Sunday, 17 June 2007

Ulangtahun ke 10

17 Jun, 1997 ayah pergi menemui Penciptanya dan hari ini sempena Hari Bapa, kami juga mengingati pemergian ayah yang genap 10 tahun. Ya Allah, tempatkanlah ayah di kalangan orang2 yang berada di bawah payung rahmat dan keredhaanMU. Amin.

Seeeeejuuuuuuuuuuuuuuuuknya... dulu masa kat UK lagi sejuk tapi agaknya kat NZ ni dah biasa tak berapa sejuk, sesekali bila suhu turun ke 10 darjah C hmmmm rasakanlah. Pegi shopping kat Flea Market Avondale, bestnya dapat beli persimmons. Baru 99 cent sekilo .... memang favourite, so apalagi. Mandarin Keri-keri pun murah NZ1.49 sekilo, banyak jugak beli sebab kat sini jerlah nak dapat beli buah ngan harga murah. Kalau pegi Foodtown, Woolworth, New World jawabnya kenalah tolong bayar harga sewa tempat, harga letrik dan lain2 ..... dgn kata lain mahallah.







No comments: