Thursday, 24 December 2009

Kepulangan Yang di Nanti

Hish sibuknya hari ni..... Nak kemaskan rumah, nak pegi ofis.... Kebetulan pulak hari ni kena jaga student exam. Aikkk....result dah keluar pun kena jaga exam? Hanya untuk pelajar yang menduduki sub paper. Aku ditugaskan mengawas peperiksaan jam 2.15 - 5.15 petang ni. Masuk jer Dewan exam ....terkujat sekejap. Rupanya anak buah sendiri, selama ni tak pernah nampak pun. Ikhwan, Baby n Luqman tinggal kat ofis sementara menanti aku bertugas. Risaunya Allah sahaja yang tahu. Afiqah pulak tak de, dah ke Brunei dengan mama. Sekurang-kurangnya kalau ada Afiqah aku yakin sikit nak tinggalkan Ikhwan, tapi Luqman n Aqmar ni....emmmmm susah mau cakaplah. Habis jer exam aku terus memecut ke KLIA. Tak sabar nak jumpa buah hati yang dinanti. Ikhwan pun bising nak tengok gedek2 (airoplane) ayah. Kami tiba di KLIA jam 7 dan aku pun terus cari parking. Sampai kat dalam terus jer kami cari board ketibaan dan rupanya flight dari Auckland dah landing. Selepas setengah jam menanti akhirnya Alhamdulillah.... penantian pun berakhir. Seronoknya......................!!!!!! Bermula kembali sebuah KEHIDUPAN.....

Sunday, 20 December 2009

Seuntai Ingatan

Alhamdulillah kami dah pun selamat sampai setelah kebosanan selama 10 jam dalam flight. Ingin sekali kami rakankan ucapan terima kasih buat rakan2 di Auckland yang telah meraikan kedatangan kami.

Hassan dan Azila :
Terimakasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima kami meski kita tak pernah kenal sebelum ni. Itulah salah satu keajaiban yang berlaku bilamana kita bukan di tanahair sendiri.

Fizah dan Anas :
Maaf kerana tak dapat bertandang lama walaubagaimanapun luang waktu yang diberikan cukup meninggalkan kesan. Terima kasih.

Zah dan Ridzuan :
Masih terbau kari di tangan, yum, yum,yum....dalam kesuntukan waktu masih ada ruang untuk menghidang juadah enak buat kami. Moga Allah bukakan pintu rezeki seluasnya.

Yati dan Zainul :
Ayam Afghan tu sedap!!!! Mengubat rindu kami pada ayam selepas berhari-hari menjadi "vegetarian". Lambaian di airport harapnya bukan lambaian berakhirnya sebuah persahabatan. Moga Allah sentiasa memberkati silaturrahim ini. Terima kasih.

Diana:
Hadir di celahan, seakan tersembunyi tapi sering mengintai di saat-saat kami memerlukan. Bagaikan bidadari yang muncul menghulurkan pertolongan.... Moga keikhlasan itu diangkat Allah setingginya dan diberi pembalasan yang setimpal. Thanks Diana.

Sister Shariffa n Family:
Jazakallah and may Allah bless all of you.

JAZAKALLAH SEMUA

Moga jumpa lagi.

Sunday, 11 October 2009

Selamat Hari Lahir Luqman, Afiqah, Aqmar n Ikhwan

Aluq, Afiqah, Aqmar, Ikhwan
Aluq - 5 Oktober
Afiqah - 11 Oktober
Aqmar - 13 Jun
Ikhwan - 6 Ogos
Ini memang kes berjimat. Mengumpulkan harilahir kesemuanya dan disambut dalam satu jamuan. Sebenarnya tak sempat tapi ok jugak buat sekaligus macam ni. Anak2 pun alhamdulillah tak bising. Yang penting boleh menggembirakan dia orang.

Thursday, 1 October 2009

Ikhwan Masih Menangis

Masuk hari ni, kira dah 3 bulan aku tinggalkan Ikhwan untuk ke pejabat. Tapi sampai hari ni Ikhwan masih menangis setiap kali aku nak tinggalkan dia ...... "Mummy, Wan kut!" (Ikhwan ikut). Terpaksalah mama dukung dan pegang dia kuat2, bila aku dah pergi barulah mama boleh lepaskan Ikhwan. Tak dapat aku bayangkan kalau terpaksa meninggalkan Ikhwan di rumah pengasuh, tentu lebih dahsyat lagi. Apa perasaan aku tatkala menghadapi situasi itu?????? Tak dapat nak aku gambarkan, sesungguhnya ada pelbagai rasa .......sedih, pilu, sayu, gelisah, ....dan yang paling teruk sekali ialah rasa terkilan kerana terpaksa meninggalkan dia. Mendengar jerit tangis dia meruntun hatiku, satu kemujuran dia ditinggalkan bersama orang yang sangat aku sayangi dan percaya. Aku rindukan saat2 manis berdua dengan Ikhwan, hanya kami berdua. Mengulit Ikhwan dari pagi ke petang, hanya bila ayah dan abangnya pulang barulah aku menjarakkan diri seketika. Malamnya pula, Ikhwan masih di sisi ..... dan hingga kini Ikhwan masih tidur di sisiku bagai tak mahu berpisah kerana siangnya aku tiada, pergi tinggalkan dia. Ikhwan masih menyusu badan, tiada masalah bagiku kerana ia tidak sedikit pun memudaratkan kesihatanku atau Ikhwan buat masa ini. Alhamdulillah, semua itu dengan keizinannya jua.

Monday, 14 September 2009

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya ......bererti syawal kian menjelang. Dan adakah aku bakal menikmati Ramadhan akan datang????? Sesungguhnya mati itu pasti, tak beranjak walau sesaat pun seandainya ia telah tercatat dalam ketentuanNYA. Maka untuk itu sebaiknya aku manafaatkan setiap detik yang Allah kurniakan agar tiada penyesalan di kemudian hari.
Ramadhan kali ini dinikmati dengan sederhana sekali. Dengan jadual waktu yang padat dan tak memungkinkan aku untuk ke dapur maka menu berbuka biasanya bergantung atas apa yang mama masak. Aku sekadar membantu ............ Dengan 6 orang anak2 dan 2 dewasa kami berbuka bersama2.

Friday, 11 September 2009

Mendengar Arahan

Hai...menguji kesabaran betul bila berhadapan dengan pelajar2 ni. Geraaaaaaaaaamnya.....nak2 yang tak mahu mendengar (not listening). Sebelum mula ujian, aku dah bacakan arahan dan suruh dia orang (pelajar) dengar baik2. Tup2 bila dia hantar kertas ujian tu, apa yang diarahkan tidak dilaksanakan.
Adakah kerana tak boleh terima arahan?
Adakah kerana tak faham arahan?
Adakah kerana tak faham bahasa yang digunakan?
Adakah kerana tak suka dengan arahan?
Tak kiralah apa pun jawapannya, arahan yang diberikan pasti ada sebab di sebaliknya. Takkan lah aku suka2 bagi arahan. Bilalah bebudak ni nak matang agaknya????? Hish2 geram betul.

Itu belum lagi yang tak datang exam dengan alasan tertidur. Kalau dulu kelas pukul 8.00 pagi tapi sekarang dah dilewatkan ke jam 8.30 pagi. Sepatutnya dah cukuplah masa tidur selepas subuh tu tapi memandangkan dia orang ni pelajar2 kursus yang "banyak kerja" selalu jadi alasan maka waktu tidur tu masih tak cukup sebab dia orang tak tidur nak siapkan assignment untuk major subject. Kadang dia orang ni lupa, subjek yang aku ajar ni teras universiti, bererti kalau fail tak boleh nak graduate. Lantaklah.....aku malas dah. Pada peringkat ni rasanya dia orang dah patut tahu nak berfikir. Sesekali tu bolehlah nak ingatkan tapi kalau selalu2, tak laratlah.

Thursday, 6 August 2009

Ikhwan Dah 2 Tawunlaaaa.......

Hari ni 06.08.09 genaplah usia Ikhwan 2 tahun. Dah besar anak ummi, rasa macam baru semalam perut ummi memulas nak beranak. Tengok2 dah besar, memang cukup puas hatilah. Dalam usia 2 tahun, Ikhwan dah cerdik kejutkan kakak n abang sembahyang ......kak...yang! Selagi tak bangun dia akan tepuk sampai bangun. Suruh jer buat apapun, tak payah diulang arahan tu dia dah pun bergegas pergi. Sesungguhnya kehadiran Ikhwan benar2 satu rahmat buat Ummi. Terasa luruh hati melihat kejernihan wajah Ikhwan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui, menghantar Ikhwan dalam hidup Ummi ....pada masa yang tepat. Dialah pengubat lara tatkala badan rasa tidak berdaya, senyuman yang dihulur begitu tulus. Argh...sucinya hatimu sayang.......buat Ummi jadi takut dan risau. Walau apapun, Alhamdulillah yang penting Ikhwan sihat dan moga2 menjadi anak ummi yang Soleh. Doa Ummi mengiringi tiap derap tapak kakimu sayang.

Friday, 31 July 2009

Merapu ...

Rindunya nak menulis tapi masa benar2 tak mengizinkan. Pulak tu semester ni mengajar sampai 24 jam seminggu, rasanya macam takde masa untuk buat kerja-kerja lain. Penatnya tak usah cakaplah, tiap2 hari, petang baru sampai rumah. Nak rasa rindu kat buah hati pun tak sempat, kadang tu terlupa terus...hihi..sibuk punya pasal. Hari ni, lepas magrib baru sampai rumah. Itupun sebab terpaksa pegi kedai beli pen drive, kalau tak betul2 memang aku tak pegi beli tapi sebab dah urgent sangat nak guna, maka terpaksalah. Lepas solat kat rumah mama kami terus balik rumah. Sampai jer rumah, buat apa yang patut ......bum tido.
Terkadang bila aku sempat duduk mengelamun seketika, terbayang saat2 indah berdua2an dengan Ikhwan. Itulah saat yang paling aku rindukan saat ini. Pagi2 bila aku nak ke ofis, kadang Ikhwan ok, tapi kadang tu nangis jugak. Paling sayu masa tengok dia berdiri kat pintu pagar tu menghantar sekujur pandangan yang sayu. Aduh...luruhnya hatiku. Kemujuran yang paling membahagiakan ialah dia berada dalam jagaan seorang nenek yang amat menyayanginya....bukan pembantu rumah dan bukan seorang pengasuh. Itu sajalah yang dapat mengubat duka hatiku....andai mama tak de..... Hakikatnya semua anak2 mendapat penjagaan mama semasa kecil kecuali Afiqah yang cuma sempat dihantar 2 bulan ke pusat jagaan. Pulangnya aku disambut dengan dakapan erat atau "big hugs" dari Ikhwan. Senyumannya ikhlas, membuatkan badan lesu terasa segar, otak yang tepu terasa mengalir darahnya...... Kebiasaannya bila pulang, Aluq, Afiqah atau Baby pasti ada bersama Ikhwan. Sesungguhnya aku benar2 bertuah dianugerahkan Ikhwan pada saat aku amat memerlukan dan kehadirannya benar2 tepat untuk aku sekarang dan akan datang.

Thursday, 9 July 2009

Diserang.....

Pagi ni badan rasa macam tak sedap, kepala bengal semacam. Mujurnya kelas mula lewat hari ni....12.30. Hantar anak2 ke sekolah dan hantar Ikhwan kat rumah mama. Lepas tu terus ke sekolah ...... Lela pulak ajak pegi breakfast lempeng kelapa. Mamat lempeng tu pulak lembap giler, terhegeh2, tapi aku malas nak bising. Lela jer yang asyik tanya2, kesian dia lapar, maklumlah ibu mengandung. Aku sempat pegi klinik kat dalam kampus mintak ubat demam, batuk dan sakit tekak. Nak jumpa doktor tak larat sebab student terlampau ramai. Kul 1230 masuk kelas kat Building Art n Design, panaslah pulak bilik tu. Bila cakap ngan student aku rasa cam tak sihat, dia orang pun jawablah....Madam, if you dont want to have class, it's ok for us. Memanglah ok sayang oooiiii tapi nanti kalau kena, saya jugak yang kena. Habis kelas tu kena tunggu 2 jam pulak untuk kelas kul 4.30. By the time aku sampai rumah lepas habis kelas kul 6.20 tu, badan aku dah tak larat. Mama tanya dah pegi doktor ke belum, aku jawab belum. Tak lengah lagi lepas maghrib dia ajak aku pegi hospital. Seperti biasa mama memang tak boleh duduk diam bila tiba bab sakit2 ni. Mujur tak lama menunggu, badan aku dah sakit2. Malam ni mama suruh tido kat rumah dia. Memang pun, aku dah tak larat nak memandu....... Di saat2 sakit ni teringatnya kat buah hatiku nun jauh di mata. Kalau abang ada kan best.....

Tuesday, 23 June 2009

Hari ni pagi2 lagi lepas hantar anak2 sekolah aku pegi beli makanan sarapan + lunch. Lepas sarapan ketupat serunding, aku hantar Mama n Achik ke pelabuhan. Dia orang nak ke Bukit Tinggi ziarah kubur arwah ayah. Dah lama mama tak ke sana dan kebetulan minggu lepas genap 12 tahun ayah pergi menemui PenciptaNYA. Then aku terus ke pejabat.... sampai sana terus ke bilik Induk. Aik apasal gelap jer ni??? Rupa2nya dia kat bilik singgah. Kata dia bilik dia kat Bangunan Maintenance lama .....dengan konfidennya aku pun pegilah ke bangunan Pejabat Pengarah lama. Bila dah sampai situ baru aku perasan tu bangunan Pejabat Bendahari, ni kira dah sesat lah ni. Yang lebih memenatkan bilamana Ikhwan tak nak jalan tapi mintak dikendong. Sebabnya jalan tar tu ada air bertakung dan dia jijik. Adui penatnya. Alang2 dah sampai, terus lapur diri kat Pentadbiran dan lepas tu baru ke Pejabat Induk Ros cum Koordinator B*****. Maka dapatlah Jadual waktu ..... Aku dapat 22 jam semester ni dan yang tak bestnya hari Rabu dan Khamis kelas tamat pukul 6.20 petang. Nampaknya bulan Ramadhan nanti terpaksalah pecut balik untuk berbuka. Kalau rumah sebelah pejabat takpe jugak, ini nak kena drive setengah jam untuk sampai. Sabar jerlah.

Friday, 19 June 2009

Barang2 Dah Sampai

Mama ajak balik kampung pagi ni carik durian. Jadi lepas hantar anak2 sekolah lebih kurang jam 8.30 pagi kami pun bergerak menuju ke kampung. Dalam perjalanan, dapat panggilan dari Vijay Shimetsu mengatakan barang2 dah ada dan untuk menjimatkan kos storage, dia tanya ok tak kalau terus hantar ke Melaka hari ni. Kalau ok, Vijay nak suruh driver bertolak waktu tu jugak. Oklah....lagi lewat lagi susah. Kami teruskan perjalanan ke kampung dan sampai 20 minit kemudian. Terus masuk kebun dengan wheel barrow untuk kutip durian. Fuih nostalgia betul....teringat zaman kekecik dulu. Lepas subuh aku ngan Eda ditugaskan pegi cari durian kat baruh dengan kat paya. Masa tu tak de rasa takut pun, samada takut kat binatang atau orang. Kira selamat lah. Lepas tu sarapan selonggok durian. Erkkkk....kenyang Alhamdulillah. Puit!! bau durian jer...lepas tu angin satu badan. Mulalah kentut kentut...hihi. Carik durian ni ada jadual waktu nya, so kami yang kecik2 ni lah yang kena bertugas tapi seronok. Kat rumah mak long tu ada ladang kemunting, best bila masuk ladang tu carik kemunting. Memang aku dok kat bandar tapi tok leh tipu lah kalau citer pasal kampung. Setakat gi bondar mengail ikan, menimba ikan, masuk je ikan yang dapat dalam poket sebab takde baldi, itu kira biasa. Masuk ladang getah, tengok orang proses getah buat getah beku, carik segerap .....hish macam2 lagilah. Dah jauh melalut pulak .... Lepas ambik durian penuh satu bonet kereta kami ke rumah mak lang. Kononnya nak tolong mak lang masak lauk tempoyak tapi disebabkan barang2 tu nak sampai maka terpaksalah disingkatkan lawatan tu. Ambik lauk seperiuk dan balik. Lebih kurang jam 1 lori pun sampai. Oleh kerana drivernya sorang dan aku pun sorang maka kami berdualah yang mengangkat barang dari atas lori ke dalam rumah. Tak lama lepas tu mama dan afiqah datang tolong. Maka perempuan 3 generasi inilah yang memunggah 91 kotak barang yang kebanyakkannya buku. Nak putus rasa pinggang tapi apa nak buat ....... Banyak jugak kosnya yang perlu dibayar berbanding dengan shipping dari UK dulu. Dengan hanya 200 pound, barang siap dihantar depan rumah. Ini nak kena bayar macam2 lagi, dengan kata lain kos yang dibayar pada agen di Auckland bukanlah kos sebenar. Sekurang2nya kena tambah lagi 7 atau 8 ratus ringgit sebab shipping line fee jer dah RM450. Sudahnya, rumah dah penuh semula dengan kotak. Mujur aku belum start mengajar, bolehlah kemas sikit2. Letih betullah ...................

Thursday, 18 June 2009

Taukeh Durian

"Ah Wan" Taukeh Durian

Foto ni diambil masa musim durian baru ni. Ikhwan cukup seronok bila bawak pergi dusun durian. (Maori tak pernah jumpa dusun). Dengan gumboots dia berlari-lari kat dalam kebun tu tanpa rasa takut. Cuma sesekali terdengar keluhan "Mut Dedet-Semut Gigit". Ikhwan memang besar hati, buah durian tu dia yang kutip, wheel barrow tu dia yang nak tolak .......
Seronok dapat lepas bebas .....selama kat Auckland asyik terkurung dalam rumah atau paling tidak pergi park yang ..... Dapat kebun durian, apalagi.....dunia ini ana yang empunya!!!!!!

Tuesday, 16 June 2009

Bebas lah kami dari belenggu

Pagi2 lepas sarapan wad attendan dah ajak turun untuk periksa darah. Hai menjeritlah lagi Ikhwan nampaknya ..... Sementara tunggu petugas tu sediakan peralatan, Ikhwan setia menanti atas pangkuan. Petugas tu pun terus urut2 jari Ikhwan dan tap jarum pun masuk. Aik...cool jer Ikhwan, hari ni tak nangis pulak. Mungkin sebab dah baik atau dah nak balik. Fuhhh lega. Lepas naik ke wad Ikhwan main2 ngan rakan sewad sambil aku sembang dengan mak si Ashraf tu. Dalam kul 10 attendan ajak ke Klinik doktor kat level 2. Alhamdulillah bilang sel putih dah turun lagi 8.6. Aku yang memang tak paham tanya kat doktor tu apa maksud banyak dan sedikit jumlah sel tu. Maka Doktor Tee menerangkan siap ngan analoginya sekali. Whatever, yang penting hari ni kami bebas. Doktor kata dah boleh keluar tapi kenalah tunggu mama selesai ambik anak2 sekolah. Sudahnya pukul 3 baru kami pulang berbekalkan 4 bungkus beriani pemberian Amelia ibu Ashraf yang sememangnya tokeh kedai nasi beriani. Jazakallah.

Saturday, 13 June 2009

Sehari selepas...

Selamat Hari Lahir Baby yang ke 10. Kita terpaksa raikan kemudian kerana banyak halangan yang datang.
Abang baru saja berangkat pulang ke Auckland semalam dan hari ni dah terasa sepinya tanpa dia. Pagi lagi mama, mak lang, ani, fairuz, yati n inas berangkat ke Batu Pahat untuk majlis bertunang anak Paksu....Ashrul. Sekejapnya masa berlalu, dulu kecik jer si Ashrul masa dia cakap nak balik kampung .....Belgium. Dan hari ni dah bertunang. Jadi projek hari ni adalah mengemas rumah dan kain baju yang banyak tak berlipat. Maklumlah kat sini panas, asyik salin baju jer sebab peluh. Jadi banyaklah baju yang nak dibasuh dan dilipat. Duduk2 lipat baju terasa panasnya badan Ikhwan masa dia duduk di pangkuan. Tak lengah terus bawak gi klinik mawar. Risau sebab sekarang kan banyak penyakit yang bukan2, denggi, H1N1 lah dan macam2 lagi. Doktor kata ok tapi lepas makan ubat demamnya terasa macam takde perubahan. Tunggu mama baliklah....bila mama balik jer, Encik pulak nak ke hospital. Kencing tak lepas, jadi mama terus bawak Encik ke Hospital Besar. Balik dari hospital mama rasa badan Ikhwan .... panasnya. Terus tuam ngan airbatu dan bila masih panas lagi maka kami sepakat ke Mahkota Medical Centre. Doktor buat blood test dan oleh kerana white cell tinggi maka doktor nasihatkan supaya Ikhwan tinggal kat wad. Maka bermalamlah kami di wad. Sedihnya, sepinya...dahlah abang takde, kena dok wad sorang2, takut pun iya jugak. Letih tak usah cakap. Risau berganda2. Mujur ada mama untuk tengokkan yang 3 lagi kat rumah tu.

Friday, 12 June 2009

Kau Pergi Jua......

Hari ni hati aku mendung.....abang akan berangkat ke Auckland malam ni. Hambali datang ziarah sebelum abang berangkat pulang. Syahira pulak beritahu dia akan viva hari ni pukul 1p.m waktu NZ. Insyallah aku doakan moga Allah mudahkan dia. Lepas solat Jumaat kami ke klinik sekejap sebab abang nak ambik suntikan untuk flu. Dalam pukul 4.30 kami bertolak ke KLIA. Dalam perjalanan Syahira text beritahu dia dah lulus. Alhamdulillah ......perjuangan dia hampir selesai dan tak sia2 pengorbanan dan usaha. Sesungguhnya rezeki manusia itu telah Allah tentukan, maka itulah ketetapan buat dia. Memang aku tersangat gembira, macam aku pulak yang lulus tapi aku tahu macam mana sukarnya bila belajar tapi ada tanggungjawab lain terhadap anak2 dan suami. Suami pulak jauh di mata.... Memang tabik kat dia sebab dia siap dalam tempoh 3 tahun lebih sikit je itu pun sebab viva lambat. Boleh dijadikan cabaran buat mereka yang single terutamanya sebab tumpuan dia orang cuma untuk studi.
Di airport Along n famili dah tunggu dan Mak Ilah pun dah sampai. Dia akan terbang ke Auckland bersama abang. Selesai solat Maghrib abang pun masuk untuk berlepas .........

Thursday, 11 June 2009

Tetamu Dari Segamat

Semalam lagi Pakcik Hamidon Ayah Syahira dah text beritahu dia nak datang. Kami ok jer. Lebih kurang jam 3 Pakcik Hamidon sampai bersama seorang kawan yang menurutnya adalah bekas Ketua Trafik Melaka. Yang lebih mengharukan ialah dia datang bawak sebakul durian ....adalah dalam 30 biji. Sedihnya, dari jauh dia datang bawak durian tu semata2 nak bagi kami makan. Moga Allah jua yang melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah buat dia. Dalam sembang2 tu, kawan Pakcik Hamidon sempat jugak promosi beberapa lokasi makan yang sedap kat Melaka ni. Maklumlah dia kan polis trafik, merata2 tempatlah dia tahu dan jelajah. Kebanyakan tempat tu kami tahu tapi ada satu jer yang kami tak tahu iaitu roti nan kat Taman KotaLaksamana. Sudahnya lepas dia orang balik kami pun pegi carik roti nan tu, jumpa!!!! Memang sedap. Ngan ayam tandoori lagi ....satu set 7 ringgit lebih. Terubat rindu nak makan roti nan.

Saturday, 6 June 2009

Selamat Pengantin Baru n Selamat Hari Tua

Program hari ni semestinya Majlis Perkahwinan Ani kat Dewan Hang Tuah. Rasanya cukup simple dan jimat. Seawal jam 9 kami dah ke dewan untuk menyediakan apa yang patut sebelum majlis bermula. Bilamana tetamu mula datang maka kesibukan mula terasa. Seronok ....dapat jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. Encik pun tak nak ketinggalan walaupun hanya duduk di kerusi malasnya. Bak kata Ani, boleh merajuk dibuatnya kalau tak diajak dia ke dewan. Selepas pengantin makan dan keluarga pihak lelaki dah balik maka barulah dibuat acara potong kek. Tetiba Ani panggil ajak ke depan ...... buat apa??? Rupa2nya nak suruh potong kek dan ucapan Hari Lahir dari semua yang ada di Dewan. Huh! Malunya...dah tua2 ni ada surprise lak. Lepas ni, Ani sambut ulangtahun perkahwinan sama ngan birthday aku lah. Selalunya Agung jer yang nak sambut birthday ngan aku tapi sekarang dah bertambah ahli yang sudi meraikan 6 Jun. Kuang...kuang..kuang.

Wednesday, 27 May 2009

Apa Program?

Seperti biasa jam 7.00 pagi dah ada depan rumah mama untuk pick up Fadilah n Raudhah ke sekolah bersama Luqman, Afiqah n Aqmar. Maka bersesak2lah dalam keta macam ikan sardin. Bila terbayang sesaknya Jalan Tengkera dan Jalan Gajah Berang ......hai...mengeluh panjang dibuatnya. Lepas hantar dia org abang ajak pi breakfast mee jawa kat Tanjung Kling. Sampai situ kedainya masih tutup so kami pusing2 kat Pantai Tanjung dan singgah beli ayam segar 2 ekor. Harga mestilah RM ....baru 20 ringgit. Kalau kat Auckland sah2 NZ22 .....hihi jangan marah org Auckland. Lepas tu pi kedai mee jawa tapi rupanya kedai tu dah tak wujud sebab org lain yang jadi pemiliknya. Maka mee goreng jer lah untuk sarapan abang pagi ni. Aku cuma minum teh o ngan Ikhwan. Dalam perjalanan balik mama call mintak tolong bawak Encik ke hospital untuk check up. Boleh jer maklumlah penganggur untuk sementara. Ya Allah apa ramai benar org kat Klinik mata ni ....no giliran semasa 1038 dan kami dapat no 1142. Bayangkanlah berapa lama nak tunggu. Masa tu baru pukul 9.20 dan staff kat kaunter siap bagi nasihat supaya pegi minum dulu. Sudahnya pukul 12.30 baru selesai dan balik. Kelam kabut masak ngan mama dan Abang pulak ambil anak2 dari sekolah.

Friday, 15 May 2009

Baca Yasin

Kebetulan mama rajin baca Yasin dengan anak2 murid yang mengaji ngan dia jadinya minggu ni aku mintak buat baca Yasin kat rumah ni. Cuma untuk wanita ajalah dan aku sediakan spagethi sebagai hidangan. Kalau kat NZ sebungkus spageti harganya NZ 1.25 yang murah dan kat sini RM4.50. Maklumlah itu bukan makanan ruji orang Malaysia kan?!! Whipping cream pulak sebotol RM25 .... terkulat2 jer pandang ...Cheese pulak 250 gm RM10 ke atas .... tapi tak heran sume tu sebab makanan banyak kat sini. Tak boleh makan western pilih aja menu negara lain....berbagai2.
Ramai jugak yang datang untuk baca yasin ...Auntie Salmah, auntie Zizah, Makcik Jah n Esah, Kak Helen, Makcik Rosiah dan 6 org kanak2. Cukuplah tu. Lepas baca Yasin kami baca Quran sorang beberapa ayat dan lepas tu selesai. sedia untuk menjamu selera. Selain spageti ada apam beras, kuih lopez, kek gula hangus, buah oren dan honey dew. Kak Helen bawak pisang setandan .... ada jantung pisang lagi. Sedapnya buat kerabu ....yumyum

Tuesday, 5 May 2009

16 kali keluar masuk rumah

Bila tiba hari Selasa memang pening .... Pagi2 keluar hantar Luqman, Afiqah, Aqmar, Fadhilah n Raudhah ke sekolah. Pukul 1.15 keluar ambik Aqmar dan Fadhilah. Afiqah ada kelas tambahan sampai pukul 2 dan Raudhah ada tasmiq sampai pukul 2.30. Balik rumah tunggu Aqmar n Fadilah makan n solat pas tu pegi hantar dia org ke sekolah semula untuk ko kurikulum. Aqmar akan habis jam 4.30 dan Fadilah habis jam 3.30. Masa yang sama ambik Afiqah dan tunggu Raudhah selesai dan lepas tu terus pegi ambik Luqman. Sampai rumah, Afiqah siap untuk tuisyen dan Raudhah siap untuk KAFA. Mujur Afiqah pegi tuisyen jalan kaki dan keluar pulak hantar Raudhah ke kelas KAFA jam 2.45. Balik rumah untuk rehat sekejap lepas tu keluar lagi ambik Fadilah jam 3.30. Fadilah bersiap dan hantar ke KAFA dan terus pergi ambik Aqmar dari ko ku. Hantar Aqmar balik rumah mama dan siap untuk ke kelas tuisyen. Macam tu lah bila tiba hari ko ku lah, kelas tasmiq, kelas tambahan ..... besi pun bengkok. Penat giler...maklumlah masa kat Auckaland asyik dok melepak. Cuaca pulak panas dan hati memang selalu panas bila memandu kat sini.
Lepas Maghrib pulak Syakir n famili datang nak kongsi maklumat tentang Auckland. Mereka bakal ke sana kelak.....

Saturday, 2 May 2009

Kebebasan Buat Ikhwan

Aku rasa Ikhwan adalah kanak2 yang paling gembira terlepas dari belenggu Auckland. Tiap2 hari dia nak main kat luar rumah .....kadang2 tido dalam longkang, menyapu sampah, cabut rumput, mengecat dan tido dalam timbunan daun kering. Bergaya dengan gumboot, dia akan berjalan dari halaman depan ke belakang. Bila dipanggil masuk ke rumah memang meraung2lah dia. Terpaksalah kakak2 atau abang atau ayah temankan dia kat luar. Ummi memang tak suka dok luar....paneh. Teringat kat Eden View dulu asyik dok dalam rumah dan pernah 2 @ 3 hari tak keluar dari pintu rumah. Kalau time winter ni lagilah....jangan harap nak main kat luar. Tapi berada di Malaysia yang bercuacakan musim panas sepanjang tahun maka nikmat itu dimanafaatkan sebaiknya. Kalau ke rumah mama pun Ikhwan tetap main di luar rumah. Kucing yang ada dikejar hingga mencicit2 larinya kucing tu, turtle Aqmar jadi salah satu perhatian, buaian buruk pun seronok dihayun.
Ikhwan ni bila diberi mainan dia tak berapa suka ....alatan yang seronok dijadikan mainan adalah shovel, hammer, penyapu ..... Tahu jer dia nak menggayakan alatan2 tu bila dia dapat memegangnya. Badan Ikhwan pun dah susut sikit, mungkin sebab banyak sangat bermain. Tapi takpe asalkan sihat sudahlah.

Wednesday, 29 April 2009

Melancung ke Bandar Hilir, Melaka

Dah cantik sungai ni. Siap ada cruise lagi ....
Cendol 3!!!!!!

Lambatnya cendol ni........


Bangunan merah


Cantik tak beca kat belakang tu?


Haha...sebenarnya tujuan kami ke Bandar Hilir (Riverside) adalah nak ziarah Apek buat cermin mata. Sebelum kami pergi Apek tu ada beritahu kedai dia kena rompak dan peralatan buat cermin mata kena curi. Kali ni bila kami tiba di situ dan mencari kedai apek tu, tak bukak pulak kedainya. Singgah di kedai jirannya maka kami pun bertanya khabar, rupanya Apek favourite kami dah mati....huhuhuhu. Kalau buat spek ngan dia memang murah dan tahan, tak pernah lebih dari RM200. Kelanjur dah sampai sini dan bayar parking untuk sejam (60 sen je bukannya NZ4 kat city) maka kami pun pegilah membasahkan tekak kat gerai cendol. Cantik gak Melaka ni, patutlah dapat pengiktirafan dari UNESCO.

Monday, 27 April 2009

Daftar Sekolah

Plan nak daftarkan Luqman ke sekolah. Setelah berbincang, Sek. Gajah Berang merupakan pilihan yang paling sesuai memandangkan sekolah tu merupakan salah sebuah sekolah harian yang terbaik, jaraknya dekat (2 km) dan sehala dengan sekolah anak2 perempuan. Bila hantar atau jemput dia org ke/dari sekolah cuma perlu buat satu loop jer. Telefon PPD dan menurutnya sekolah tu dah penuh tapi kalau pengetua sudi terima maka tak jadi masalah. Aku dan mama ke sekolah tu dan jumpa Pengetua .... oppss Puan Uxxxx rupanya ...bekas cikgu aku masa Form 1 dulu. Alhamdulillah dia bagi green light walaupun berkali-kali jugak dia mintak kepastian samada aku benar2 nak daftarkan Luqman kat sekolah tu. Sebabnya salah satu majoriti student adalah dari kalangan pelajar Cina. Seterusnya kami ke PPD di Air Keroh. Hai...banyak pulak kehendak borang nak masuk sekolah ni...salah satunya IC Luqman. Nasihat kerani tu pergilah buat IC dan fotostat resitnya. Masa buat IC pulak nyaris kena denda lewat tapi sebab ada boarding pass alhamdulillah. Denda taklah banyak mana RM11 jer kalau kena bayar pun.

Luqman sibuk buat IC maka Ikhwan turut sibuk berposing

Selesai buat IC di Air Keroh juga, kami ke PPD semula dan urusan pendaftaran sekolah Luqman selesai. Pegawai tu musykil jugak nak beri kebenaran sebab sekolah tu memang dah penuh tapi lepas dia hubungi Puan Uxxxx, semuanya terbukti benar belaka. Esok Luqman mula sekolah.

Ikhwan posing lagi kat PPD

Balik dari urusan tu kaki abang sakit pulak dan aku terpaksalah ke Bee Loon sensorang untuk beli pakaian sekolah. Parking punyalah susah, jauh pulak tu, dengan mengendong Ikhwan...rasa nak pengsan tengah jalan. Ditambah dengan kesesakan lalu lintas, jenuh tekan clutch. Malamnya ke Tesco untuk beli kasut sekolah. Mujur ada saiz, kalau tidak...Luqman ke sekolah pakai selipar Jepun lah.

Saturday, 25 April 2009

Datang Tak Bersambut, Pulang Tak Berhantar


Terlebih dahulu mohon maaf kerana balik senyap2. "Datang saya tak bersambut biarlah pulang saya tak berhantar. Lagipun tak tergamak nak mencuri seminit dua masa kawan2 sebab kebanyakan kawan2 kat Auckland .....masa mereka terlalu berharga untuk diluangkan bersama kawan2. Maka pulanglah saya membawa hati yang lara."

Fuiyo syahdu ....ramai yang tak berpuashati atas kepulangan aku yang tidak berbunyi. Rasanya itu yang terbaik untuk aku dan mereka. Lagipun setakat nak balik Malaysia jer...apa sangatlah. Ada tu yang dok Auckland tapi balik Malaysia cam balik kampung jer. So oklah tu kan.

Friday, 24 April 2009

Perjalanan Terakhir

Hari ni bak kata abang pada Zati semasa Zati bertanyakan kenapa kami tak dapat hadir untuk majlis MAPSA esok 25 April, Mohamad pun jawab "Kak Fidah nak jalan last kopek....". Inilah perjalanannya dari Auckland ke Malaysia. Tepat pukul 9 shuttle datang dan kami terus ke airport. Tiba di airport kami beratur untuk check in dan alhamdulillah semua barang2 selamat .... bererti takde excesss luggage dan takde yang perlu dibuang. Risau jugak sebab kambing jer dah satu setengah ekor, buah2an cam feijoa, persimmons, peach, kiwi hampir 20 kilo. Harap2 semua ok, kalau ok rezeki anak2lah. Dan yang bagusnya stroller yang bapak besar tu tak ditimbang. Hish kalau ditimbang .... kuranglah jumlah barang yang dapat dibawak. Sementara menunggu penerbangan, kami ke Tingkat 2 dan kat situlah kami lepak sambil borak2 ngan Syahira sebelum berlepas pulang. Tu lah antara kawan2 senior yang ada, sedih jugak nak tinggalkan dia. Tapi rasanya dia pun tak lama lagi baliklah tu. Harap2 Allah mudahkan urusan viva dia.
Kami tiba di Malaysia jam 8.15 malam dan selesai semua urusan kami keluar di ruang menanti menunggu ketibaan mama dan anak2. Riangnya hati tak terkira bilamana dapat mendakap mereka dalam pelukan. Alhamdulillah perpisahan seketika dengan mereka ternoktah di sini. Malaysia, aku kembali ....... kembali meneruskan kehidupan!!!!

Thursday, 23 April 2009

Macam2

Hingga hari ni visa dan paspot abang masih di International office. Macam mana ni, banyak cekadak betul imigresen NZ ni, oleh kerana dia tak puas hati ngan Medical Report maka abang cuma diberi interim visa untuk Education visit. Harap2 hari ni dapatlah paspot tu sebelum pukul 4, kalau tak macam manalah kami nak balik. Pagi ni aku ajak abang pegi beli buah2an dan souvenirs sementara Luqman ke library untuk kali terakhir. Balik dari kedai kami kemas rumah seadanya dan bersiap nak ke rumah Syahira. Sebelum ke rumah Syahira kami singgah di International ofis nak ambik paspot Mohamad. Alhamdulillah dah siap. Kemudian kami ke rumah Syahira tapi hanya Pakcik Hamidon yang ada sebab Syahira ke North makan angin dengan Azhar n the gang. Jadi kami tinggalkan kereta dan naik bas balik rumah. Sampai rumah terus check e mail untuk pastikan UteM dah e mailkan tiket tapi dia cuma e mel tiket Mohamad. Tak boleh jadi ni, kenalah mintak tolong mama telefon agen flight tu dan apa yang diberitahu lebih memeranjatkan. UteM tak book tiket utk Ikhwan ....mujur mama telefon dan terus mintak book tiket utk Ikhwan dan emailkan tiket kat kami. Ehhh macam tak iya jer nak balik.....

Friday, 17 April 2009

Roti Canai Teh Tarik

Ikhwan bersama Namir dan Athirah
Luqman : Ntah bila dapat jumpa semula kawan2 ni?

Luqman dan Nazim


Pegi carik kotak kat Bunnings bilamana Syed call nak ajak datang rumah. Halamak jemputan yang tetiba ni yang payah sikit, tapi tak baik menghampakan harapan orang. So kami janji datang lepas Maghrib. Macam tau2 je Najmah dan Syed ni yang kita org akan balik tak lama lagi dan pastinya jemputan ini seperti ingin meraikan kepulangan aku. Susah payah Syed tebar roti canai ditambah ngan kari ayam yang umph dan tarik teh. Alhamdulillah moga Allah tambahkan keberkatan rezeki untuk kalian sekeluarga. Dan turut sama adalah Bad n famili juga untuk kali yang terakhir ......

Thursday, 16 April 2009

Snells Beach, Rodney District

Terasa nak berjalan jauh sikit....dan bila cadangan dikemukakan maka jawapannya....Siap dan jalan. Hmmm...nak bawak bekal apa ya... nasi lemak, rendang ayam, roti pizza dan buah-buahan. Cukuplah tu ....simple.






Ikhwan sibuk nak bertukang.....overtime walaupun cuti Easter


Luqman n Ikhwan

Bergambar kat tepi semak


Cantik tempat ni



Dedaun merah tanda kebesaran Allah ..... yang hijau jadi merah, yang merah jadi kuning, yang kuning gugur ke bumi ....... musim luruh datang lagi. Dan aku???!!! Masih tegak di sini. Menikmati nikmat dan anugerah.



PARRY KAURI PARK, Warkworth

Pelajar Kolej muda


Warkworth town centre


Sandspit.....fish

Dan akhirnya di sini kami berlabuh menikmati hidangan tengahari sambil menghirup nyamannya bayu.
Dalam perjalanan balik kami singgah di Honey Centre. Geramnya tengok berbagai2 jenis honey ..... Memang elok dan boleh jadi ubat


Sunday, 12 April 2009

Balik Kampung

Balik kampung?????.... Hahaha...kampung Howick je atau nama glamornya Howick Village. Memang dah lama nak pergi tempat ni tapi asyik tangguh2. Aku memang suka baca novel lama2 yang berkisar sekitar sebelum dan selepas perang dan kebanyakan latarbelakangnya adalah sebagaimana yang digambarkan kat Village ni. Bila jalan kat sini mulalah khayal sorang2, lupa datang sini ngan buah-buah hatiku. Dua Hero besar kenalah jaga sorang hero kecik sebab heroin nak melawat set dan menghayatinya. Hihihi.

Dalam church .....kebetulan ada majlis perkahwinan sebelum ni.

Buai laju-laju...........



Di pintu masuk rumah utk askar berpangkat rendah/prebet bersama Julia dari tahun 50 an.


Seronoknya main jongkang jongkit tu...!!!




Puas hati jugak pusing kampung ni. Luas. Teringat Mini Malaysia kat Melaka tu...... Apasal ni...asyik teringat kampung jer....hai bilalah nak balik ni....



Saturday, 11 April 2009

Kambing Masak Lemak

Sarapan pagi ni ditaja oleh Ridzuan dan Azizah sekeluarga. Alhamdulillah moga Allah murahkan rezeki mereka. Bila sarapan tu teringat dulu2 kat Malaysia. Pagi2 mama telefon.... breakfast kat rumah mama pagi ni ... mama dah goreng mee. Yea yea .... tak payah masak.

3 keluarga - Keluarga Ridzuan n Azizah, Anas n Hafizah dan keluarga Mohamad n Afidah.

Kakak tumpang - Ikhwan memang cukup senang kalau dilayan oleh kakak. Oleh kerana kakak sendiri dah terbang maka terpaksalah menumpang belaian kakak Alia untuk seketika.
Thanks Kakak Alia - Big hugs and kisses for u. Will remember u 4 eva n eva.
Riangnya hati, tawa yang luhur .........
Kalau letak muka2 pelajar Phd sebelah dia org .....hihihi
Masa baru2 sampai ...ceria! Masuk 3, 4 bulan ...haha...muka dah keruh semacam. (Rujukan: Berdasarkan pemerhatian selama 3 tahun terhadap pelajar2 Phd Auckland.)



Macam mengidam je..... Kamarul dan Aisyah berhajat nak makan kambing. Alhamdulillah dengan besar hati kami terima kunjungan mereka. Sudi juga mereka berkunjung ke Mahligai di tepian rimbunan buluh ni. Ikhwan yang paling gembira kalau ada tetamu sebab selalunya dia cuma bersendirian dengan Ummi. Sesekali nak juga bertukar suasana.




Mohamad dan Ikhwan bersama keluarga Kamarul

Ikhwan dan Keluarga Kamarul

Ikhwan dan Azizi ....mungkinkah kita akan bertemu suatu hari nanti????? Foto ini bakal jadi bahan bukti bahawa kita pernah bersua dan bercerita.

Thursday, 9 April 2009

Mentadak mentadu @ Praying Mantis (Mantis religiosa)


Kenal tak mentadak mentadu ni? Dah lama aku tak jumpa kawan lama ni tapi sejak akhir2 ni banyak pulak binatang ni kat rumah. Mungkin sebab banyak pokok buluh kat depan tu .......
Ikhwan ngan Luqman cukup takut ngan mentadak ni, Ikhwan panggil tadak tadu. Kalau tanya camana Ikhwan sleep? Dia pun jawab krooooooohhhhh. Entah kenapa bila tengok mentadak ni teringat belalang sawah sebab warna dia sama. Masa kekecik dulu kalau pegi kat sawah depan rumah Encik tu, kami cari belalang, dapat beberapa ekor kami pun bakar pastu makan. Sedap!!! Bau dia pun tersangatlah harumnya. Kalau tak cari belalang, kami gi mancing. Aku memang tak de bakat memancing ..... madang tak dapat ikan. Tapi sepupu sepapat yang lain selalulah dapat ikan. Pernah sekali kami pi "bondar" menimba, dapat banyak ikan, ada belut lagi. Encik siang belut tu dan goreng. Sedap rasa dia cam ayam. Kalau tak memancing, aku kadang join sepupu lelaki main rounders atau bola. Seronoknya masa tu..... fikiran tak runsing, main, main dan main.
Sedikit keterangan mengenai Mentadak dari sumber yang berikut:- (Sekadar menambah sedikit ilmu) http://animals.nationalgeographic.com/animals/enlarge/praying-mantis_image.html

The praying mantis is named for its prominent front legs, which are bent and held together at an angle that suggests the position of prayer. The larger group of these insects is more properly called the praying mantids. Mantis refers to the genus mantis, to which only some praying mantids belong.
By any name, these fascinating insects are formidable predators. They have triangular heads poised on a long "neck," or elongated thorax. Mantids can turn their heads 180 degrees to scan their surroundings with two large compound eyes and three other simple eyes located between them.Typically green or brown and well camouflaged on the plants among which they live, mantis lie in ambush or patiently stalk their quarry. They use their front legs to snare their prey with reflexes so quick that they are difficult to see with the naked eye. Their legs are further equipped with spikes for snaring prey and pinning it in place.Moths, crickets, grasshoppers, flies, and other insects are usually the unfortunate recipients of unwanted mantid attention. However, the insects will also eat others of their own kind. The most famous example of this is the notorious mating behavior of the adult female, who sometimes eats her mate just after—or even during—mating. Yet this behavior seems not to deter males from reproduction.Females regularly lay hundreds of eggs in a small case, and nymphs hatch looking much like tiny versions of their parents.

Type: Bug
Diet: Carnivore
Average lifespan in the wild: 12 Months
Size: 0.5 to 6 in (1.2 to 15 cm) long
Did you know? Praying mantids’ excellent eyesight allows some to see movement up to 60 feet (18 meters) away.
Size relative to a tea cup:

Saturday, 4 April 2009

Rosi oh Rosi

Sedang aku sibuk membelek epal yang nak dibeli, aku ditegur oleh seseorang. "Are you from Malaysia?" "Yes." "Which part?" "Melaka". Dan seterusnya bla..bla...bla. Perbualan berkisar tentang sejarah. Wanita yang berbual dengan aku ni nampaknya sangat arif tentang sejarah, beliau bercakap tentang Kenapa Cina tak sukakan Jepun, Genghis Khan, Temasik yang dulunya milik Malaya dan macam2 lagi. Aku cuma menjadi pendengar setia kerana memang tidak ada ruang untuk bersuara. Rupanya Rosi berasal dari Bangkahulu, Indonesia...kalau tak silap dengarlah. Berkahwin dengan Scottish. Dan menurut beliau lagi, Kiwi (tempatan NZ) dan penduduk tempatan OZ tak gemar bila mereka dikatakan berasal dari Eropah kerana mereka merasakan bahawa mereka tiada kaitan dengan Eropah. Dengan kata lain, mereka tidak mahu dikaitkan atau disabitkan dengan kesilapan/kesalahan2 yang dilakukan oleh orang2 itu. Tapi nak lari macam mana, memang dari sanalah asal mereka sebab penduduk asal NZ pastinya Maori...dan mereka juga asalnya cuma pendatang ke NZ dan OZ. Dan kata2 terakhir Rosi sebelum berpisah, org NZ memang tak suka orang Asia tapi bagi Rosi asalkan dia tidak bekerja atau cari makan dengan mereka maka tak ada masalahlah. Hmmm.... Rosi yang bersuamikan orang putih pun dapat merasakan bahang kebencian itu apatah lagi rakyat Asia yang tak punya kaitan langsung dengan si kulit putih. Bagi mereka orang Asia tetap kelas kedua atau ketiga dan tak mungkin berada sama tinggi dengan mereka. Bagus sangatkah "Mereka" tu....???? Tepuk dada tanyalah ...................

Friday, 3 April 2009

Thursday, 26 March 2009

Berlari dan terus berlari

Berdebar2 rasanya. Terasa hari itu semakin hampir. Semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin dekat dan pantas detik berlalu. Apa cerita ni beb? Haha...inilah cerita nak kembali bekerja. Setelah 3 tahun mengabdikan diri untuk keluarga maka tiba masanya untuk memulakan kembali aktiviti lama. Perkara yang paling menyedihkan adalah meninggalkan Ikhwan. Tak kiralah samada meninggalkan Ikhwan di Kindy atau bersama Mama, yang pasti bila pegi kerja, kena tinggalkan dia. Tak tergamak rasanya. The best gift for a child is your(parent) time. Sesaat yang terlepas, tercicir, tertinggal dan berbagai2 ter ...tak mungkin akan berulang. Kalau di sini, setiap saat aku dapat melihat jatuh bangun Ikhwan hatta nak masuk toilet pun Ikhwan masih berada hampir di sisi. Tapi nanti ......... Teringat saat aku merupakan seorang isteri, ibu, anak, pensyarah dan pelajar ........ meski jasad hadir bersama keluarga namun hakikatnya jiwa masih terbelenggu. Sukar nak digambarkan perasaan itu ......... bagaimana hati mampu tenteram bilamana masih ada "tugasan" yang belum selesai dan banyak lagi yang perlu disempurnakan. Bukan oleh orang lain, tapi aku sendiri. Dan sekarang aku akan kembali menghadapi dunia pekerjaan.......
Menyingkap perbualan bersama seorang teman tentang kegusaran hati menghadapi pelbagai tugasan dan masalah bilamana memulakan kerja ....cadangannya adalah mengambil pembantu rumah. Hmmm....... sehingga saat ini aku tak pernah sekalipun menggunakan khidmat pembantu dalam menguruskan rumahtangga. Mungkin aku sedikit konservatif, aku lebih senang menyelesaikan semua tugasan rumah sendiri. Penatnya tak terhingga tapi aku kira berbaloi. Di celahan tugasan2 itulah aku cuba mengutip "pahala" yang Allah janjikan. Memasak, mencuci pakaian, melipat pakaian, menyediakan makanan dan minuman, dan berbagai-bagai lagi tugas yang ada di rumah. Justeru itu, aku tak sempat berjalan sebaliknya sentiasa dalam pergerakan berlari ke sana sini demi memastikan semuanya selesai. Dan sekarang, aku akan kembali menempati dunia itu semula.

Jalan2 Naik Keretapi

Olympic Park, New Lynn
New Lynn train station

Dalam keretapi

Ayah n Ikhwan

Dah sampai Henderson
Sekadar nak menikmati gegaran keretapi NZ. Ikhwan suka tengok keretapi dan bila nampak keretapi dia pun mula berbunyi....tut tut....bubur kacang, bubur kacang, bubur kacang.

Wednesday, 25 March 2009

Bahasa Ikhwan

Ikhwan : Banyak jugak perkataan yang sudah mula boleh ditutur dan difahami. Antaranya :-

Mummy/Ummi - Mimi
Ayah - Aah
Abang/Uda - Baba
Kakak - Kakak
Mama - Mama
Lembu - Mooo
Kambing - Baa
Train - Gedek2
Car - Car
Hello - halo
Air/ Nak menyusu - ngeneng2 (nak cakap minum agaknya tapi lain pulak jadinya)

Selain dari bersuara, tentulah perilaku /aksi merupakan salah satu medium komunikasi Ikhwan. Akan Ummi ikuti perkembangan Ikhwan sebaiknya.

Tuesday, 24 March 2009

Harga yang tak dibayar

Semalam aku tengok program Tv NZ ni tapi lupa lak apa nama prog tu. Ia berkenaan dengan ikan. Kat sini kalau pegi memancing kena pastikan ada maklumat undang2 berkenaan ikan. Kena tahu jenis ikan, saiz ikan supaya dapat pastikan saiz ikan tersebut tidak melanggar undang-undang NZ yang tidak membenarkan ikan yang tak cukup saiz dibawa pulang. Kekadang rasa cam ok jer undang2 tu tapi bila fikir semula .....kenapa pulak dia nak sekat rezeki manusia??? Kalau dah dapat tangkap ikan tu, tak kiralah apa saiznya, maknanya itu rezeki individu tersebutlah. Tapi kerajaan NZ tak bagi, ikan tak cukup besar tak boleh tangkap. Macam dia yang bagi ikan tu makan kat dalam laut. Allah tak bising pun bila nelayan2 pi tangkap ikan sebab memang itu pusingan kehidupan manusia. Tu lah manusia, belum lagi Allah suruh bayar harga oksigen yang dia bagi ...... harga air yang melaut ...... harga mentari yang memancar ........harga kemilau bulan yang menyinar. Meminjam kata2 kekasihku, yang dipinjam dari sumber yang tak pasti.... "Dalam dunia ni ada 2 perkara paling penting ...tarik nafas dan hembus nafas" Kalau kedua-dua perkara ni takde..... sendiri tahulah dimana tempat yang sepatutnya....KUBUR.

Friday, 20 March 2009

Terasa Indahnya JUMAAT

Setelah sekian lama atau orang putih kata it's been a while since.... hari ni kami ke city semasa waktu pejabat. Otak yang serabut tambah serabut tengok Symonds Street yang tak siap2 constructionnya. Teringat waktu aku berulang alik ke Lendu dari Bandar Melaka ..... berkurun jugak tunggu fly over kat Malim siap. Akhirnya masa balik Jun 2008 baru aku merasa lalu kat situ. Entah bila siapnya...wallua'lam. Kat sini pulak Symonds Street yang sempit dan sibuk tu, terasa lambat betul tapi kalau ikut pengalaman seseorang yang biasa melibatkan diri dengan construction, projek tu dah kira cepat. Argh.....cukuplah pasal projek jalan tu. Tujuan ke city adalah untuk jumpa JP nak dapat pengesahan untuk permohonan Letter of Good Conduct. Tak faham betullah.....kenapalah New Zealand immigresen mintak lagi surat tu sedangkan sebelum datang sini dah submit satu. Biarlah ada logik sikit nak mintak pun, ini tak! Aku tanya kat kaunter imigresen tu, boleh tak pakai police certificate sini je? Dia kata yang tu kalau perlu, dia org akan buat sendiri. Undang-undang manusia yang buat, tapi manusia takut akan undang2 tu. Takut nak langgar, takut nak ubah tapi kalau undang2 Allah adakalanya tak de rasa apa2 pun bila dilanggar.....???!!! Jadinya pergilah jumpa solicitor, bekas rakyat Malaysia. Walaupun berbangsa Cina dan dah lama tidak duduk di tanahair sendiri, beliau begitu bangga bertutur dalam bahasa.....Melayulah..apalagi. Setelah selesai semua keperluan, soalan biasa, How much do I have to pay you? Tak pe lah. Its ok. Aikk.... rezeki hari Jumaat! Cakap pasal rezeki...tadi aku pegi bank nak beli Bank Cheque. Kerani India di kaunter ajak borak.....where are u from? Why r u here? How long have u been in NZ? Banyak lagilah...layan jer lah. Pas tu dia cakap ...there's a NZ5 charge for this bank cheque but ....lama jugak dia pause, I think you don't have to pay for it. Rezeki lagi.. Thank you. Begitulah saja cerita Jumaat, aku suka hari Jumaat ni ...tak tahu kenapa. Tapi kadang2 rasa kalau berurusan hari Jumaat ni banyak jer berkatnya. Yang susahnya nak maintain amalan pagi Jumaat tu......

Tuesday, 17 March 2009

Undecided

Semenjak dua menjak ni ramai teman yang bertanya2 bilakah tarikh kepulangan ke tanahair. Susah nak jawab soalan ni sebab aku sendiri pun tak tahu. Masih mencari2 tarikh yang tepat untuk pulang. Banyak yang perlu difikirkan lebih2 lagi kepulangan yang bersendirian.
1. Tarikh yang dipilih perlu mudah dan sesuai dengan waktu untuk mama atau sesiapa saja yang akan menyambut kami.
2. Perlunya ada sedikit masa untuk menguruskan anak2 sebelum melapur diri untuk bertugas.
3. Perlunya masa untuk menguruskan penempatan. (Nak kemas rumah, beli peralatan dapur seperti peti ais, mesin basuh dan macam2 lagilah)
4. Masa untuk mendaftarkan Luqman ke sekolah yang sesuai
5. Masa untuk memberi ruang pada Ikhwan menyesuaikan diri bila Ummi pegi kerja
6. Masa untuk membantu mama membuat persiapan perkahwinan
7. Tak lupa kekasih yang ditinggalkan haruslah ditinggalkan dalam keadaan yang sangat selesa. Sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suami, malangnya dalam keadaan sebegini pilihan nya adalah sangat terhad. Moga Allah sentiasa mengampunkan kesilapan kita dan memberi petunjuk ke arah kebenaran.
Ada banyak lagi sampai dah malas nak fikir, tapi kena fikir jugak.
Semasa mengemas2 barangan yang nak dibawa pulang, terasa betapa dunia ini sebenarnya amat menyusahkan jika ada banyak harta. Bukan nak kata aku ada harta, tapi barang second hand yang tak de harga ni pun menyusahkan diri. Nak buang susah, nak jual susah, nak tinggal payah..... Mungkin ini salah satu cara Allah nak tunjuk bahawa harta yang ada ni cuma mainan dunia. Mujur mati tidak ada tarikh yang pasti, kalau ada, tak dapat aku bayangkan macam mana sibuknya manusia berfikir bagaimana nak uruskan harta mereka. Cukuplah seadanya bagiku, aku bukan nak menongkat dunia. Asal dapat membesarkan dan mendidik anak2 ke jalan kebenaran, Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah yang mencukupkan tiap sesuatu.

Saturday, 14 March 2009

Jom Jalan ke Pantai Timur





Hari ni terasa nak gi jalan. Bila hujung minggu kalau tak berjalan rasa macam tak seronok jer. Hish..kalau dah tahi lalat merata kat kaki tu macam tu lah. Asyik berjalan jer kerjanya. Takpe yang penting tak susahkan orang!!! Banyak gambar tapi malas nak upload. Lembab sangat.

Sunday, 8 March 2009

Takapuna Sunday Market

Kat sini tempat biasa parking ....Takapuna Primary School
Takapuna City Centre
Takapuna Market


Dah lama tak ke Takapuna ...mungkin untuk kali yang terakhir.