Tuesday, 19 June 2007

Parents Teachers Conference

Hari ni ada Parents Teachers Conference kat Freemans Bay School. Jadi kena jemput anak-anak balik cepat dari sekolah. Jam 12.30 dia orang dah balik dan temujanji ngan cikgu pukul 3 petang. So lepas jemput abang kat uni. kami pergi Whitcoulls dan pukul 2.50 kami ke sekolah. Temujanji Luqman (Year 6) ngan Anne jam 3.00, Afiqah (Year 5) ngan Jenn jam 3.15 dan Baby (Year 3) ngan Amy jam 3.30. Dalam perjumpaan ni anak-anak akan memperkenalkan parents pada cikgu dia orang dan kemudian menjelaskan berdasarkan Porfolio yang ada segala aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan dalam penggal tu. Tujuannya adalah untuk membina keyakinan diri untuk bercakap dan meningkatkan "Self Esteem". Alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma kalau nak dibandingkan ngan kurikulum sekolah di Malaysia memang berbeza. Kat sini dengan kata lain lebih banyak main dari belajar tapi pendekatan pembelajarannya saja yang agak advance. Bagi Year 5 dan Year 6 kena buat sesi temubual, penyelidikan dan "public speaking". Nampaknya banyak lah persediaan dan pembelajaran yang perlu diQadha' bila balik Malaysia nanti...........







No comments: