Wednesday, 18 July 2007

Pertemuan Dgn Cherie


Jam 9.30 pagi kami dah ada kat 116 Marsden Avenue utk berjumpa dgn Homebirth Midwife. Abang temankan sebab susah juga nak cari jalan kalau sorang2. Pukul 9.45 baru Cherie muncul....rasanya dia ada patient sebelum tu. Hmmm .... rupa dia macam Anne guru kelas Luqman .... dgn potongan rambut yang agak boyish tapi kemas dan sesuai dengan raut wajah dia. Kami mulakan dengan sessi berkenalan dan sejarah anak2. Hmmm....susah jugak nak mengingati kembali memori lama tapi oleh kerana dokumen2nya semua kat Malaysia maka kenalah guna komputer yang Allah bagi ..... my brain and memory. Luqman 5 Oktober, 1996 ..... air ketuban pecah lebih kurang jam 2 pagi kat rumah Along. Paniknya..... aku kencing malam ke???? Telefon abang kat Seremban dan mintak Along dan Abang Man hantar ke Seremban. Dari Seremban, abang bawak balik Melaka dan bila doktor periksa, masanya belum tiba. Tiga hari jugak berehat kat GH sebab takde contraction walaupun dah kena induce. After induce yang ketiga doktor kata kalau tak de contraction, kena potongla.... Taaaaaaaaaaaaaaakkk Naaakkkk. Ya Allah mudahkanlah. 5 Oktober, 1995 ....pagi tu ayah yang kebetulan ada kat wad dah pun di discharge dan Luqman pulak muncul pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah ..... amanah Allah telah pun diturunkan...... mampukah????? Afiqah dilahirkan di hospital yang sama, wad dan labour room yang sama cuma tahun berikutnya dan berbeza beberapa hari.... 11 Oktober, 1997. Senang lahirkan Afiqah walaupun dia kembar darah, hanya beberapa minit selepas air ketuban dipecahkan..... Afiqah lahir. Dan Aqmar lahir selepas 2 minit diinduce dan selepas menyaksikan drama dalam labour room yang sama. Perut yang sakit jadi tak sakit bila tengok pesakit depan katil yang terjerit2. Kesian ada, ngeri pun ada, tak sedar yang dalam perut dah nak keluar. Meski dalam tempoh mengandung ketiga2nya Allah uji dengan pelbagai penderitaan tapi dibalas dengan kemudahan masa bersalin. Sesungguhnya janji Allah itu adil, selagi kita berdoa dan yakin Dia tak akan menghampakan.

Tamatlah imbasan kenangan lama dan Cherie setuju untuk jadi midwife dan menurutnya, dia tak charge apa2 bayaran sebaliknya akan claim dari NZ Gov. Lega sikit tapi tak boleh percaya jugak.... hinggalah masanya tiba. Pertemuan berlangsung lebih kurang sejam dan lepas tu kami pun merayau-rayau ke New Lynn. Konon2 nak cari 7 seater tapi harganya di kedai kereta.... subhanallah. Since perut dah berkeroncong kami lunch date kat Nando's dan lepas tu balik ambil anak2 sekolah.

No comments: