Friday, 20 July 2007

Masa

Mengenang kembali saat2 sibuk sebelum datang ke New Zealand membuatkan otak semakin bekerja keras berfikir. Pagi lagi dah bangun solat subuh dan hantar anak2 ke sekolah. Yang pasti jam 6.50 pagi Luqman dah ada di pagar sekolah dan Afiqah pulak tiba sekolah jam 7.00. Lepas tu hantar baby ke rumah mama dan perjalanan ke tempat kerja diteruskan. Perjalanan yang kadangkala mengambil masa 30 - 45 minit itu terkadang terasa memenatkan. Kalau ada kuliah jam 8.00 pagi... tercungap-cungaplah masuk ke kelas. Tapi yang menyedihkan bilamana student yang tinggal di asrama berdekatan datang lewat dari pensyarah yang jauh. Ternyata MASA bukan soalnya bagi mereka yang belum bijak menghargainya. Kalaulah Allah tarik masa 24 jam itu...di manakah dapat dicari gantinya. Selesai kuliah jam 4 atau 5, tiba masa untuk bersama anak2 tapi dalam keadaan mental dan fizikal yang lesu. Terasa masa berlalu begitu cepat ...... anak2 membesar tanpa disedari. Berada di sini menjalani kehidupan sebagai surirumah sepenuh masa ............ kadang terasa seronoknya maklumlah L.O.L. Tapi ada ketikanya terasa bosan juga kerana rumah yang sekangkang kera tidak memerlukan masa dan kekuatan yang maksima untuk menguruskannya. Memasak cuma mengambil masa tak lebih 2 jam dan masa selebihnya...... Mujur banyak hobi yang dapat membantu ..... salah satunya membaca. Bacalah .......

No comments: