Wednesday, 20 June 2007

Home Birth Association

Tadi pegi Grey Lynn community Centre jam 10.30 a.m. Tujuannya nak cari info mengenai home birth..... Jumpa Shirlee, salah sorang jawatankuasanya dan banyak jugak maklumat yang dapat dikongsi bersama. Mak Shirlee ex midwife, tu sebab dia bersalin kat rumah. Jam 11 barulah datang 2 orang lagi, Kristy dan Nick. Kristy kongsi pengalaman dia bersalin anak ke tiga seberat 13 paun atau 6 kg kat rumah. Terperanjat jugak...kalau kat hospital mesti dah kena potongla..... Pinjam 2 buah buku berkenaan home birth, bagus buku tu. Sayang kat Malaysia, bidan-bidan kita tak digalakkan menulis. Alangkah bagusnya kalau bidan kita dapat berkongsi pengalaman dalam tulisan mereka. Pukul 12 kami bersurai dan dalam perjalanan keluar dari bangunan tu dengar bunyi bising kat luar. Rupanya ada perarakan menuju Community Hall ni ....... ada "funeral service". Bila ditanya budaya kaum mana pada mereka yang ada di sekeliling, mereka reluctant nak jawab. Cara pakaian dia macam hippies, hitam je dan kalau yang warna warni tu pelik sikitlah. Kebetulan ditegur seorang warga Indonesia ...Pak Judy, kata dia budaya alternatif. Fahamlah kami, maknanya mereka bukan Maori dan bukan juga orang putih tapi kumpulan yang punya fahaman tersendiri. Sayang tak bawak kamera tapi sikit lebih kurang perarakan bawak jenazah tu macam perarakan kaum Cina di Malaysia.

No comments: