skip to main |
skip to sidebar
Kenangan 1 Januari 2006
Sedar tak sedar dah setahun setengah kami kat sini (Auckland). Menjejakkan kaki di bumi Auckland pada 1 Januari, 2006, bermulalah pahit getir kehidupan. Masih jelas di ingatan masa kami berlima beranak sampai di Airport "City of Sails" kira-kira jam 2.57 waktu tempatan ....... kami terpinga-pinga. Nak pergi mana ya??? Takde tempat yang nak dituju sebab gagal dapatkan mana-mana contact dari MSD mahupun pelajar Malaysia yang sedia ada di sini. At last kami buat keputusan telefon "homestay" yang kami dapat contact no. dari seorang bekas pelajar di Education Fair, Malaysia. Kat situlah kami berteduh untuk 2 malam, kosnya sewa 2 bilik NZ150 satu malam, makan NZ100 utk 2 hari. Jadi jumlahnya NZ400 untuk 2 hari. Untuk hari seterusnya kami bermalam di rumah pelajar Malaysia yang baru balik dari bercuti dan pada 5 Januari 2006 barulah dapat masuk rumah sendiri. Mana taknya, agen bercuti sakan ...... Krismas dan tahun baru. Sewa rumah NZ200 seminggu ....... bererti NZ800-NZ1000 sebulan. Maaaaahalnya....!!!!! Kalau convert dah jadi RM2500-RM3000 sebulan utk apartment seluas 15' x 40' ..... bayangkan, nak jalan pun kena tunggu giliran sebab sempit. Urghhhhhhhh................Selepas seminggu kat sini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kehidupan di Auckland atau lebih tepat New Zealand tersangatlah mahalnya. Dengan elaun pelajar yang pada waktu tu cuma RM1200 sebulan untuk pasangan dan 3 orang anak ........ apa yang boleh dibuat. Bagi yang tak merasakannya tentu ingat wah bestnya dapat duduk oversea, ada elaun lagi, gaji jalan tapi kami yang menanggungnya rasa macam dalam golongan rakyat termiskin kat sini. Dengan belanja sewa NZ800 sebulan, bil api, telefon NZ200 bakinya NZ200 untuk makan. Kat sini kalau beli burger sebiji pun dah NZ4 dan kalau kebab NZ7-NZ8. Jadi boleh kata harga barang makanan kat sini memang mahal. Roti sebuku NZ2.50, sama harganya macam roti kat Malaysia walaupun itu adalah makanan ruji masyarakat kat sini. Pelik....sebab kat UK roti sebuku baru 40 p dan susu sebotol baru 1 paun. Kat sini susu sebotol NZ3. Tensionnya ..... rasa nak balik Malaysia sekarang jugak. Kesian kat anak-anak ....makan pun kena bercatu.
|
|
No comments:
Post a Comment