memang cukup puas hatilah. Dalam usia 2 tahun, Ikhwan dah cerdik kejutkan kakak n abang sembahyang ......kak...yang! Selagi tak bangun dia akan tepuk sampai bangun. Suruh jer buat apapun, tak payah diulang arahan tu dia dah pun bergegas pergi. Sesungguhnya kehadiran Ikhwan benar2 satu rahmat buat Ummi. Terasa luruh hati melihat kejernihan wajah Ikhwan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui, menghantar Ikhwan dalam hidup Ummi ....pada masa yang tepat. Dialah pengubat lara tatkala badan rasa tidak berdaya, senyuman yang dihulur begitu tulus. Argh...sucinya hatimu sayang.......buat Ummi jadi takut dan risau. Walau apapun, Alhamdulillah yang penting Ikhwan sihat dan moga2 menjadi anak ummi yang Soleh. Doa Ummi mengiringi tiap derap tapak kakimu sayang.

Friday, 31 July 2009

Merapu ...

Rindunya nak menulis tapi masa benar2 tak mengizinkan. Pulak tu semester ni mengajar sampai 24 jam seminggu, rasanya macam takde masa untuk buat kerja-kerja lain. Penatnya tak usah cakaplah, tiap2 hari, petang baru sampai rumah. Nak rasa rindu kat buah hati pun tak sempat, kadang tu terlupa terus...hihi..sibuk punya pasal. Hari ni, lepas magrib baru sampai rumah. Itupun sebab terpaksa pegi kedai beli pen drive, kalau tak betul2 memang aku tak pegi beli tapi sebab dah urgent sangat nak guna, maka terpaksalah. Lepas solat kat rumah mama kami terus balik rumah. Sampai jer rumah, buat apa yang patut ......bum tido.
Terkadang bila aku sempat duduk mengelamun seketika, terbayang saat2 indah berdua2an dengan Ikhwan. Itulah saat yang paling aku rindukan saat ini. Pagi2 bila aku nak ke ofis, kadang Ikhwan ok, tapi kadang tu nangis jugak. Paling sayu masa tengok dia berdiri kat pintu pagar tu menghantar sekujur pandangan yang sayu. Aduh...luruhnya hatiku. Kemujuran yang paling membahagiakan ialah dia berada dalam jagaan seorang nenek yang amat menyayanginya....bukan pembantu rumah dan bukan seorang pengasuh. Itu sajalah yang dapat mengubat duka hatiku....andai mama tak de..... Hakikatnya semua anak2 mendapat penjagaan mama semasa kecil kecuali Afiqah yang cuma sempat dihantar 2 bulan ke pusat jagaan. Pulangnya aku disambut dengan dakapan erat atau "big hugs" dari Ikhwan. Senyumannya ikhlas, membuatkan badan lesu terasa segar, otak yang tepu terasa mengalir darahnya...... Kebiasaannya bila pulang, Aluq, Afiqah atau Baby pasti ada bersama Ikhwan. Sesungguhnya aku benar2 bertuah dianugerahkan Ikhwan pada saat aku amat memerlukan dan kehadirannya benar2 tepat untuk aku sekarang dan akan datang.

Thursday, 9 July 2009

Diserang.....

Pagi ni badan rasa macam tak sedap, kepala bengal semacam. Mujurnya kelas mula lewat hari ni....12.30. Hantar anak2 ke sekolah dan hantar Ikhwan kat rumah mama. Lepas tu terus ke sekolah ...... Lela pulak ajak pegi breakfast lempeng kelapa. Mamat lempeng tu pulak lembap giler, terhegeh2, tapi aku malas nak bising. Lela jer yang asyik tanya2, kesian dia lapar, maklumlah ibu mengandung. Aku sempat pegi klinik kat dalam kampus mintak ubat demam, batuk dan sakit tekak. Nak jumpa doktor tak larat sebab student terlampau ramai. Kul 1230 masuk kelas kat Building Art n Design, panaslah pulak bilik tu. Bila cakap ngan student aku rasa cam tak sihat, dia orang pun jawablah....Madam, if you dont want to have class, it's ok for us. Memanglah ok sayang oooiiii tapi nanti kalau kena, saya jugak yang kena. Habis kelas tu kena tunggu 2 jam pulak untuk kelas kul 4.30. By the time aku sampai rumah lepas habis kelas kul 6.20 tu, badan aku dah tak larat. Mama tanya dah pegi doktor ke belum, aku jawab belum. Tak lengah lagi lepas maghrib dia ajak aku pegi hospital. Seperti biasa mama memang tak boleh duduk diam bila tiba bab sakit2 ni. Mujur tak lama menunggu, badan aku dah sakit2. Malam ni mama suruh tido kat rumah dia. Memang pun, aku dah tak larat nak memandu....... Di saat2 sakit ni teringatnya kat buah hatiku nun jauh di mata. Kalau abang ada kan best.....

Tuesday, 23 June 2009

Hari ni pagi2 lagi lepas hantar anak2 sekolah aku pegi beli makanan sarapan + lunch. Lepas sarapan ketupat serunding, aku hantar Mama n Achik ke pelabuhan. Dia orang nak ke Bukit Tinggi ziarah kubur arwah ayah. Dah lama mama tak ke sana dan kebetulan minggu lepas genap 12 tahun ayah pergi menemui PenciptaNYA. Then aku terus ke pejabat.... sampai sana terus ke bilik Induk. Aik apasal gelap jer ni??? Rupa2nya dia kat bilik singgah. Kata dia bilik dia kat Bangunan Maintenance lama .....dengan konfidennya aku pun pegilah ke bangunan Pejabat Pengarah lama. Bila dah sampai situ baru aku perasan tu bangunan Pejabat Bendahari, ni kira dah sesat lah ni. Yang lebih memenatkan bilamana Ikhwan tak nak jalan tapi mintak dikendong. Sebabnya jalan tar tu ada air bertakung dan dia jijik. Adui penatnya. Alang2 dah sampai, terus lapur diri kat Pentadbiran dan lepas tu baru ke Pejabat Induk Ros cum Koordinator B*****. Maka dapatlah Jadual waktu ..... Aku dapat 22 jam semester ni dan yang tak bestnya hari Rabu dan Khamis kelas tamat pukul 6.20 petang. Nampaknya bulan Ramadhan nanti terpaksalah pecut balik untuk berbuka. Kalau rumah sebelah pejabat takpe jugak, ini nak kena drive setengah jam untuk sampai. Sabar jerlah.

Friday, 19 June 2009

Barang2 Dah Sampai

Mama ajak balik kampung pagi ni carik durian. Jadi lepas hantar anak2 sekolah lebih kurang jam 8.30 pagi kami pun bergerak menuju ke kampung. Dalam perjalanan, dapat panggilan dari Vijay Shimetsu mengatakan barang2 dah ada dan untuk menjimatkan kos storage, dia tanya ok tak kalau terus hantar ke Melaka hari ni. Kalau ok, Vijay nak suruh driver bertolak waktu tu jugak. Oklah....lagi lewat lagi susah. Kami teruskan perjalanan ke kampung dan sampai 20 minit kemudian. Terus masuk kebun dengan wheel barrow untuk kutip durian. Fuih nostalgia betul....teringat zaman kekecik dulu. Lepas subuh aku ngan Eda ditugaskan pegi cari durian kat baruh dengan kat paya. Masa tu tak de rasa takut pun, samada takut kat binatang atau orang. Kira selamat lah. Lepas tu sarapan selonggok durian. Erkkkk....kenyang Alhamdulillah. Puit!! bau durian jer...lepas tu angin satu badan. Mulalah kentut kentut...hihi. Carik durian ni ada jadual waktu nya, so kami yang kecik2 ni lah yang kena bertugas tapi seronok. Kat rumah mak long tu ada ladang kemunting, best bila masuk ladang tu carik kemunting. Memang aku dok kat bandar tapi tok leh tipu lah kalau citer pasal kampung. Setakat gi bondar mengail ikan, menimba ikan, masuk je ikan yang dapat dalam poket sebab takde baldi, itu kira biasa. Masuk ladang getah, tengok orang proses getah buat getah beku, carik segerap .....hish macam2 lagilah. Dah jauh melalut pulak .... Lepas ambik durian penuh satu bonet kereta kami ke rumah mak lang. Kononnya nak tolong mak lang masak lauk tempoyak tapi disebabkan barang2 tu nak sampai maka terpaksalah disingkatkan lawatan tu. Ambik lauk seperiuk dan balik. Lebih kurang jam 1 lori pun sampai. Oleh kerana drivernya sorang dan aku pun sorang maka kami berdualah yang mengangkat barang dari atas lori ke dalam rumah. Tak lama lepas tu mama dan afiqah datang tolong. Maka perempuan 3 generasi inilah yang memunggah 91 kotak barang yang kebanyakkannya buku. Nak putus rasa pinggang tapi apa nak buat ....... Banyak jugak kosnya yang perlu dibayar berbanding dengan shipping dari UK dulu. Dengan hanya 200 pound, barang siap dihantar depan rumah. Ini nak kena bayar macam2 lagi, dengan kata lain kos yang dibayar pada agen di Auckland bukanlah kos sebenar. Sekurang2nya kena tambah lagi 7 atau 8 ratus ringgit sebab shipping line fee jer dah RM450. Sudahnya, rumah dah penuh semula dengan kotak. Mujur aku belum start mengajar, bolehlah kemas sikit2. Letih betullah ...................

Thursday, 18 June 2009

Taukeh Durian

"Ah Wan" Taukeh Durian

Foto ni diambil masa musim durian baru ni. Ikhwan cukup seronok bila bawak pergi dusun durian. (Maori tak pernah jumpa dusun). Dengan gumboots dia berlari-lari kat dalam kebun tu tanpa rasa takut. Cuma sesekali terdengar keluhan "Mut Dedet-Semut Gigit". Ikhwan memang besar hati, buah durian tu dia yang kutip, wheel barrow tu dia yang nak tolak .......
Seronok dapat lepas bebas .....selama kat Auckland asyik terkurung dalam rumah atau paling tidak pergi park yang ..... Dapat kebun durian, apalagi.....dunia ini ana yang empunya!!!!!!

Tuesday, 16 June 2009

Bebas lah kami dari belenggu

Pagi2 lepas sarapan wad attendan dah ajak turun untuk periksa darah. Hai menjeritlah lagi Ikhwan nampaknya ..... Sementara tunggu petugas tu sediakan peralatan, Ikhwan setia menanti atas pangkuan. Petugas tu pun terus urut2 jari Ikhwan dan tap jarum pun masuk. Aik...cool jer Ikhwan, hari ni tak nangis pulak. Mungkin sebab dah baik atau dah nak balik. Fuhhh lega. Lepas naik ke wad Ikhwan main2 ngan rakan sewad sambil aku sembang dengan mak si Ashraf tu. Dalam kul 10 attendan ajak ke Klinik doktor kat level 2. Alhamdulillah bilang sel putih dah turun lagi 8.6. Aku yang memang tak paham tanya kat doktor tu apa maksud banyak dan sedikit jumlah sel tu. Maka Doktor Tee menerangkan siap ngan analoginya sekali. Whatever, yang penting hari ni kami bebas. Doktor kata dah boleh keluar tapi kenalah tunggu mama selesai ambik anak2 sekolah. Sudahnya pukul 3 baru kami pulang berbekalkan 4 bungkus beriani pemberian Amelia ibu Ashraf yang sememangnya tokeh kedai nasi beriani. Jazakallah.

Saturday, 13 June 2009

Sehari selepas...

Selamat Hari Lahir Baby yang ke 10. Kita terpaksa raikan kemudian kerana banyak halangan yang datang.
Abang baru saja berangkat pulang ke Auckland semalam dan hari ni dah terasa sepinya tanpa dia. Pagi lagi mama, mak lang, ani, fairuz, yati n inas berangkat ke Batu Pahat untuk majlis bertunang anak Paksu....Ashrul. Sekejapnya masa berlalu, dulu kecik jer si Ashrul masa dia cakap nak balik kampung .....Belgium. Dan hari ni dah bertunang. Jadi projek hari ni adalah mengemas rumah dan kain baju yang banyak tak berlipat. Maklumlah kat sini panas, asyik salin baju jer sebab peluh. Jadi banyaklah baju yang nak dibasuh dan dilipat. Duduk2 lipat baju terasa panasnya badan Ikhwan masa dia duduk di pangkuan. Tak lengah terus bawak gi klinik mawar. Risau sebab sekarang kan banyak penyakit yang bukan2, denggi, H1N1 lah dan macam2 lagi. Doktor kata ok tapi lepas makan ubat demamnya terasa macam takde perubahan. Tunggu mama baliklah....bila mama balik jer, Encik pulak nak ke hospital. Kencing tak lepas, jadi mama terus bawak Encik ke Hospital Besar. Balik dari hospital mama rasa badan Ikhwan .... panasnya. Terus tuam ngan airbatu dan bila masih panas lagi maka kami sepakat ke Mahkota Medical Centre. Doktor buat blood test dan oleh kerana white cell tinggi maka doktor nasihatkan supaya Ikhwan tinggal kat wad. Maka bermalamlah kami di wad. Sedihnya, sepinya...dahlah abang takde, kena dok wad sorang2, takut pun iya jugak. Letih tak usah cakap. Risau berganda2. Mujur ada mama untuk tengokkan yang 3 lagi kat rumah tu.

Friday, 12 June 2009

Kau Pergi Jua......

Hari ni hati aku mendung.....abang akan berangkat ke Auckland malam ni. Hambali datang ziarah sebelum abang berangkat pulang. Syahira pulak beritahu dia akan viva hari ni pukul 1p.m waktu NZ. Insyallah aku doakan moga Allah mudahkan dia. Lepas solat Jumaat kami ke klinik sekejap sebab abang nak ambik suntikan untuk flu. Dalam pukul 4.30 kami bertolak ke KLIA. Dalam perjalanan Syahira text beritahu dia dah lulus. Alhamdulillah ......perjuangan dia hampir selesai dan tak sia2 pengorbanan dan usaha. Sesungguhnya rezeki manusia itu telah Allah tentukan, maka itulah ketetapan buat dia. Memang aku tersangat gembira, macam aku pulak yang lulus tapi aku tahu macam mana sukarnya bila belajar tapi ada tanggungjawab lain terhadap anak2 dan suami. Suami pulak jauh di mata.... Memang tabik kat dia sebab dia siap dalam tempoh 3 tahun lebih sikit je itu pun sebab viva lambat. Boleh dijadikan cabaran buat mereka yang single terutamanya sebab tumpuan dia orang cuma untuk studi.
Di airport Along n famili dah tunggu dan Mak Ilah pun dah sampai. Dia akan terbang ke Auckland bersama abang. Selesai solat Maghrib abang pun masuk untuk berlepas .........

Thursday, 11 June 2009

Tetamu Dari Segamat

Semalam lagi Pakcik Hamidon Ayah Syahira dah text beritahu dia nak datang. Kami ok jer. Lebih kurang jam 3 Pakcik Hamidon sampai bersama seorang kawan yang menurutnya adalah bekas Ketua Trafik Melaka. Yang lebih mengharukan ialah dia datang bawak sebakul durian ....adalah dalam 30 biji. Sedihnya, dari jauh dia datang bawak durian tu semata2 nak bagi kami makan. Moga Allah jua yang melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah buat dia. Dalam sembang2 tu, kawan Pakcik Hamidon sempat jugak promosi beberapa lokasi makan yang sedap kat Melaka ni. Maklumlah dia kan polis trafik, merata2 tempatlah dia tahu dan jelajah. Kebanyakan tempat tu kami tahu tapi ada satu jer yang kami tak tahu iaitu roti nan kat Taman KotaLaksamana. Sudahnya lepas dia orang balik kami pun pegi carik roti nan tu, jumpa!!!! Memang sedap. Ngan ayam tandoori lagi ....satu set 7 ringgit lebih. Terubat rindu nak makan roti nan.

Saturday, 6 June 2009

Selamat Pengantin Baru n Selamat Hari Tua

Program hari ni semestinya Majlis Perkahwinan Ani kat Dewan Hang Tuah. Rasanya cukup simple dan jimat. Seawal jam 9 kami dah ke dewan untuk menyediakan apa yang patut sebelum majlis bermula. Bilamana tetamu mula datang maka kesibukan mula terasa. Seronok ....dapat jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Encik pun tak nak ketinggalan walaupun hanya duduk di kerusi malasnya. Bak kata Ani, boleh merajuk dibuatnya kalau tak diajak dia ke dewan. Selepas pengantin makan dan keluarga pihak lelaki dah balik maka barulah dibuat acara potong kek. Tetiba Ani panggil ajak ke depan ...... buat apa??? Rupa2nya nak suruh potong kek dan ucapan Hari Lahir dari semua yang ada di Dewan. Huh! Malunya...dah tua2 ni ada surprise lak. Lepas ni, Ani sambut ulangtahun perkahwinan sama ngan birthday aku lah. Selalunya Agung jer yang nak sambut birthday ngan aku tapi sekarang dah bertambah ahli yang sudi meraikan 6 Jun. Kuang...kuang..kuang.

Wednesday, 27 May 2009

Apa Program?

Seperti biasa jam 7.00 pagi dah ada depan rumah mama untuk pick up Fadilah n Raudhah ke sekolah bersama Luqman, Afiqah n Aqmar. Maka bersesak2lah dalam keta macam ikan sardin. Bila terbayang sesaknya Jalan Tengkera dan Jalan Gajah Berang ......hai...mengeluh panjang dibuatnya. Lepas hantar dia org abang ajak pi breakfast mee jawa kat Tanjung Kling. Sampai situ kedainya masih tutup so kami pusing2 kat Pantai Tanjung dan singgah beli ayam segar 2 ekor. Harga mestilah RM ....baru 20 ringgit. Kalau kat Auckland sah2 NZ22 .....hihi jangan marah org Auckland. Lepas tu pi kedai mee jawa tapi rupanya kedai tu dah tak wujud sebab org lain yang jadi pemiliknya. Maka mee goreng jer lah untuk sarapan abang pagi ni. Aku cuma minum teh o ngan Ikhwan. Dalam perjalanan balik mama call mintak tolong bawak Encik ke hospital untuk check up. Boleh jer maklumlah penganggur untuk sementara. Ya Allah apa ramai benar org kat Klinik mata ni ....no giliran semasa 1038 dan kami dapat no 1142. Bayangkanlah berapa lama nak tunggu. Masa tu baru pukul 9.20 dan staff kat kaunter siap bagi nasihat supaya pegi minum dulu. Sudahnya pukul 12.30 baru selesai dan balik. Kelam kabut masak ngan mama dan Abang pulak ambil anak2 dari sekolah.

Friday, 15 May 2009

Baca Yasin

Kebetulan mama rajin baca Yasin dengan anak2 murid yang mengaji ngan dia jadinya minggu ni aku mintak buat baca Yasin kat rumah ni. Cuma untuk wanita ajalah dan aku sediakan spagethi sebagai hidangan. Kalau kat NZ sebungkus spageti harganya NZ 1.25 yang murah dan kat sini RM4.50. Maklumlah itu bukan makanan ruji orang Malaysia kan?!! Whipping cream pulak sebotol RM25 .... terkulat2 jer pandang ...Cheese pulak 250 gm RM10 ke atas .... tapi tak heran sume tu sebab makanan banyak kat sini. Tak boleh makan western pilih aja menu negara lain....berbagai2.
Ramai jugak yang datang untuk baca yasin ...Auntie Salmah, auntie Zizah, Makcik Jah n Esah, Kak Helen, Makcik Rosiah dan 6 org kanak2. Cukuplah tu. Lepas baca Yasin kami baca Quran sorang beberapa ayat dan lepas tu selesai. sedia untuk menjamu selera. Selain spageti ada apam beras, kuih lopez, kek gula hangus, buah oren dan honey dew. Kak Helen bawak pisang setandan .... ada jantung pisang lagi. Sedapnya buat kerabu ....yumyum

Tuesday, 5 May 2009

16 kali keluar masuk rumah

Bila tiba hari Selasa memang pening .... Pagi2 keluar hantar Luqman, Afiqah, Aqmar, Fadhilah n Raudhah ke sekolah. Pukul 1.15 keluar ambik Aqmar dan Fadhilah. Afiqah ada kelas tambahan sampai pukul 2 dan Raudhah ada tasmiq sampai pukul 2.30. Balik rumah tunggu Aqmar n Fadilah makan n solat pas tu pegi hantar dia org ke sekolah semula untuk ko kurikulum. Aqmar akan habis jam 4.30 dan Fadilah habis jam 3.30. Masa yang sama ambik Afiqah dan tunggu Raudhah selesai dan lepas tu terus pegi ambik Luqman. Sampai rumah, Afiqah siap untuk tuisyen dan Raudhah siap untuk KAFA. Mujur Afiqah pegi tuisyen jalan kaki dan keluar pulak hantar Raudhah ke kelas KAFA jam 2.45. Balik rumah untuk rehat sekejap lepas tu keluar lagi ambik Fadilah jam 3.30. Fadilah bersiap dan hantar ke KAFA dan terus pergi ambik Aqmar dari ko ku. Hantar Aqmar balik rumah mama dan siap untuk ke kelas tuisyen. Macam tu lah bila tiba hari ko ku lah, kelas tasmiq, kelas tambahan ..... besi pun bengkok. Penat giler...maklumlah masa kat Auckaland asyik dok melepak. Cuaca pulak panas dan hati memang selalu panas bila memandu kat sini.
Lepas Maghrib pulak Syakir n famili datang nak kongsi maklumat tentang Auckland. Mereka bakal ke sana kelak.....

Saturday, 2 May 2009

Kebebasan Buat Ikhwan

Aku rasa Ikhwan adalah kanak2 yang paling gembira terlepas dari belenggu Auckland. Tiap2 hari dia nak main kat luar rumah .....kadang2 tido dalam longkang, menyapu sampah, cabut rumput, mengecat dan tido dalam timbunan daun kering. Bergaya dengan gumboot, dia akan berjalan dari halaman depan ke belakang. Bila dipanggil masuk ke rumah memang meraung2lah dia. Terpaksalah kakak2 atau abang atau ayah temankan dia kat luar. Ummi memang tak suka dok luar....paneh. Teringat kat Eden View dulu asyik dok dalam rumah dan pernah 2 @ 3 hari tak keluar dari pintu rumah. Kalau time winter ni lagilah....jangan harap nak main kat luar. Tapi berada di Malaysia yang bercuacakan musim panas sepanjang tahun maka nikmat itu dimanafaatkan sebaiknya. Kalau ke rumah mama pun Ikhwan tetap main di luar rumah. Kucing yang ada dikejar hingga mencicit2 larinya kucing tu, turtle Aqmar jadi salah satu perhatian, buaian buruk pun seronok dihayun.
Ikhwan ni bila diberi mainan dia tak berapa suka ....alatan yang seronok dijadikan mainan adalah shovel, hammer, penyapu ..... Tahu jer dia nak menggayakan alatan2 tu bila dia dapat memegangnya. Badan Ikhwan pun dah susut sikit, mungkin sebab banyak sangat bermain. Tapi takpe asalkan sihat sudahlah.

Wednesday, 29 April 2009

Melancung ke Bandar Hilir, Melaka

Dah cantik sungai ni. Siap ada cruise lagi ....
Cendol 3!!!!!!

Lambatnya cendol ni........


Bangunan merah


Cantik tak beca kat belakang tu?


Haha...sebenarnya tujuan kami ke Bandar Hilir (Riverside) adalah nak ziarah Apek buat cermin mata. Sebelum kami pergi Apek tu ada beritahu kedai dia kena rompak dan peralatan buat cermin mata kena curi. Kali ni bila kami tiba di situ dan mencari kedai apek tu, tak bukak pulak kedainya. Singgah di kedai jirannya maka kami pun bertanya khabar, rupanya Apek favourite kami dah mati....huhuhuhu. Kalau buat spek ngan dia memang murah dan tahan, tak pernah lebih dari RM200. Kelanjur dah sampai sini dan bayar parking untuk sejam (60 sen je bukannya NZ4 kat city) maka kami pun pegilah membasahkan tekak kat gerai cendol. Cantik gak Melaka ni, patutlah dapat pengiktirafan dari UNESCO.

Monday, 27 April 2009

Daftar Sekolah

Plan nak daftarkan Luqman ke sekolah. Setelah berbincang, Sek. Gajah Berang merupakan pilihan yang paling sesuai memandangkan sekolah tu merupakan salah sebuah sekolah harian yang terbaik, jaraknya dekat (2 km) dan sehala dengan sekolah anak2 perempuan. Bila hantar atau jemput dia org ke/dari sekolah cuma perlu buat satu loop jer. Telefon PPD dan menurutnya sekolah tu dah penuh tapi kalau pengetua sudi terima maka tak jadi masalah. Aku dan mama ke sekolah tu dan jumpa Pengetua .... oppss Puan Uxxxx rupanya ...bekas cikgu aku masa Form 1 dulu. Alhamdulillah dia bagi green light walaupun berkali-kali jugak dia mintak kepastian samada aku benar2 nak daftarkan Luqman kat sekolah tu. Sebabnya salah satu majoriti student adalah dari kalangan pelajar Cina. Seterusnya kami ke PPD di Air Keroh. Hai...banyak pulak kehendak borang nak masuk sekolah ni...salah satunya IC Luqman. Nasihat kerani tu pergilah buat IC dan fotostat resitnya. Masa buat IC pulak nyaris kena denda lewat tapi sebab ada boarding pass alhamdulillah. Denda taklah banyak mana RM11 jer kalau kena bayar pun.

Luqman sibuk buat IC maka Ikhwan turut sibuk berposing

Selesai buat IC di Air Keroh juga, kami ke PPD semula dan urusan pendaftaran sekolah Luqman selesai. Pegawai tu musykil jugak nak beri kebenaran sebab sekolah tu memang dah penuh tapi lepas dia hubungi Puan Uxxxx, semuanya terbukti benar belaka. Esok Luqman mula sekolah.

Ikhwan posing lagi kat PPD

Balik dari urusan tu kaki abang sakit pulak dan aku terpaksalah ke Bee Loon sensorang untuk beli pakaian sekolah. Parking punyalah susah, jauh pulak tu, dengan mengendong Ikhwan...rasa nak pengsan tengah jalan. Ditambah dengan kesesakan lalu lintas, jenuh tekan clutch. Malamnya ke Tesco untuk beli kasut sekolah. Mujur ada saiz, kalau tidak...Luqman ke sekolah pakai selipar Jepun lah.

Saturday, 25 April 2009

Datang Tak Bersambut, Pulang Tak Berhantar


Terlebih dahulu mohon maaf kerana balik senyap2. "Datang saya tak bersambut biarlah pulang saya tak berhantar. Lagipun tak tergamak nak mencuri seminit dua masa kawan2 sebab kebanyakan kawan2 kat Auckland .....masa mereka terlalu berharga untuk diluangkan bersama kawan2. Maka pulanglah saya membawa hati yang lara."

Fuiyo syahdu ....ramai yang tak berpuashati atas kepulangan aku yang tidak berbunyi. Rasanya itu yang terbaik untuk aku dan mereka. Lagipun setakat nak balik Malaysia jer...apa sangatlah. Ada tu yang dok Auckland tapi balik Malaysia cam balik kampung jer. So oklah tu kan.

Friday, 24 April 2009

Perjalanan Terakhir

Hari ni bak kata abang pada Zati semasa Zati bertanyakan kenapa kami tak dapat hadir untuk majlis MAPSA esok 25 April, Mohamad pun jawab "Kak Fidah nak jalan last kopek....". Inilah perjalanannya dari Auckland ke Malaysia. Tepat pukul 9 shuttle datang dan kami terus ke airport. Tiba di airport kami beratur untuk check in dan alhamdulillah semua barang2 selamat .... bererti takde excesss luggage dan takde yang perlu dibuang. Risau jugak sebab kambing jer dah satu setengah ekor, buah2an cam feijoa, persimmons, peach, kiwi hampir 20 kilo. Harap2 semua ok, kalau ok rezeki anak2lah. Dan yang bagusnya stroller yang bapak besar tu tak ditimbang. Hish kalau ditimbang .... kuranglah jumlah barang yang dapat dibawak. Sementara menunggu penerbangan, kami ke Tingkat 2 dan kat situlah kami lepak sambil borak2 ngan Syahira sebelum berlepas pulang. Tu lah antara kawan2 senior yang ada, sedih jugak nak tinggalkan dia. Tapi rasanya dia pun tak lama lagi baliklah tu. Harap2 Allah mudahkan urusan viva dia.
Kami tiba di Malaysia jam 8.15 malam dan selesai semua urusan kami keluar di ruang menanti menunggu ketibaan mama dan anak2. Riangnya hati tak terkira bilamana dapat mendakap mereka dalam pelukan. Alhamdulillah perpisahan seketika dengan mereka ternoktah di sini. Malaysia, aku kembali ....... kembali meneruskan kehidupan!!!!

Thursday, 23 April 2009

Macam2

Hingga hari ni visa dan paspot abang masih di International office. Macam mana ni, banyak cekadak betul imigresen NZ ni, oleh kerana dia tak puas hati ngan Medical Report maka abang cuma diberi interim visa untuk Education visit. Harap2 hari ni dapatlah paspot tu sebelum pukul 4, kalau tak macam manalah kami nak balik. Pagi ni aku ajak abang pegi beli buah2an dan souvenirs sementara Luqman ke library untuk kali terakhir. Balik dari kedai kami kemas rumah seadanya dan bersiap nak ke rumah Syahira. Sebelum ke rumah Syahira kami singgah di International ofis nak ambik paspot Mohamad. Alhamdulillah dah siap. Kemudian kami ke rumah Syahira tapi hanya Pakcik Hamidon yang ada sebab Syahira ke North makan angin dengan Azhar n the gang. Jadi kami tinggalkan kereta dan naik bas balik rumah. Sampai rumah terus check e mail untuk pastikan UteM dah e mailkan tiket tapi dia cuma e mel tiket Mohamad. Tak boleh jadi ni, kenalah mintak tolong mama telefon agen flight tu dan apa yang diberitahu lebih memeranjatkan. UteM tak book tiket utk Ikhwan ....mujur mama telefon dan terus mintak book tiket utk Ikhwan dan emailkan tiket kat kami. Ehhh macam tak iya jer nak balik.....

Friday, 17 April 2009

Roti Canai Teh Tarik

Ikhwan bersama Namir dan Athirah
Luqman : Ntah bila dapat jumpa semula kawan2 ni?

Luqman dan Nazim


Pegi carik kotak kat Bunnings bilamana Syed call nak ajak datang rumah. Halamak jemputan yang tetiba ni yang payah sikit, tapi tak baik menghampakan harapan orang. So kami janji datang lepas Maghrib. Macam tau2 je Najmah dan Syed ni yang kita org akan balik tak lama lagi dan pastinya jemputan ini seperti ingin meraikan kepulangan aku. Susah payah Syed tebar roti canai ditambah ngan kari ayam yang umph dan tarik teh. Alhamdulillah moga Allah tambahkan keberkatan rezeki untuk kalian sekeluarga. Dan turut sama adalah Bad n famili juga untuk kali yang terakhir ......

Thursday, 16 April 2009

Snells Beach, Rodney District

Terasa nak berjalan jauh sikit....dan bila cadangan dikemukakan maka jawapannya....Siap dan jalan. Hmmm...nak bawak bekal apa ya... nasi lemak, rendang ayam, roti pizza dan buah-buahan. Cukuplah tu ....simple.






Ikhwan sibuk nak bertukang.....overtime walaupun cuti Easter


Luqman n Ikhwan

Bergambar kat tepi semak


Cantik tempat ni



Dedaun merah tanda kebesaran Allah ..... yang hijau jadi merah, yang merah jadi kuning, yang kuning gugur ke bumi ....... musim luruh datang lagi. Dan aku???!!! Masih tegak di sini. Menikmati nikmat dan anugerah.



PARRY KAURI PARK, Warkworth

Pelajar Kolej muda


Warkworth town centre


Sandspit.....fish

Dan akhirnya di sini kami berlabuh menikmati hidangan tengahari sambil menghirup nyamannya bayu.
Dalam perjalanan balik kami singgah di Honey Centre. Geramnya tengok berbagai2 jenis honey ..... Memang elok dan boleh jadi ubat


Sunday, 12 April 2009

Balik Kampung

Balik kampung?????.... Hahaha...kampung Howick je atau nama glamornya Howick Village. Memang dah lama nak pergi tempat ni tapi asyik tangguh2. Aku memang suka baca novel lama2 yang berkisar sekitar sebelum dan selepas perang dan kebanyakan latarbelakangnya adalah sebagaimana yang digambarkan kat Village ni. Bila jalan kat sini mulalah khayal sorang2, lupa datang sini ngan buah-buah hatiku. Dua Hero besar kenalah jaga sorang hero kecik sebab heroin nak melawat set dan menghayatinya. Hihihi.

Dalam church .....kebetulan ada majlis perkahwinan sebelum ni.

Buai laju-laju...........



Di pintu masuk rumah utk askar berpangkat rendah/prebet bersama Julia dari tahun 50 an.


Seronoknya main jongkang jongkit tu...!!!




Puas hati jugak pusing kampung ni. Luas. Teringat Mini Malaysia kat Melaka tu...... Apasal ni...asyik teringat kampung jer....hai bilalah nak balik ni....



Saturday, 11 April 2009

Kambing Masak Lemak

Sarapan pagi ni ditaja oleh Ridzuan dan Azizah sekeluarga. Alhamdulillah moga Allah murahkan rezeki mereka. Bila sarapan tu teringat dulu2 kat Malaysia. Pagi2 mama telefon.... breakfast kat rumah mama pagi ni ... mama dah goreng mee. Yea yea .... tak payah masak.

3 keluarga - Keluarga Ridzuan n Azizah, Anas n Hafizah dan keluarga Mohamad n Afidah.

Kakak tumpang - Ikhwan memang cukup senang kalau dilayan oleh kakak. Oleh kerana kakak sendiri dah terbang maka terpaksalah menumpang belaian kakak Alia untuk seketika.
Thanks Kakak Alia - Big hugs and kisses for u. Will remember u 4 eva n eva.
Riangnya hati, tawa yang luhur .........
Kalau letak muka2 pelajar Phd sebelah dia org .....hihihi
Masa baru2 sampai ...ceria! Masuk 3, 4 bulan ...haha...muka dah keruh semacam. (Rujukan: Berdasarkan pemerhatian selama 3 tahun terhadap pelajar2 Phd Auckland.)



Macam mengidam je..... Kamarul dan Aisyah berhajat nak makan kambing. Alhamdulillah dengan besar hati kami terima kunjungan mereka. Sudi juga mereka berkunjung ke Mahligai di tepian rimbunan buluh ni. Ikhwan yang paling gembira kalau ada tetamu sebab selalunya dia cuma bersendirian dengan Ummi. Sesekali nak juga bertukar suasana.




Mohamad dan Ikhwan bersama keluarga Kamarul

Ikhwan dan Keluarga Kamarul

Ikhwan dan Azizi ....mungkinkah kita akan bertemu suatu hari nanti????? Foto ini bakal jadi bahan bukti bahawa kita pernah bersua dan bercerita.

Thursday, 9 April 2009

Mentadak mentadu @ Praying Mantis (Mantis religiosa)


Kenal tak mentadak mentadu ni? Dah lama aku tak jumpa kawan lama ni tapi sejak akhir2 ni banyak pulak binatang ni kat rumah. Mungkin sebab banyak pokok buluh kat depan tu .......
Ikhwan ngan Luqman cukup takut ngan mentadak ni, Ikhwan panggil tadak tadu. Kalau tanya camana Ikhwan sleep? Dia pun jawab krooooooohhhhh. Entah kenapa bila tengok mentadak ni teringat belalang sawah sebab warna dia sama. Masa kekecik dulu kalau pegi kat sawah depan rumah Encik tu, kami cari belalang, dapat beberapa ekor kami pun bakar pastu makan. Sedap!!! Bau dia pun tersangatlah harumnya. Kalau tak cari belalang, kami gi mancing. Aku memang tak de bakat memancing ..... madang tak dapat ikan. Tapi sepupu sepapat yang lain selalulah dapat ikan. Pernah sekali kami pi "bondar" menimba, dapat banyak ikan, ada belut lagi. Encik siang belut tu dan goreng. Sedap rasa dia cam ayam. Kalau tak memancing, aku kadang join sepupu lelaki main rounders atau bola. Seronoknya masa tu..... fikiran tak runsing, main, main dan main.
Sedikit keterangan mengenai Mentadak dari sumber yang berikut:- (Sekadar menambah sedikit ilmu) http://animals.nationalgeographic.com/animals/enlarge/praying-mantis_image.html

The praying mantis is named for its prominent front legs, which are bent and held together at an angle that suggests the position of prayer. The larger group of these insects is more properly called the praying mantids. Mantis refers to the genus mantis, to which only some praying mantids belong.
By any name, these fascinating insects are formidable predators. They have triangular heads poised on a long "neck," or elongated thorax. Mantids can turn their heads 180 degrees to scan their surroundings with two large compound eyes and three other simple eyes located between them.Typically green or brown and well camouflaged on the plants among which they live, mantis lie in ambush or patiently stalk their quarry. They use their front legs to snare their prey with reflexes so quick that they are difficult to see with the naked eye. Their legs are further equipped with spikes for snaring prey and pinning it in place.Moths, crickets, grasshoppers, flies, and other insects are usually the unfortunate recipients of unwanted mantid attention. However, the insects will also eat others of their own kind. The most famous example of this is the notorious mating behavior of the adult female, who sometimes eats her mate just after—or even during—mating. Yet this behavior seems not to deter males from reproduction.Females regularly lay hundreds of eggs in a small case, and nymphs hatch looking much like tiny versions of their parents.

Type: Bug
Diet: Carnivore
Average lifespan in the wild: 12 Months
Size: 0.5 to 6 in (1.2 to 15 cm) long
Did you know? Praying mantids’ excellent eyesight allows some to see movement up to 60 feet (18 meters) away.
Size relative to a tea cup:

Saturday, 4 April 2009

Rosi oh Rosi

Sedang aku sibuk membelek epal yang nak dibeli, aku ditegur oleh seseorang. "Are you from Malaysia?" "Yes." "Which part?" "Melaka". Dan seterusnya bla..bla...bla. Perbualan berkisar tentang sejarah. Wanita yang berbual dengan aku ni nampaknya sangat arif tentang sejarah, beliau bercakap tentang Kenapa Cina tak sukakan Jepun, Genghis Khan, Temasik yang dulunya milik Malaya dan macam2 lagi. Aku cuma menjadi pendengar setia kerana memang tidak ada ruang untuk bersuara. Rupanya Rosi berasal dari Bangkahulu, Indonesia...kalau tak silap dengarlah. Berkahwin dengan Scottish. Dan menurut beliau lagi, Kiwi (tempatan NZ) dan penduduk tempatan OZ tak gemar bila mereka dikatakan berasal dari Eropah kerana mereka merasakan bahawa mereka tiada kaitan dengan Eropah. Dengan kata lain, mereka tidak mahu dikaitkan atau disabitkan dengan kesilapan/kesalahan2 yang dilakukan oleh orang2 itu. Tapi nak lari macam mana, memang dari sanalah asal mereka sebab penduduk asal NZ pastinya Maori...dan mereka juga asalnya cuma pendatang ke NZ dan OZ. Dan kata2 terakhir Rosi sebelum berpisah, org NZ memang tak suka orang Asia tapi bagi Rosi asalkan dia tidak bekerja atau cari makan dengan mereka maka tak ada masalahlah. Hmmm.... Rosi yang bersuamikan orang putih pun dapat merasakan bahang kebencian itu apatah lagi rakyat Asia yang tak punya kaitan langsung dengan si kulit putih. Bagi mereka orang Asia tetap kelas kedua atau ketiga dan tak mungkin berada sama tinggi dengan mereka. Bagus sangatkah "Mereka" tu....???? Tepuk dada tanyalah ...................

Friday, 3 April 2009

HERO - NZ
















Thursday, 26 March 2009

Berlari dan terus berlari

Berdebar2 rasanya. Terasa hari itu semakin hampir. Semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin dekat dan pantas detik berlalu. Apa cerita ni beb? Haha...inilah cerita nak kembali bekerja. Setelah 3 tahun mengabdikan diri untuk keluarga maka tiba masanya untuk memulakan kembali aktiviti lama. Perkara yang paling menyedihkan adalah meninggalkan Ikhwan. Tak kiralah samada meninggalkan Ikhwan di Kindy atau bersama Mama, yang pasti bila pegi kerja, kena tinggalkan dia. Tak tergamak rasanya. The best gift for a child is your(parent) time. Sesaat yang terlepas, tercicir, tertinggal dan berbagai2 ter ...tak mungkin akan berulang. Kalau di sini, setiap saat aku dapat melihat jatuh bangun Ikhwan hatta nak masuk toilet pun Ikhwan masih berada hampir di sisi. Tapi nanti ......... Teringat saat aku merupakan seorang isteri, ibu, anak, pensyarah dan pelajar ........ meski jasad hadir bersama keluarga namun hakikatnya jiwa masih terbelenggu. Sukar nak digambarkan perasaan itu ......... bagaimana hati mampu tenteram bilamana masih ada "tugasan" yang belum selesai dan banyak lagi yang perlu disempurnakan. Bukan oleh orang lain, tapi aku sendiri. Dan sekarang aku akan kembali menghadapi dunia pekerjaan.......
Menyingkap perbualan bersama seorang teman tentang kegusaran hati menghadapi pelbagai tugasan dan masalah bilamana memulakan kerja ....cadangannya adalah mengambil pembantu rumah. Hmmm....... sehingga saat ini aku tak pernah sekalipun menggunakan khidmat pembantu dalam menguruskan rumahtangga. Mungkin aku sedikit konservatif, aku lebih senang menyelesaikan semua tugasan rumah sendiri. Penatnya tak terhingga tapi aku kira berbaloi. Di celahan tugasan2 itulah aku cuba mengutip "pahala" yang Allah janjikan. Memasak, mencuci pakaian, melipat pakaian, menyediakan makanan dan minuman, dan berbagai-bagai lagi tugas yang ada di rumah. Justeru itu, aku tak sempat berjalan sebaliknya sentiasa dalam pergerakan berlari ke sana sini demi memastikan semuanya selesai. Dan sekarang, aku akan kembali menempati dunia itu semula.

Jalan2 Naik Keretapi

Olympic Park, New Lynn
New Lynn train station

Dalam keretapi

Ayah n Ikhwan

Dah sampai Henderson
Sekadar nak menikmati gegaran keretapi NZ. Ikhwan suka tengok keretapi dan bila nampak keretapi dia pun mula berbunyi....tut tut....bubur kacang, bubur kacang, bubur kacang.

Wednesday, 25 March 2009

Bahasa Ikhwan

Ikhwan : Banyak jugak perkataan yang sudah mula boleh ditutur dan difahami. Antaranya :-

Mummy/Ummi - Mimi
Ayah - Aah
Abang/Uda - Baba
Kakak - Kakak
Mama - Mama
Lembu - Mooo
Kambing - Baa
Train - Gedek2
Car - Car
Hello - halo
Air/ Nak menyusu - ngeneng2 (nak cakap minum agaknya tapi lain pulak jadinya)

Selain dari bersuara, tentulah perilaku /aksi merupakan salah satu medium komunikasi Ikhwan. Akan Ummi ikuti perkembangan Ikhwan sebaiknya.

Tuesday, 24 March 2009

Harga yang tak dibayar

Semalam aku tengok program Tv NZ ni tapi lupa lak apa nama prog tu. Ia berkenaan dengan ikan. Kat sini kalau pegi memancing kena pastikan ada maklumat undang2 berkenaan ikan. Kena tahu jenis ikan, saiz ikan supaya dapat pastikan saiz ikan tersebut tidak melanggar undang-undang NZ yang tidak membenarkan ikan yang tak cukup saiz dibawa pulang. Kekadang rasa cam ok jer undang2 tu tapi bila fikir semula .....kenapa pulak dia nak sekat rezeki manusia??? Kalau dah dapat tangkap ikan tu, tak kiralah apa saiznya, maknanya itu rezeki individu tersebutlah. Tapi kerajaan NZ tak bagi, ikan tak cukup besar tak boleh tangkap. Macam dia yang bagi ikan tu makan kat dalam laut. Allah tak bising pun bila nelayan2 pi tangkap ikan sebab memang itu pusingan kehidupan manusia. Tu lah manusia, belum lagi Allah suruh bayar harga oksigen yang dia bagi ...... harga air yang melaut ...... harga mentari yang memancar ........harga kemilau bulan yang menyinar. Meminjam kata2 kekasihku, yang dipinjam dari sumber yang tak pasti.... "Dalam dunia ni ada 2 perkara paling penting ...tarik nafas dan hembus nafas" Kalau kedua-dua perkara ni takde..... sendiri tahulah dimana tempat yang sepatutnya....KUBUR.

Friday, 20 March 2009

Terasa Indahnya JUMAAT

Setelah sekian lama atau orang putih kata it's been a while since.... hari ni kami ke city semasa waktu pejabat. Otak yang serabut tambah serabut tengok Symonds Street yang tak siap2 constructionnya. Teringat waktu aku berulang alik ke Lendu dari Bandar Melaka ..... berkurun jugak tunggu fly over kat Malim siap. Akhirnya masa balik Jun 2008 baru aku merasa lalu kat situ. Entah bila siapnya...wallua'lam. Kat sini pulak Symonds Street yang sempit dan sibuk tu, terasa lambat betul tapi kalau ikut pengalaman seseorang yang biasa melibatkan diri dengan construction, projek tu dah kira cepat. Argh.....cukuplah pasal projek jalan tu. Tujuan ke city adalah untuk jumpa JP nak dapat pengesahan untuk permohonan Letter of Good Conduct. Tak faham betullah.....kenapalah New Zealand immigresen mintak lagi surat tu sedangkan sebelum datang sini dah submit satu. Biarlah ada logik sikit nak mintak pun, ini tak! Aku tanya kat kaunter imigresen tu, boleh tak pakai police certificate sini je? Dia kata yang tu kalau perlu, dia org akan buat sendiri. Undang-undang manusia yang buat, tapi manusia takut akan undang2 tu. Takut nak langgar, takut nak ubah tapi kalau undang2 Allah adakalanya tak de rasa apa2 pun bila dilanggar.....???!!! Jadinya pergilah jumpa solicitor, bekas rakyat Malaysia. Walaupun berbangsa Cina dan dah lama tidak duduk di tanahair sendiri, beliau begitu bangga bertutur dalam bahasa.....Melayulah..apalagi. Setelah selesai semua keperluan, soalan biasa, How much do I have to pay you? Tak pe lah. Its ok. Aikk.... rezeki hari Jumaat! Cakap pasal rezeki...tadi aku pegi bank nak beli Bank Cheque. Kerani India di kaunter ajak borak.....where are u from? Why r u here? How long have u been in NZ? Banyak lagilah...layan jer lah. Pas tu dia cakap ...there's a NZ5 charge for this bank cheque but ....lama jugak dia pause, I think you don't have to pay for it. Rezeki lagi.. Thank you. Begitulah saja cerita Jumaat, aku suka hari Jumaat ni ...tak tahu kenapa. Tapi kadang2 rasa kalau berurusan hari Jumaat ni banyak jer berkatnya. Yang susahnya nak maintain amalan pagi Jumaat tu......

Tuesday, 17 March 2009

Undecided

Semenjak dua menjak ni ramai teman yang bertanya2 bilakah tarikh kepulangan ke tanahair. Susah nak jawab soalan ni sebab aku sendiri pun tak tahu. Masih mencari2 tarikh yang tepat untuk pulang. Banyak yang perlu difikirkan lebih2 lagi kepulangan yang bersendirian.
1. Tarikh yang dipilih perlu mudah dan sesuai dengan waktu untuk mama atau sesiapa saja yang akan menyambut kami.
2. Perlunya ada sedikit masa untuk menguruskan anak2 sebelum melapur diri untuk bertugas.
3. Perlunya masa untuk menguruskan penempatan. (Nak kemas rumah, beli peralatan dapur seperti peti ais, mesin basuh dan macam2 lagilah)
4. Masa untuk mendaftarkan Luqman ke sekolah yang sesuai
5. Masa untuk memberi ruang pada Ikhwan menyesuaikan diri bila Ummi pegi kerja
6. Masa untuk membantu mama membuat persiapan perkahwinan
7. Tak lupa kekasih yang ditinggalkan haruslah ditinggalkan dalam keadaan yang sangat selesa. Sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suami, malangnya dalam keadaan sebegini pilihan nya adalah sangat terhad. Moga Allah sentiasa mengampunkan kesilapan kita dan memberi petunjuk ke arah kebenaran.
Ada banyak lagi sampai dah malas nak fikir, tapi kena fikir jugak.
Semasa mengemas2 barangan yang nak dibawa pulang, terasa betapa dunia ini sebenarnya amat menyusahkan jika ada banyak harta. Bukan nak kata aku ada harta, tapi barang second hand yang tak de harga ni pun menyusahkan diri. Nak buang susah, nak jual susah, nak tinggal payah..... Mungkin ini salah satu cara Allah nak tunjuk bahawa harta yang ada ni cuma mainan dunia. Mujur mati tidak ada tarikh yang pasti, kalau ada, tak dapat aku bayangkan macam mana sibuknya manusia berfikir bagaimana nak uruskan harta mereka. Cukuplah seadanya bagiku, aku bukan nak menongkat dunia. Asal dapat membesarkan dan mendidik anak2 ke jalan kebenaran, Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah yang mencukupkan tiap sesuatu.

Saturday, 14 March 2009

Jom Jalan ke Pantai Timur





Hari ni terasa nak gi jalan. Bila hujung minggu kalau tak berjalan rasa macam tak seronok jer. Hish..kalau dah tahi lalat merata kat kaki tu macam tu lah. Asyik berjalan jer kerjanya. Takpe yang penting tak susahkan orang!!! Banyak gambar tapi malas nak upload. Lembab sangat.

Sunday, 8 March 2009

Takapuna Sunday Market

Kat sini tempat biasa parking ....Takapuna Primary School
Takapuna City Centre
Takapuna Market


Dah lama tak ke Takapuna ...mungkin untuk kali yang terakhir.


Thursday, 5 March 2009

Rindu....yang teramat

Tadi kami penuhi jemputan makan dan baca Yassin di rumah Yati dan Zainul. Kebetulan Zakiah dan keluarga turut hadir. Ikhwan seronok bila nampak Nadia. Mungkin yang tergambar dalam pandangan mata dia adalah Kakak Aqmar n Kakak Afiqah. Bila Ummi suruh ambik gambar ngan kakak Nadia, tergeser2 dia kat kakak Nadia.... kesiannya Ummi tengok. Bertakung airmata Ummi, kalau kakak lah yang ada di situ pasti Ikhwan dah berada dalam dakapan kakak dan kucupan hangat mesti singgah di pipi. Tapi apa kan daya...... Mungkin emosi Ummi sendiri tidak begitu stabil sebab banyak pemerhatian atas apa yang berlaku mengingatkan Ummi pada buah hati Ummi yang 2 orang tu. Malamnya Ummi tak dapat tidur. Setelah buat apa yang patut pun masih jugak tak boleh tidur. Ummi kejutkan ayah yang dah lena...Ayah nasihatkan Ummi buat apa yang telah pun Ummi buat ...... Akhirnya Ummi pasrah.... lena bersama airmata. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk meneruskan hari2 mendatang.

Thursday, 26 February 2009

Pulau Waiheke...

Ikhwan tak lepaskan peluang mandi kat Oneroa. (AO)
Mummy! Can I have a ride????? Really like this bike!!

Sayup di belakang adalah Auckland City

Matiatia Ferry Wharf

"Boringlah Bang! U banyak keje? Keje U dah siap(Keje sampai mati pun takkan pernah siap. Dah mati pun orang lain yang akan buat.)? Bawak kita orang gi jalan boleh?"
"Nak pegi mana?"
"Waiheke Island :)!"
"Siaplah!"
Yea...yea..yea.. Ikhwan hari ni kita dapat pegi jalan. Ayah nak bawak kita pegi jalan. Luqman tak nak ikut sebab dia nak ke sekolah.

Best tak Waiheke Island???? Terlalu subjektif soalan tu. Best tak best, suka tak suka bergantung atas kecenderungan seseorang. Bagi seseorang yang sangat2 menghargai alam mungkin bagi dia best tapi bagi yang sebaliknya mungkin tidak. Maha besar Allah menciptakan manusia dengan pelbagai pendapat dan perasaan. Bagi aku...???? Asal "berjalan" atau merayau tak kira ke mana saja akan aku manafaatkan perjalanan itu sebaiknya. Baik atau tidak baiknya sesuatu itu akal manusia lah yang seharusnya menentukannya. Terkadang benda baik pun boleh jadi tak baik dan benda tak baik jika betul lakunya boleh jadi baik. Persepsi manusia tu kan berbeza-beza.

Wednesday, 25 February 2009

Berniaga

Hari ni aku join projek catering untuk MAPSA. Bukan apa saja seronok2 sambil tambah pendapatan. Masak nasi dan lauk ayam masak lemak. Teringat zaman sekolah dulu, musim langsat aku bawak langsat dan jual kat kawan2 serta cikgu, musim jambu, musim buah mata kucing pun camtu jugak. Mungkin darah tu dah mengalir dalam badan .... mana taknya Nenek Pendek (Arwah Moyangku) dulu sampai dah tua pun masih berulangalik ke Singapura bawak petai berkilo2. Encik pompuan (Arwah Nenekku) pun camtu jugak.... walaupun dia tak sekolah tapi kalau bab kira duit memang tak boleh nak ngelat. Mama pulak cam biasalah dari aku kecik dia meniaga periuk, tupperware, kasut manik, rantai manik, telekung dan entah apa2 lagilah. Jadinya aku pun kekadang rasa seronok nak meniaga ni. Dah buat projek paper tapi belum tahu bila nak realisasikannya sebab perniagaan tu belum ada kat Malaysia tapi potensinya sangat besar. Cuma yang buat aku menangguh-nangguhkannya adalah kerana memikirkan keluarga. Berniaga memerlukan masa yang cukup banyak dan aku tak sanggup nak korbankan masa tu. Mungkin suatu hari nanti insyallah impian itu akan tertunai.

Tuesday, 24 February 2009

MASA lagi..

Dalam satu hari kehidupan seorang lelaki yang sudah berkahwin ..... bagaimanakah diperuntukkan masanya??? Aku cakap camni sebab berulang2 kali Cik Abang aku tanya soalan ni. Hmm ni aku nak kira.... 8 jam (mujur tak sampai 10/12 jam) confirm untuk kerja/studi. 8 jam jugak untuk tido. Ada baki 8 jam lagi. Berapa jam untuk masuk toilet? Berapa jam untuk beribadat? Berapa jam untuk anak2? Berapa jam kat depan komputer? Berapa jam...berapa jam...berapa jam???? Berapa jam untuk bersembang dengan isteri? Kalau dikira-kirakan setiap saat, minit dan jam tu ... adilkah? Kalau ditanya di hadapan Allah suatu hari nanti apa nak jawab ya? Susahkan!!! Itu baru seorang isteri, kalau ramai ...dari baki 8 jam saja nak dibahagi2kan kepada beberapa aktiviti, apa yang tinggal???
Sesungguhnya Demi Masa manusia itu di dalam Kerugian. Untuk seterusnya sila semak Al Quran.

Friday, 20 February 2009

FB

A psychologist is urging people to get off Facebook and other social networking sites, and get a life instead.

'Get off Facebook and get a life'

Dr Aric Sigman says the amount of time we spend with each other has slumped dramatically and in turn is damaging our health.
He says our devotion to such sites could alter the way genes work, upset immune responses, hormone levels, and the function of arteries, and influence mental performance.
Levels of hormones such as the "cuddle chemical" oxytocin, which promotes bonding, altered according to whether people were in close contact or not.
This could increase the risk of health problems as serious as cancer, strokes, heart disease, and dementia.
Dr Sigman spells out his warning in the latest issue of Biologist, the journal of the Institute of Biology, and maintains that social networking sites have played a significant role in people becoming more isolated.
He said: "Social networking is the internet's biggest growth area, particular among young children.
"A quarter of British children have a laptop or computer in their room by the age of five and they have their own social networking sites, like the BBC's myCBBC. It's causing huge changes."
Dr Sigman said 209 "socially regulated" genes have been identified, including ones involved in the immune system, cell proliferation and responses to stress.
Electronic media is also undermining the ability of children and young people to learn vital social skills and read body language, he said.
Dr Sigman continued: "One of the most pronounced changes in the daily habits of British citizens is a reduction in the number of minutes per day that they interact with another human being.
"In less than two decades, the number of people saying there is no one with whom they discuss important matters nearly tripled.
"Parents spend less time with their children than they did only a decade ago. Britain has the lowest proportion of children in all of Europe who eat with their parents at the table. The proportion of people who work at home alone continues to rise.
"I am worried about where this is all leading. It's not that I'm old fashioned in terms of new technology, but the purpose of any new technology should be to provide a tool that enhances our lives.
"Social networking sites should allow us to embellish our social lives, but what we find is very different. The tail is wagging the dog. These are not tools that enhance, they are tools that displace."
Research suggests the number of hours people spend interacting face-to-face has fallen dramatically since 1987 as electronic media use increases.

http://uk.news.yahoo.com/4/20090220/tuk-get-off-facebook-and-get-a-life-dba1618.html

Tuesday, 17 February 2009

Buku

Buku memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang pelajar. Tapi buku juga punya peranan yang penting dalam kehidupan individu walaupun bukan bergelar pelajar. Sejauhmana kepentingannya bergantung pada individu tersebut. Minat membaca harus dipupuk dari kecil dan alhamdulillah aku memang minat membaca sejak kecil lagi. Kalau pergi ke rumah sesiapa yang ada buku-buku yang banyak di rumah tersebut, memanglah amat menggembirakan aku. Kalau ditinggalkan aku di dalam perpustakaan atau di kedai buku, tak kiralah lama mana pun aku tak kisah. Rasanya seperti aku tak boleh hidup tanpa buku. Dan satu perkara yang akan aku rindui sepulangnya aku ke Malaysia nanti adalah perpustakaan di sini. Adalah merupakan satu kerugian bagi mereka yang tidak memanafaatkan kehadiran berbagai2 jenis buku yang ada di perpustakaan itu. Terdapat pelbagai ilmu dalam buku2 tersebut dan terpulang kepada pembaca untuk menikmatinya.

Monday, 16 February 2009

Ya Allah.
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersalah.
Ya Allah ya Tuhan kami.
Jangan bebankan kami dengan bebanan yang berat
sebagai mana Engkau telah bebankan orang yang terdahulu dari kami.
Ya Allah
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang tidak terdaya kami memikulnya
Dan maafkanlah kesalahan kami
serta ampunkanlah dosa-dosa kami
dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah penolong kami.
Oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum
yang kafir.

Sunday, 15 February 2009

Panjatkan

Ya Allah Ya Tuhanku..
Janganlah Engkau memesongkan hati kami
setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.
Dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberianNya.

Friday, 13 February 2009

Tetamu


Kami terima tetamu dari Jepun. Negara matahari terbit. Hari tu baru balik dari Gisborne ...... first city in the world to see the sunrise. Asyik2 matahari...moga2 hidup kami cerah sebagaimana cerahnya mentari itu. Bila tengok semula foto2 yang diambil semasa matahari terbit....ianya tak sama dengan kamera (mata) yang Allah bagi. Melihat dengan mata terasa nikmatnya hingga ke hati berbanding melihat foto2. Itulah kebesaran Allah.

Wednesday, 11 February 2009

Perjalanan Tamat

Ciptaan DIA

Opotiki Toilet

Whakatane

Waihi - Lombong Emas

kiwi 360 deg


8.50 (90474) Bertolak dari Eastland Motel, Gisborne
9.00 Ormond
9.41 Otoko
9.44 Mangerere Scenic Reserve
9.49 Matawai
10.16 Wairata
10.47 Opotiki. Berhenti di i SITE
11.55 Whakatane. Berhenti di i SITE
1.00 Kohioawa beach. Berhenti untuk lunch.
4.00 Waihi. Berhenti untuk Solat Zuhur n Asar.
7.20 Eden View Road

ALHAMDULILLAH. Lebih kurang jam 7.20 kami selamat tiba di Auckland. Letih dan lapar, tak sabar nak makan. Keluarkan ayam dari freezer, lepas di defrost apalagi.... ayam masak lemak cili api lah. Lauk favorit ....kalau ada terung pipit atau peria katak lagi sedap. Teringat pulak lauk telur itik masak lemak cili api kat Alor Gajah ... hmm...telan air liur jerlah.

Tuesday, 10 February 2009

Menyambung Perjalanan






12.30 Mekanik telefon. Kereta dah siap
12.50 Ke Gisborne
1.03 Whakaki
1.12 Mahia Beach
1.20 Morere Hot Springs
1.35 Wharerata
2.00 Gisborne i SITE

Monday, 9 February 2009

Wairoa lagi



Menurut mekanik tu kalau semua ok, lepas pukul 1 baru kereta boleh siap. Sambil menunggu, kami check out dari motel dan berjalan2 sekitar Wairoa. Lebih kurang jam 12 mekanik telefon kata tak boleh siap hari ni dan ditangguhkan hingga besok sebab sparepart cuma ada di Auckland. Kami check in di holiday park pulak. Cantik dan sangat bersih. Lokasinya di tepi sungai Wairoa dan hari ni Ikhwan dapat mandi sungai lagi.

Sunday, 8 February 2009

Wairoa

Di kolam renang Motel. Ikhwan gembira dapat main air.

Jambatan Wairoa. Latarbelakang...Remaja tempatan terjun dari jambatan ...bukan bunuh diri!!!

Ikhwan berpeluang mandi sungai kat New Zealand. Maklumlah balik kampung sendiri.




Wairoa adalah sebuah pekan kecil. Dihubungkan oleh sebatang sungai. Tiada pengangkutan awam walaupun teksi. Penduduk tempatan mesti memiliki kenderaan sendiri atau mereka ke mana-mana sekitar pekan berjalan kaki. Sungai yang ada merupakan satu tarikan untuk yang gemar memancing dan aktiviti sukan air yang lain. Walaupun ada banyak ikan dalam sungai ni tapi nak cari ikan fresh cukup susah. Kalau ada pun harganya mencecah NZ 20 sekilo.

Saturday, 7 February 2009

Inikah tanda KasihNYA????

5.40 pagi - Check out dari tmpt penginapan.
6.30 - Menanti terbitnya mentari pagi



Menyaksikan keindahan terbitnya matahari pagi ni tak tergambar oleh kata2. Cukup indah. Kalau kejadian ini pun dah cukup indah, apatah lagi syurga yang Allah cipta untuk makhluk yang dikasihinya. Akan kuusahakan untuk ke arah itu.


Sekeluarga tapi tak lengkap. Ketiadaan Adik n Baby menjadikan pengembaraan ini hambar tapi insyallah setiap sesuatu yang berlaku itu adalah yang terbaik.

6.40 - Melawat Hawkes Bay Airport


7.10 - Ke Hastings 19km dari Napier



10.30 - Jalan2 sekitar Napier dan melawat Marineland


Napier i SITE



Di perjalanan ternampak majlis perkahwinan unik ni. Cantik!!! Jadi kami jadi tetamu tak diundang untuk majlis ni.



Ikhwan leka dan asyik di Marineland

11.30 - Bertolak ke Gisborne

Foto ni adalah lokasi 2 minit dari tempat kejadian


1.00 - Tiba-tiba sebaik jer turun dari bukit, enjin mati sendiri dan terpaksalah Cik Suami memandu kereta ke tepi kaki jalan. "Kenapa bang?" "Tak tahulah, tiba2 jer enjin mati dan brek tidak berfungsi." Memerhati keadaan sekeliling yang tiada penempatan dan hanya hutan semata maka fikiran ligat bekerja. Ya Allah, berikanlah kami jalan keluar. Sesungguhnya aku redha. Setelah berbincang dengan abang tentang apa yang harus dilaksanakan maka kami ambil keputusan untuk "hitch hike" ke pekan terdekat. Susah juga nak hitch hike sebab kami perlukan kereta yang boleh bawa kami berempat dan jalan ni pulak memang tak banyak kereta yang lalu. Kenalah sabar. Aku pun mulalah tahan kereta yang lalu, kereta yang pertama adalah sebuah Land Rover. Pemandunya sanggup untuk bawa kami ke Napier tapi tak sanggup berpatah balik ke Wairoa. Menurutnya Wairoa adalah pekan terdekat yakni lebih kurang 20-30 minit perjalanan atau 30-40 km. Kereta kedua yang berhenti adalah seorang wanita tua bersama 2 org anak daranya. Nenek tu pun macam kesian jer tak dapat tolong sebab kereta dia penuh. Kereta ketiga adalah kereta seorang perempuan yang sangat prihatin. Macam2 soalan dan cadangan diajukan sampaikan bila masing2 dah tak terkata apa2 maka aku pun cakap timakasih jerlah dan suruh dia teruskan perjalanan. Kereta keempat yang berenti adalah sebuah Ute. Pemandunya turun dan cuba membantu tengok2 enjin tapi kata dia, dia tak bawak "gear". Menurut dia rasanya ini masalah kecil, mungkin electrical fault. Jadi dia dan isterinya tawarkan untuk bawak kami ke Wairoa. Dalam keadaan sebegini ....mengikut orang yang tak dikenali, meninggalkan kereta di tengah hutan, menuju destinasi yang tak pasti, kami bertawakal. Ya Allah, moga ini yang terbaik untuk kami.

2.15 Kami tiba di Wairoa.

Terry dan Jenny terus bawa kami ke bengkel AA. Keputusannya adalah kereta harus di tow dan mekanik AA akan cuba untuk lihat kerosakan. Baik sungguh couple ni, dia org tunggu sehingga abang naik lori tow, barulah dia org teruskan perjalanan. Couple ni adalah Pakeha-Gisbornian. Mereka dalam perjalanan pulang dari bercuti dan sedang menuju ke Mahia untuk bermalam di sana.

2.30 Abang menuju ke lokasi kereta bersama lori tow.

Aku, Luqman dan Ikhwan duduk menanti di pekan Wairoa. Nak check in untuk penginapan, kerosakan kereta belum pasti, jadinya kami cuma berjalan2 di sekitar.
Sempat jugak telefon mama dan andaian mama mungkin tak de minyak atau sesuatu yang bersangkutan dengan minyak.

3.40 Abang tiba bersama kereta



5.00 Mekanik kenalpasti masalah.
Pam minyak rosak (betul macam andaian mama) dan terpaksa tunggu hari Isnin untuk dapatkan sparepart dari Napier atau Auckland.
Jadi kami pun check-in di Motel berhampiran. Alhamdulillah itu adalah bilik terakhir yang kosong sebab penginapan yang lain semua penuh disebabkan oleh cuti Waitangi Day.
Nota: Ini merupakan perjalanan terakhir dan kali pertama kami lalui keadaan ini. Alhamdulillah, aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Huluran bantuan yang dihulurkan kepada orang lain telah dibalas dengan huluran bantuan dari orang lain. Dan memberi dan menerima bantuan itu tidak mengenal siapa. Sebagaimana janji Allah bahawa kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.

Friday, 6 February 2009

Kembara Peta NZ Terakhir

Pagi ni selepas selesai menyediakan sarapan dan bekalan maka perjalanan kami pun bermula. Hari ni NZ sambut Waitangi Day jadi cuti panjang lagilah hujung minggu ni. Dari kepanasan dok kat rumah makanya peluang cuti ni diambil untuk melihat ciptaan Allah s.w.t. Destinasi kali ni adalah Napier, Hastings dan Gisborne. Pemergian ke sana melengkapkan perjalanan kami di New Zealand. Lepas ni dah tak tahu nak pi mana lagi, nak ke pulau2 .... bukan tak minat tapi sama jer .... Walaupun pemergian ni tanpa Afiqah dan Aqmar tapi dalam hati korang tetap bersama.

10.45 (89663) - Eden View Road
12.06 - Huntly (Lake Hakamoa)
12.13 - Taupiri
12.19 - Ngaruwahia
12.30 - Hamilton = Rotorua (1)
1.00 - Cambridge
- Karapiro
1.30 - Tirau. Berhenti di i SITE
2.11 - Putaruru, Lichfield
2.26 - Tokoroa
- Upper Atiamuri
3.15 - Berhenti di Taupo Lookout
3.30 - To Napier
- Rangitaiki, Tarawera, Te Haroto, Te Pohue, Eskdale, Bay View, Westshore
5.30 (90098) - Napier i SITE
- Bermalam di Bay View Hotel





TIRAU
TAUPO LOOKOUT
NAPIER i SITE


SENJA DI WESTSHORE BEACH
AFIQAH N AQMAR .... U ARE HERE.....!

Wednesday, 4 February 2009

Kotak n kotak

Lemas betul tengok kotak2 ni tapi apa boleh buat. Macam manalah orang yang keje kat kilang kotak, kat tempat banyak kotak. Kenalah packing sikit2 untuk persediaan hari depan. Jadi misi hari ni adalah mengemas kotak2. Selagi kotak2 ni ada depan mata maka selagi tu lah hati ni tak senang.
Perancangan dan persiapan untuk program lain pun kenalah disambil-sambilkan. Sambil menyelam minum air. Boleh ke???

Tuesday, 3 February 2009

NZealand

Apa yang aku suka tentang New Zealand?
1) Aku suka cuaca musim Sejuk, Luruh dan Bunga tapi bukan musim Panas. Masyaallah peritnya.
2) Aku sukakan keindahan alamnya. Cukup indah menakjubkan. Subhanallah.

Apa yang aku tak suka tentang New Zealand?
1) Aku tak suka masyarakatnya. Tapi bukan semua.
2) Aku tak suka keadaan ekonominya. Menyusahkan.
3) Aku tak suka kehidupan sosial mereka. Tidak sesuai untuk mendidik anak2 menuju Islam. (Pendapat aku la, orang lain itu dia org punya cerita)

Banyak lagi tapi aku malas nak tulis. Mood tak de. Tiba2 aku terfikir kat Malaysia kalau beli saham ASN, ASB ...dan ntah apa2 saham orang sibuk dok tanya kat Ustaz...ok ke? Sebab duit tu dilaburkan ke dalam perniagaan yang katanya tidak halal. Kalau dok UK ke, atau kat mana2 negara kafir yang bagi benefit utk rakyat dia, boleh ke ambik duit tu? Duit tu bukan ke datangnya dari pelaburan ke atas perniagaan2 yang tidak dapat dikenalpasti halal haramnya.
Teringat masa kat UK dulu ... ada sorang pompuan Afrika. Dia marah betul kat kawan aku sebab kawan aku ni tak pakai tudung tapi dia dengan berseleranya makan McD tu, tak pe pulak. Habis tu dia dengan bangganya menceritakan keseronokan dok kat UK walaupun berjauhan dari suami bahawa dia dapat benefit utk anak2 lebih2 lagi kalau dia pegi church. Agamanya Islam tapi kalau gi church dapat duit, so pegilah supaya boleh dapat duit. Tipu daya dunia lagi... ngeri betul.
Ada lagi satu perkara aku nak tulis tapi mood aku memang tak dak. Ntahlah kenapa.... Lain kalilah bila aku ok skit.

Friday, 30 January 2009

Permaidani

PERMAIDANI (ARIS ARIWATAN)

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh… nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Lagi ni cukup simbolik. Salah satu lagu yang sangat2 aku minati. Maksud yang tersirat dan mendalam. Macam lelaki tengok pompuanlah... yang ditutup tu yang nak disingkap, yang dah terdedah tu tak heran dah. Entah dah berapa ramai yang kongsi .... itulah nikmat berhijab yang mungkin tidak disedari oleh para kufar yang beria-ia cuba untuk berdiri sama tinggi dengan para lelaki.
Sebagaimana sayu dan mendayunya lagu ini, begitulah jua rasa yang menghambat dada. Mengadu pada manusia, manusia tak mampu berbuat apa2, maka kembalilah aku padaNYA. Hanya Dia yang tahu, hanya Dia yang faham, hanya Dia yang mengerti dan kerana itulah semua yang berlaku ini terdapat dalam catatanNYA.
JENTAYU (NORA)

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya

Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan

Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku

Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua
Pinjamkanlah syahdumu

Wahai Jentayu, sahutlah panggilanku. Wahai Jentayu, luhurnya budimu. Wahai Jentayu, inginnya aku kau disisiku. Oooh Jentayu......

Thursday, 29 January 2009

GAZA.PALESTIN.ISRAEL

Rata2 orang sibuk memperkatakan isu Israel ni. Satu yang aku tahu orang Israel ni memang ramai yang cerdik2 dan Allah memang kasihkan mereka. Tapi aku tak nak komen sebab aku masih perlu banyak membaca. Bilamana menulis dan tulisan itu tidak benar atau ada khilafnya kelak takut mempamirkan kejahilan sendiri. Oleh yang demikian aku akan membaca dan terus membaca. Sedikit yang aku dapat dari pembacaan :-
60 Tahun Nakbah Palestin (Dr. Zainurrashid (Perunding Aman Palestin)

Nakbah - Malapetaka /Bencana besar.
Nakbah Palestin - Penubuhan negara haram Israel yang diistiharkan secara rasmi pada 15 Mei 1948. Berlaku selepas kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh itu adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, org2 Arab dan dunia Islam secara keseluruhan. Negara yang asalnya damai dan adil untuk ribuan tahun dilanda derita, keperitan dan kepedihan yang berpanjangan di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis. British merupakan sekutu kuat gerakan Zionis dan telah mengistiharkan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 dgn memberi jaminan utk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha paling jahat dlm sejarah peradaban dunia kerana ia mencabuli perjanjian antarabangsa. Deklarasi ini menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dgn kekerasan mahupun penipuan oleh pendatang Yahudi.

Ada banyak lagi, tapi kenalah baca. Isu ni bukan isu baru ....mata dan pandangan siapakah yang telah Allah hijabkan???? Kadang di internet banyak terdapat mail, petisyen berkenaan isu ini. Benarkah orang Islam yang buat atau sebaliknya? Kadang2 dalam keadaan dan perkara seperti ni langkah berhati2 perlu diambil, contohnya aku dapat mail supaya tidak Membeli Barangan Produk Israel. Jika dilihat dari sudut Marketing, memang untung penjual barangan tersebut sebab secara tiba2 dia orang dapat Iklan/Promosi Percuma. Berapa ramai yang mematikan langkah ke Tesco, Carrefour? Kalau yang duduk di luar negara terutamanya negara Eropah, bertabur kedai milik Israel.... tahukah kita milik siapa??? Silap2 Blog dan komputer ni dicipta manusia yang masih berdarah Israel sebagaimana terciptanya TV. Jadi macam manalah nak Boikot Israel?
Hish asyik2 dok sebut Israel. Kebiasaannya bila kita kasih dan sayangkan seseorang barulah kita selalu sebut namanya, ini dah sah2 menyampah tapi asyik dok sebut2 jugak. Confuse betul #####.

Wednesday, 28 January 2009

Puteri Hati

"Hi Mum. When r u coming back. I really don't want to stay here long at mama's house."

Mesti ada yang tak kena ni! Memang betul pun, dua2 orang dah bergaduh dan Ummi yang selalu jadi "lawyer" tak bertauliah tak ada, makanya tensionlah. Masa call dia orang kat Malaysia, tak bangun tido lagi. Dah pukul 9 pun tak bangun lagi!! Afiqah kata mama dah belikan dia 4 keping roti canai dan untuk Aqmar 3 bungkus nasi lemak. Hai...gemuklah anak2 ummi ni, sorang macam nasi lemak sorang lagi macam apa ya?????


Afiqah n Aqmar at Pamela Castle, dekat2 Cambridge

Kebiasaannya begitulah, masa ada di depan mata buat tak peduli, bila dah hilang dari pandangan barulah tercari-cari. Hargailah semasa ada, kalau dah tak ada baru dihargai ....... Sanggup ke aku kalau anak2 dapat peluang belajar di Sekolah berasrama atau belajar ke luar negara, sanggupkah aku berpisah lagi. Oh TIDAK!!! Itulah untungnya kalau anak ramai, ini anak dua tiga kerat. Alhamdulillah.

Saturday, 24 January 2009

Rindu Tak???

HAPPY BIRTHDAY ANI! HAPPY BIRTHDAY MAMA ANI!

Terjumpa sorang teman....soalan yang diajukan, "Macam mana Afiqah dengan Aqmar?" "Ohh dia orang ok." "Tak rindu ke??????" Wa..wa..wa.....soalan yang bagai belati menusuk ke hati. Harap aku ni pandai pakai topeng jer, kalau tak sah2 nampak apa ada dalam hati. Terkadang apa yang tersirat di hati begitu jelas pada wajah tapi ada ketikanya apa yang ada dalam hati hanya hati yang tahu. Dan kalaupun apa yang ada dalam hati dikongsi bersama orang lain, ianya masih tak mampu menghilangkan gusar sedia ada. Hidup perlu diteruskan, merintih, meratap sekalipun, tak ada yang akan peduli melainkan DIA. Jadi pasrah ajalah.

"Mum, can you come back in February?"

"No."

"Mum, can you come back in June?"

"I don't know. Just make dua' so that Allah will listen to our wishes."

Thursday, 22 January 2009

Lepas Tension

Yea..yea!! Hari ni ayah nak bawak kita jalan2 lah Ikhwan. Bestnya. Maklumlah semalam ummi dah monyok semacam jer...mana taknya hari2 ayah balik lambat. Tak kisahlah balik lambat tu asalkan boleh siap Phd cepat tapi masalahnya bila tiba time boring tu ... hah tak dapeklah nak tolong. So program kita hari ni :-

1) Mandi laut kat Point Chevalier


2) Melawat kawan2 kat Butterfly Creek




3) Balik rumah untuk lunch dan solat
4) Pergi mandi laut semula - sessi petang pulak
Masa Ummi ngan Ayah tengah perhatikan Ikhwan n Luqman mandi, datanglah 2 org budak "Islander" ni nak join family dia kat dalam laut tu. Sorang pakai t-shirt labuh dan sorang pakai kain sarong, dua2 org jalan terkengkang2. Kenapa pulak budak 2 orang ni, cam baru lepas sunat jer. Kebetulan ada sorang perempuan "Islander" kat sebelah kita org, so tanyalah kat dia kenapa budak2 tu jalan mengengkang? Sunat ke? Dia kata Ya. Aikk... dia kata bukan sebab agama tapi lebih pada budaya untuk bersih. Oooo.. tak sangka ya, jadi amalan jugak sunat ni untuk dia org. Pompuan tu datang dari Cook Island dan dia cakap asalnya amalan bersunat/berkhatan adalah menurut Bible lama tapi akhirnya jadi amalan budaya. Yang pasti Kitab Bible memang dah banyak yang diubah tapi kalau ada yang masih berpegang pada ajaran kitab yang lama bererti ia adalah sepertimana yang telah Allah perintahkan. Untuk sesapa yang nak bersunat menurut that lady harganya NZ300 sorang dan dia guna laser. Sempat jugak berkongsi ngan dia bahawa org Islam yang perempuan pun bersunat, dia tanya camana? Camne ekk? Hi..hi..hi
5) Solat Asar kat Ponsonby
6) Main kat Park, Vermont Street
Jumpa Mr John dari Kuching, Sarawak tapi dah migrate sini untuk tempoh 13 tahun. Banyak jugak isu yang dibincangkan, pelajaran, makanan, agama, sosial dan macam2lah. Satu yang aku takkan lupa tentang pertemuan tu, Mr John kata, "Kuching is the safest place to live. There's no drugs, no fight, everything is cheap and it is very peaceful." Macam tu lah lebih kurang. Apa macam orang Kuching ada betul ke itu statement????
7) Balik rehat dan tido..............

Rasanya setiap masa ummi teringatkan afiqah ngan baby. Tadi masa gi beach, ummi tersedih kejap. Kalau korang ada mesti Ikhwan lagi happy. Kalau kat Malaysia nanti entah dapat entah tidak main kat laut macam ni. Ada tidak Pantai Klebang, Tanjung Keling atau Tanjung Bidara. Masalahnya entah ada masa entah tidak.

Wednesday, 21 January 2009

Tensionnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaaaaa!!Nape?

Anak Maori mana lah yang sesat ni??????


Tak tahulah kenapa ari ni rasa tension jer. Ikhwan pun macam perasan akan ketegangan suasana ...last2 dia pun sama tunjuk perasaan. Bertambah2lah ketensionannya. Mungkin kami ni rindu kat kakak2 tu kot. Kakak! Kakak! Kesian kakak, mesti tersedak2 dia org kat sekolah. Dah dua minggu kakak sekolah macam manalah agaknya.



Sunday, 18 January 2009

Malas betul nak masak minggu lepas tapi minggu ni datang mood rajinnya. Teringat garlic bread and mushroom soup ...ummm sedapnya. Kebetulan ada roti dan mushroom so apalagi. Jom makan.


Garlic Bread

3 sudu butter
2 ulas garlic


Garlic yang dah diparut/tumbuk digaul rata dengan butter.
Sapukan pada roti dan bakar.

Mushroom Soup

3 sudu butter

3 sudu tepung

semangkuk mushroom

secawan susu

garam secukupnya

Panaskan butter kemudian masukkan tepung. Bila rata masukkan susu dan mushroom yang dihiris tebal.Masukkan garam dan sedia untuk dimakan.

Ini menu kegemaran Afiqah n Aqmar. Jadinya bila Ummi buat menu ni teringatlah kat dia orang tu. Tak pe nanti Ummi balik Ummi buatkan k.

Auckland Botanic Garden

Hari ni jom kita lepak2 kat taman bunga nak tak? Hi..hi...Sesekali menyemarakkan rasa cinta..... Off we go!! Kami ke Auckland Botanic Garden di Manurewa. Aku memang suka tengok bunga2 dan pokok2, rasa tenang jer. Melihat dari satu batas ke satu batas, di atas tanah yang sama Allah izinkan berbagai tumbuhan berkongsi kehidupan sebagaimana Allah letakkan manusia atas mukabumi ni. Tanam-tanaman tu pulak keluarkan bunga berbagai warna, Subhanallah. Itupun masih ramai yang tak nak percayakan Allah. Cantik sungguh, dengan harum bau ros, keindahan camelia, rasanya masa terlalu cepat berlalu. Sedar2 dah hampir 2 jam kat situ. Kalau Rose Garden di Birmingham, UK, nak masuk kena bayar, lupa lak berpa pound tapi kat sini percuma. Bezanya memang wajarlah Rose Garden kat UK tu berbayar sebab memang cantik betul berbanding yang kat sini. Botanic Garden ni cantik tapi kalau diandam betul2 dan dengan budget yang cukup rasanya memang ok. Wah macam bagus jer, hmmm cuma menyuarakan sedikit cetusan.








Banyak lagi masa hari ni, nak pergi mana pulak ya? Jom lepak kat Victoria Park kejap. Kebetulan ada kumpulan pemuzik tengah berlatih, jadi layan... Cik Abang pulak memang dah lama merindui alunan instrumen ni, hmm ....ikutkan ajalah.





Lepas Victoria Park terasa macam nak piknik pulak, apakata kita pegi Mission Bay. Fuh ..musim2 panas ni pemandangan memang sangat2 indah???!!! Segala apa yang ada nak ditayangkan, tak kiralah tua ke, muda ke, gemuk ke, kurus ke. Yang heran tu memang tak ada rasa malu agaknya dalam diri mereka, selamba jer mendedahkan segala yang ada. Kita yang terpandang pulak jadi malu ....... Jadi tepuk dada tanyalah IMAN.


Friday, 16 January 2009

Makan...makan

APRICOT
RADISH

STRAWBERRY

PLUM

Received this text from Mama, " Best they all balik, yang tak nak makan pun dah berebut nak makan. Keledek bakar sekilo pun habis, pandai makan. Ma, u know d kledek finished already." Kesian anak2 Ummi, masa kat sini dulu nak makan yang sedap2 cuma sekali sekala. Itu pun bila ada rezeki lebih tapi alhamdulillah tak pernahlah tak cukup. Jadi bila balik Malaysia, dia orang pulun habis2. Bila Fadhilah n Raudhah makan tak habis, dia org marah atau tolong habiskan sebab kalau kat New Zealand nak dapat pun susah apatah lagi nak dibuang begitu saja. Pengalaman hidup miskin kat NZ ni memang amat berharga bagi kami, tapi tak semua yang tahu. Lebih2 lagi bagi yang ahli keluarga ramai, bagi yang beranak kecik mungkin tak nampak/tak perasan sebab bila tiba soal makan anak2 kecil makan tak sebanyak mana. Bagi keluarga besar, ayam seekor cukup untuk sehari saja itupun disukat2. Kalau beli roti, sebuku besar hanya untuk sekali makan jer. Jadi kalau berhajat nak makan luar, lupakan saja .... kalau masuk Nandos mahu habis dekat NZ50, jadinya baiklah makan kat rumah. Bagusnya anak2 tak cerewet soal makan, apa ada dia orang makan. Soal pakaian, alhamdulillah anak2 tak memilih, belilah baju camana pun, dia orang pakai jer. Nama nak ikut fesyen, mintak maaflah. Memang jarang bertukar baju, harapkan yang mama poskan dari Malaysia. Ada tidak pun belilah yang second hand ...... bersama-sama membantu program kitar semula. Kesimpulannya yang penting tak membazir. Islam tak ajar umatnya untuk mengamalkan pembaziran baik dari soal makan, pakai dan semua sekalilah. Tak kisahlah apa orang nak kata, yang penting Allah pandang baik dan mulia. Tiada gunanya mulia di mata manusia tapi hina di sisi Allah, tapi yang lebih baik, mulia di mata manusia, mulia di sisi ALLAH jua.

Tuesday, 13 January 2009

Kakak!!!

Adik!!!

Baby!!


Tadi Ummi pegi market kat Wesley ngan Ikhwan. Dalam perjalanan tu Ummi jumpa sorang kawan dari Sri Lanka tapi dah 25 tahun dok sini. Husband dia akauntan n dia pulak Quality Controller. Dia cerita dia selalu singgah Singapore bila balik Sri Lanka tapi tak pernah singgah Malaysia. Kami borak pasal flight yang murah dan ummi cakap kat dia flight Royal Brunei kekadang murah. So dia tanya Ummi Brunei tu negara dia camne ya? Ummi terangkan lah jugak tapi kesimpulan Ummi, kurikulum sekolah kat Malaysia ni ok jugak. Pelajaran Geografi menyeluruh begitu jugak pengetahuan am yang lain. Dah banyak kali jugak ummi jumpa org putih ke, kiwi ke, pakistan ke ... kadang tu tak tahu kat mana Malaysia apatah lagi nak tahu pasal negara tu. Selain dari tu ilmu pengetahuan tu sebahagiannya datang dari pembacaan. Jadi adik janganlah malas2 membaca. Ummi tahu Adik tak suka membaca tapi pelik jugak camne level Vocabulary Adik tinggi ya berbanding Luqman??




Ikhwan kat Wesley Market


Ok cerita no 2, Ummi belikan Ikhwan crogs n selipar kat pasar tu. Happy dia!!! Bila balik rumah dia pegi kat fridge tempat ummi lekatkan gambar Adik n Baby, n dia tunjukkan selipar dan kasut baru dia. Kesiankan dia. Kekadang bila dia lalu kat fridge tu, dia mesti panggil "kakak".

Kakak! Ambik Ikhwan ni! Ikhwan nak main ngan kakak.

"Cantik tak crogs Ikhwan kakak?"

Petangnya Ummi, Ayah, Luqman n Ikhwan pegi jalan2 kat tempat kita tengok bunga api tu. Ummi suruh Ikhwan posing ambik gambar. Cantikkan!

"Tu Harbour Bridge"

Monday, 5 January 2009

Hari Pertama ke Sekolah

Pagi2 lagi Ummi dah ucap selamat untuk Adik n Baby ..... Selamat Menjalani Persekolahan di Malaysia. Kejap tu Ummi dapat text dari mama, "my bag is so heavy, my shoulder hurts. I only bring my lunch box to school but now I have to carry these books to school." Belum pegi sekolah dah banyak komplen, dah pegi nanti tak taulah. Petangnya Ummi call.

"How's school Afiqah?"
"Ok". Aikk semacam jer, selalunya Afiqah suka pegi sekolah.
"How's your teacher?"
"They're mean!"
"I try to answer but the answer is wrong and she said "Salah la".
"Hmm takpe lah..next time try again!"
"No, I'm not going to answer anymore or she'll say Salah la".

Di manakah silapnya? Silap Afiqah yang "gatal2" nak cuba jawab atau silap sistem atau silap kurikulum? Kalau kat sini, anak2 diajar untuk berani mencuba walaupun salah, dan komen yang diterima adalah menggalakkan. Sebaliknya yang berlaku di Tanahair tercinta, bilalah pelajaran psikologi tu nak diamalkan. Sedih. Sedih sangat. Banyak lagi yang berlaku di sebalik senario itu yang tersirat dan tidak tersurat.
Aqmar mana? Ummi nak cakap ngan dia pulak. "She's sleeping." Ha..tu memang baby. Ummi dah agak dah, biasanya dia memang akan tidur kalau dah keletihan camni. "Ustazah asked her to memorize Lam Yakunil, and she's asleep before memorizing it." Ok lah takpe. Nanti Ummi call lagi.

Saturday, 3 January 2009

Rindunya..

Afiqah ......

Baby ......


Rindunya Ummi kat korang. Rasa bagai nak pecah hati ummi, mana-mana ummi pegi teringatkan korang. Dua tiga hari ni ummi rasa tak tertelan nasi yang disuap, bila ayah ajak ummi pegi jalan-jalan, hati ummi rasa kosong .... sebab ummi tahu kalau korang ada koranglah yang paling gembira bila ayah ajak keluar jalan2 terutamanya bila pergi pantai. Ikhwan pulak asyiklah tarik tangan Ummi ajak keluar sebagaimana dia suka tarik tangan Adik ngan Baby masa korang ada kat sini. Sekarang kakak2 dah tak ada terpaksalah dia ajak Ummi. Kesian dia, Ummi rasa dia pun amat terasa akan ketiadaan kakak2, dia pun pasti rindu cuma beza nya dia dengan ummi ialah dia masih belum pandai berbicara untuk menyampaikan rasa hati. Tapi lenggok tubuh dan aksi sehari-hari cukup untuk buat ummi mengerti akan rasa kehilangan itu.

Masa Ummi sediakan sarapan kat dapur kekadang tu macam ternampak jer Afiqah datang kat dapur tengok ummi dan baby pulak mesti jengok ummi bersama Ikhwan. Bila nak tido ummi terbayang2 korang salam dan peluk cium ummi. Sekarang ni ummi cuma ada Ikhwan dan Luqman jer tapi tetap tak sama. Rumah ni sunyi sepi jadinya, kalau dulu bising dengan celoteh afiqah dan tangisan baby kena sakat dek Luqman, tapi sekarang ....... jarum jatuh pun boleh dengar.
Sabarlah hati...moga pengorbanan ini mengukuhkan lagi kasih yang terikat dan rindu yang tersirat.

Friday, 2 January 2009

Menghitung Hari, detik demi detik...

Baru 2 hari Adik n Baby takde tapi Ummi rasa macam dah berkurun. Ini berpisah hidup, macam manalah perasan ibu yang berpisah mati dengan anak. Hanya yang pernah merasainya saja yang tahu. Kadang2 timbul rasa terkilan bila teringat ada perkara2 yang tak dapat dipenuhi sebelum kepulangan dia orang tapi apa boleh buat...... masa tak boleh diundur. Ummi tak menyesal menghantar pulang anak2 sebab ini pilihan Ummi. Mungkin ada orang beranggapan Ummi kejam tapi ini adalah yang terbaik untuk kita.. Adik n Baby. Ummi harap pengalaman ini dapat membina jati diri, keyakinan diri, tanggungjawab, percaya diri dan melatih sifat berdikari. Tak semua orang diberi peluang sebegini, suatu hari nanti korang pasti senyum mengimbas kenangan ni. Waktu Ummi dalam darjah 1 dulu, ummi tinggal dengan mama Auntie Yati. Hujung minggu baru ummi balik rumah jumpa mama ....... sedih, tapi ummi tahu kenapa keadaan itu harus ummi lalui. Mama buat macam tu supaya ummi dapat bersekolah di sekolah yang elok. Masa Ummi duduk asrama, ummi selalu sedih ...ummi tak suka dok asrama tapi mama faham. Mama datang tengok ummi tiap2 minggu, tak pernah miss. Masa ummi belajar kat Terengganu pun mama selalu datang, cuma masa ummi kat Kedah, ummi yang selalu balik jumpa mama. Pengalaman2 hidup ni akan mengajar kita jadi berani, matang, percaya diri dan berbagai2 lagi. Jadi Adik n baby ambiklah pengalaman ni dari sudut positif. Ummi tahu adik n Baby rindu kat Ummi tapi sabarlah .....

Wednesday, 31 December 2008

Alhamdulillah.

Lebih kurang jam 3 pagi waktu NZ dan 10 malam waktu Malaysia Ani text beritahu Afiqah n Aqmar dah selamat sampai dan tengah makan KFC kat Airport. Uncle Salim yang belanja. Alhamdulillah. Selagi ummi tak tahu dia orang dah sampai, selagi tu lah tido ummi macam lena tak lena jer.

Dah malam baru ummi telefon dia orang, seronok betul ....pagi2 keluar pegi makan roti canai n tose kat Bukit Baru. Lepas tu makan nasi ayam claypot kat Jusco pulak. Pegi shopping pakaian sekolah, maklumlah sekolah dah nak bermula tak lama lagi.

Sukanya Baby dapat tose n milo ais.

Dik, best tak tose tu? Kesian Luqman....!

Wah..wah..nasi ayam claypot ke mee claypot tu??? Sedapnya.


Macam sedih jer nak sekolah???!!


Baju n seluar Ikhwan buat melepas rindu. Baju untuk Baby n Seluar untuk Afiqah.

Tuesday, 30 December 2008

Selamat Pulang ke Tanahair Anak2ku

Lepas sarapan ala kadar kami ke rumah lama untuk ambik semua luggage2 Afiqah n Baby. Masih ada lagi yang belum dimasukkan ke dalam beg dan ummi kena finalise semua luggage ni. Yati dan Zainol serta anak2 singgah dalam perjalanan ke Uni untuk ucap Selamat Jalan. Terimakasih. Sampai di airport kami terus timbang semua luggage dan alhamdulillah tak lebih 50 kilo. Syukurlah daging korban mama pun dapat diselitkan dalam beg tu, dapat mama merasa daging korban. Lepas tu kami terus check in dan ayah kena isi borang untuk "Young Passenger Travelling Alone". Selesai tu kami ke kaunter Special Needs untuk confirmkan pukul berapa assistant akan bawa afiqah n Baby ke gate untuk boarding. Kata Sosefina (pegawai bertugas), kamu bolehlah pegi makan tengahari dulu dan datang semula ke sini jam 1. Jadi kami keluar ke pekan Mangere, Afiqah kata, "Mum this would be the last time I go shopping with you here in New Zealand." Sedih hati Ummi, Afiqah memang bagus dalam soal shopping, dia tahu nak pilih barang, tahu harga mana yang sesuai, pendekata tahulah cara2 shopping yang ekonomi sesuai dengan keadaan. Lebih kurang pukul 1 kami dah sampai semula ke kaunter berkenaan dan Louis Phoon ditugaskan untuk bawak Afiqah n Baby ke gate. Ummi cuma hantar sampai ke pintu berlepas ..... sabar ya anak2, moga Allah lindungi perjalanan kalian. Sebelum berpisah macam2 ummi pesan, hati ibu mana yang tak risau melepaskan anak2 sendiri merentas lautan. Tapi insyallah Ummi yakin, sebesar mana kasih sayang Ummi, besar lagi kasih sayang Allah terhadap anak2. Ummi pasti kalian dalam jagaan DIA.
Petangnya Ummi asyik menghitung waktu yang berlalu ....apalah yang anak2 ummi buat dalam flight tu?? Bilalah nak sampai??? Ok ke dia orang????