Bercakap soal pilihan ternyata adakalanya kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Kadang2 hati tertanya2 kenapa aku, kami, dan bukan mereka yang terpilih untuk berhijrah? Memang kita punya pilihan tapi pilihan yang dibuat adalah juga dengan keizinanNYA. Berbagai rasa yang wujud bilamana rindu menggamit ..... rindukan keluarga, tanahair dan segalanya yang ditinggalkan. Pengorbanan yang dituntut adakalanya tak tertanggung dan mungkinkah itu yang menentukan mengapa kita yang terpilih???? Mampukah sesiapa sahaja mengharungi jerih payah dan susah derita berhijrah????? Bersembang dengan Brother Amir sedikit sebanyak membuka minda. Sebagai salah seorang pendatang, beliau juga kelihatannya amat merindui untuk berada di tanahair sendiri. Malang baginya bumi Iraq masih belum aman untuk memungkinkan beliau pulang meski untuk menziarah sanak saudara yang ditinggalkan. Menurutnya, sekiranya beliau pulang dan pastinya dilabel sebagai orang kaya maka beliau pasti dibunuh. Keadaan yang memaksa untuk Brot. Amir dan keluarga menetap di sini utk tempoh 11 tahun. Kelulusan dalam bidang Civil Engineering tak memungkinkan untuk pendatang mengecap nikmat kepuasan dalam bidang tersebut di bumi New Zealand. Makanya beliau menukar arah ke bidang perniagaan menjual kereta dan itulah sumber pendapatan yang telah membiayai kehidupannya dan keluarga. Tiap individu ada cerita tersendiri ........ berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari Brother Amir ....DFD31 subaru Legacy bertukar tangan digantikan dgn Nissan Largo. Bukan utk bermegah tapi keperluan bagi yang bakal lahir ..... banyaknya tuntutan kehidupan. |
Saturday, 21 July 2007
Pilihan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam kak...dalam menghitung hari menanti kelahiran orang baru...tabahkan hati...moga urusan dipermudahkan Allah
Waalaikumussalam dan AMIN. Sesungguhnya moga Allah bukakan pintu langit untuk menerima doa2 itu.
Post a Comment