Tuesday, 31 July 2007
Sabar
Sabar. Satu perkataan yang pendek tapi mempunyai pengertian yang cukup mendalam jika dihayati dan diteliti. Sabar itu sebahagian dari IMAN. Dan saat ini kesabaran teruji bilamana yang dinanti tak kunjung tiba namun yakin mengatasi segala. Allah maha mengetahui ...... dia lebih tahu waktu yang setepatnya untuk menempatkan umatnya di bumi fana' ini. Oleh yang demikian hanya penyerahan mutlak sahaja yang mampu menenangkan jiwa yang gundah. Tak mudah tapi jika dijadikan amalan, insyallah yang susah jadi senang, yang sikit jadi banyak, yang jauh jadi dekat dan yang luka bertaut kembali.
Sunday, 29 July 2007
Terkenang
Duduk-duduk sendirian terkenang masa belajar kat Kolej dulu ....... waktu tu jahil(hmm...sekarang ni ok ke????)maklumlah remaja. Tapi berada dalam satu institusi pengajian yang berteraskan agama maka kehidupan rasa sangat tertekan. Dikelilingi oleh rata2nya mereka yang ada pendidikan agama yang kukuh dan mantap terasa betapa kecilnya diri. Bilamana ada ceramah agama kat dewan .... berbagai-bagai alasan yang dicari untuk melarikan diri agar tak perlu pergi dengar ceramah. Duduk kat dorm... warden buat round so lari pegi cafe. Hishh...teruknya. Bulan Ramadhan pulak, bila ada tadarus selalu cilok. Kena panggil ngan naqibah (Siti Fatimah), mintak tunjuksebab kenapa tak datang tadarus. Kak Siti Fatimah memang cantik, masa dia tengah lecture kami, kami dok tengok jer mata dia. Memang wajar dia pakai purdah, matanya saja dah cukup memukau apatah lagi wajahnya jika jadi tatapan jejaka-jejaka di luar sana. Sebagai denda kami kena hafal Surah Al Baqarah Ayat 283-286 dan hasilnya ia melekat di lidah hingga hari ini. Walaubagaimana pun ada juga perkara yang masih menjadi persoalan hingga hari ini ..... adakah pakaian melambangkan akhlak seseorang? Hormatkah seseorang pada pakaian dan penampilannya bilamana akhlak tak selari? Yang mana dulu....Akhlak atau Pakaian? Masih mencari-cari jawabnya.
Saturday, 28 July 2007
Orderliness
Friday, 27 July 2007
Kita Hanya Merancang
Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Sepatutnya hari ni 27.07.07 adalah tarikh yang dijangkakan baby dalam perut ni keluar tapi sesungguhnya DIA lebih tahu. Tak kisahlah bila pun janji Allah beri yang terbaik untuk kami. Selagi belum tiba masanya maka selagi itulah sikecil tetap akan berada di dalam menikmati keindahan alam dalam rahim ibu. Bilamana Qadha Allah telah menentukan dia hadir dalam dunia fana' maka peluang untuk berada dalam rahim ibu tamat. Moga dia benar2 menikmati peluang yang satu itu.
Meneliti kejadian manusia yang tercipta dari setitik air mani ..... arghhh hinanya. Pun masih terserlah gah dan sombongnya berada di bumi Allah yang cuma dipinjamkan untuk seketika. Di alam rahim tanpa secebis pakaian, tika itu .... itulah tempat terindah. Lahir ke dunia, dunia jadi pujaan, terbayang mungkin gelap, sempit, sunyinya tatkala dalam rahim ibu. Menikmati dunia sepuasnya.... kembali ke alam kubur. Sempit, kotor, gelap ...... dan akhirnya syurga atau neraka. Pusingan yang pasti. Bersediakah??? Manakah yang menjadi pilihan???
Thursday, 26 July 2007
Wednesday, 25 July 2007
Menghitung Hari, Detik Demi Detik
Hmmm....... bilalah anak ummi nak keluar ya. Tak sabar pun iya .... suspens pun iya maklumlah mungkin ini merupakan yang bongsu. Tak larat nak mengandung lagi, rasanya semakin bertambah usia, semakin berkurang tenaga. Kalau masa mengandung Aluq, Afiqah ngan baby ..... suruh panjat tangga Batu Caves pun sanggup tapi kalau sekarang, mintak maafla. Agaknya baby nak keluar on 2nd August kot, sama dengan tarikh kelahiran Prophet Muhammad. Kalau ayahnya lahir 12 Rabiul Awal(bulan Islam), hopefully anaknya keluar pada hari kelahiran rasulullah (2 August 570 A.D) jugak. Apa pun ummi harap anak ummi sihat, sempurna dan beriman dll yang baik. Semoga Allah beri yang terbaik. Amin. |
Tuesday, 24 July 2007
Remembering Allah at All Times
When intending to do something - Insya Allah
When something is being praised - Subhanallah
When in pain and distress - Ya allah
When expressing appreciation - Masya Allah
When thanking someone - Jazakallah
When awakening from sleep - Lailahaillallah
When sneezing or thanking Allah - Alhamdulillah
When someone else sneezes - Yarhamkallah
When repenting of a sin - Astagfirullah
When taking oath - Wallah
When parting from someone - Fi Amaanillah
When a problem appears - Tawakkaltu Alallah
When unpleasentness occurs - Nauzubillah
When participating in prayer - Ameen
When getting married - Aman Tu Billah
When death message is received - Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun
Wallahu A'lam
Monday, 23 July 2007
Mama
Sunday, 22 July 2007
Silaturrahim
Saturday, 21 July 2007
Pilihan
Bercakap soal pilihan ternyata adakalanya kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Kadang2 hati tertanya2 kenapa aku, kami, dan bukan mereka yang terpilih untuk berhijrah? Memang kita punya pilihan tapi pilihan yang dibuat adalah juga dengan keizinanNYA. Berbagai rasa yang wujud bilamana rindu menggamit ..... rindukan keluarga, tanahair dan segalanya yang ditinggalkan. Pengorbanan yang dituntut adakalanya tak tertanggung dan mungkinkah itu yang menentukan mengapa kita yang terpilih???? Mampukah sesiapa sahaja mengharungi jerih payah dan susah derita berhijrah????? Bersembang dengan Brother Amir sedikit sebanyak membuka minda. Sebagai salah seorang pendatang, beliau juga kelihatannya amat merindui untuk berada di tanahair sendiri. Malang baginya bumi Iraq masih belum aman untuk memungkinkan beliau pulang meski untuk menziarah sanak saudara yang ditinggalkan. Menurutnya, sekiranya beliau pulang dan pastinya dilabel sebagai orang kaya maka beliau pasti dibunuh. Keadaan yang memaksa untuk Brot. Amir dan keluarga menetap di sini utk tempoh 11 tahun. Kelulusan dalam bidang Civil Engineering tak memungkinkan untuk pendatang mengecap nikmat kepuasan dalam bidang tersebut di bumi New Zealand. Makanya beliau menukar arah ke bidang perniagaan menjual kereta dan itulah sumber pendapatan yang telah membiayai kehidupannya dan keluarga. Tiap individu ada cerita tersendiri ........ berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari Brother Amir ....DFD31 subaru Legacy bertukar tangan digantikan dgn Nissan Largo. Bukan utk bermegah tapi keperluan bagi yang bakal lahir ..... banyaknya tuntutan kehidupan. |
Friday, 20 July 2007
Masa
Mengenang kembali saat2 sibuk sebelum datang ke New Zealand membuatkan otak semakin bekerja keras berfikir. Pagi lagi dah bangun solat subuh dan hantar anak2 ke sekolah. Yang pasti jam 6.50 pagi Luqman dah ada di pagar sekolah dan Afiqah pulak tiba sekolah jam 7.00. Lepas tu hantar baby ke rumah mama dan perjalanan ke tempat kerja diteruskan. Perjalanan yang kadangkala mengambil masa 30 - 45 minit itu terkadang terasa memenatkan. Kalau ada kuliah jam 8.00 pagi... tercungap-cungaplah masuk ke kelas. Tapi yang menyedihkan bilamana student yang tinggal di asrama berdekatan datang lewat dari pensyarah yang jauh. Ternyata MASA bukan soalnya bagi mereka yang belum bijak menghargainya. Kalaulah Allah tarik masa 24 jam itu...di manakah dapat dicari gantinya. Selesai kuliah jam 4 atau 5, tiba masa untuk bersama anak2 tapi dalam keadaan mental dan fizikal yang lesu. Terasa masa berlalu begitu cepat ...... anak2 membesar tanpa disedari. Berada di sini menjalani kehidupan sebagai surirumah sepenuh masa ............ kadang terasa seronoknya maklumlah L.O.L. Tapi ada ketikanya terasa bosan juga kerana rumah yang sekangkang kera tidak memerlukan masa dan kekuatan yang maksima untuk menguruskannya. Memasak cuma mengambil masa tak lebih 2 jam dan masa selebihnya...... Mujur banyak hobi yang dapat membantu ..... salah satunya membaca. Bacalah ....... |
Wednesday, 18 July 2007
Pertemuan Dgn Cherie
Jam 9.30 pagi kami dah ada kat 116 Marsden Avenue utk berjumpa dgn Homebirth Midwife. Abang temankan sebab susah juga nak cari jalan kalau sorang2. Pukul 9.45 baru Cherie muncul....rasanya dia ada patient sebelum tu. Hmmm .... rupa dia macam Anne guru kelas Luqman .... dgn potongan rambut yang agak boyish tapi kemas dan sesuai dengan raut wajah dia. Kami mulakan dengan sessi berkenalan dan sejarah anak2. Hmmm....susah jugak nak mengingati kembali memori lama tapi oleh kerana dokumen2nya semua kat Malaysia maka kenalah guna komputer yang Allah bagi ..... my brain and memory. Luqman 5 Oktober, 1996 ..... air ketuban pecah lebih kurang jam 2 pagi kat rumah Along. Paniknya..... aku kencing malam ke???? Telefon abang kat Seremban dan mintak Along dan Abang Man hantar ke Seremban. Dari Seremban, abang bawak balik Melaka dan bila doktor periksa, masanya belum tiba. Tiga hari jugak berehat kat GH sebab takde contraction walaupun dah kena induce. After induce yang ketiga doktor kata kalau tak de contraction, kena potongla.... Taaaaaaaaaaaaaaakkk Naaakkkk. Ya Allah mudahkanlah. 5 Oktober, 1995 ....pagi tu ayah yang kebetulan ada kat wad dah pun di discharge dan Luqman pulak muncul pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah ..... amanah Allah telah pun diturunkan...... mampukah????? Afiqah dilahirkan di hospital yang sama, wad dan labour room yang sama cuma tahun berikutnya dan berbeza beberapa hari.... 11 Oktober, 1997. Senang lahirkan Afiqah walaupun dia kembar darah, hanya beberapa minit selepas air ketuban dipecahkan..... Afiqah lahir. Dan Aqmar lahir selepas 2 minit diinduce dan selepas menyaksikan drama dalam labour room yang sama. Perut yang sakit jadi tak sakit bila tengok pesakit depan katil yang terjerit2. Kesian ada, ngeri pun ada, tak sedar yang dalam perut dah nak keluar. Meski dalam tempoh mengandung ketiga2nya Allah uji dengan pelbagai penderitaan tapi dibalas dengan kemudahan masa bersalin. Sesungguhnya janji Allah itu adil, selagi kita berdoa dan yakin Dia tak akan menghampakan. Tamatlah imbasan kenangan lama dan Cherie setuju untuk jadi midwife dan menurutnya, dia tak charge apa2 bayaran sebaliknya akan claim dari NZ Gov. Lega sikit tapi tak boleh percaya jugak.... hinggalah masanya tiba. Pertemuan berlangsung lebih kurang sejam dan lepas tu kami pun merayau-rayau ke New Lynn. Konon2 nak cari 7 seater tapi harganya di kedai kereta.... subhanallah. Since perut dah berkeroncong kami lunch date kat Nando's dan lepas tu balik ambil anak2 sekolah. |
Sunday, 15 July 2007
Ziarah keluarga Abang Hashim dan Kak Mazita
Kak Ita and famili ajak lunch kat rumah dia maklumlah next week dia orang dah nak balik Malaysia. Sedih jugak nak ditinggalkan. kami sampai lbh kurang jam 1 dan rupanya dia orang ada tetamu lain iaitu abang Tengku dari Manurewa..... kawan Abang Hashim. Kak Ita jamu kita orang ngan rendang ayam, brocoli goreng cendawan, sambal belacan, nasi impit dan kuah sate dan sambal ikan bilis. Penuhlah meja...meriah. Seronok bila sesekali jumpa macam ni, maklumlah kat Auckland ni bukannya ramai benar orang Melayu, boleh dikira berapa patah perkataan yang dituturkan dalam sehari. Lama jugak dok kat rumah Kak Ita....pukul 4.30 baru kami beransur balik. Thanks to Kak Ita and family for the lovely lunch. |
.
Saturday, 14 July 2007
Pindah Rumah
Thursday, 12 July 2007
Jalan-jalan ke Cornwallis
Oleh kerana next week school term akan bermula maka kami decide bawak anak2 pi jalan2. Alhamdulillah cuaca hari ni ok maklumlah kat Auckland ni satu hari cuaca boleh bertukar-tukar. Cornwallis taklah jauh sangat, about setengah jam memandu. Singgah kat beach dan kebetulan adalah beberapa orang yang pegi kutip cockle ....bestnya tapi kami tak bawak persalinan dan pulak tu cuaca sejuk. Insyallah lain kalilah kot.