Thursday, 14 June 2007

Home Birth Aotearoa

Masih mencari-cari alternatif yang termurah untuk bersalin kat sini. Cari punya cari terjumpa web tentang bersalin kat rumah menggunakan khidmat bidan. Hmm...ok jugak, boleh dapat pengalaman baru. Setakat pengalaman kat hospital tu dah 3 kali. Itulah kata orang hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Nak bersalin pun susah ..... risau kalau-kalau ada masalah, kos boleh meningkat ke NZ9000.00 (RM20,000). Mana nak ambik duit...lainlah tidur atas tilam emas, tak payah nak susah hati fikir semua tu. Ikut hati rasa nak balik, tapi dikira2 kosnya lebih kurang dan banyak masalah yang perlu ditangani.







No comments: