Wednesday, 27 June 2007
Bosannya
Tuesday, 26 June 2007
Letih
Wednesday, 20 June 2007
Home Birth Association
Tadi pegi Grey Lynn community Centre jam 10.30 a.m. Tujuannya nak cari info mengenai home birth..... Jumpa Shirlee, salah sorang jawatankuasanya dan banyak jugak maklumat yang dapat dikongsi bersama. Mak Shirlee ex midwife, tu sebab dia bersalin kat rumah. Jam 11 barulah datang 2 orang lagi, Kristy dan Nick. Kristy kongsi pengalaman dia bersalin anak ke tiga seberat 13 paun atau 6 kg kat rumah. Terperanjat jugak...kalau kat hospital mesti dah kena potongla..... Pinjam 2 buah buku berkenaan home birth, bagus buku tu. Sayang kat Malaysia, bidan-bidan kita tak digalakkan menulis. Alangkah bagusnya kalau bidan kita dapat berkongsi pengalaman dalam tulisan mereka. Pukul 12 kami bersurai dan dalam perjalanan keluar dari bangunan tu dengar bunyi bising kat luar. Rupanya ada perarakan menuju Community Hall ni ....... ada "funeral service". Bila ditanya budaya kaum mana pada mereka yang ada di sekeliling, mereka reluctant nak jawab. Cara pakaian dia macam hippies, hitam je dan kalau yang warna warni tu pelik sikitlah. Kebetulan ditegur seorang warga Indonesia ...Pak Judy, kata dia budaya alternatif. Fahamlah kami, maknanya mereka bukan Maori dan bukan juga orang putih tapi kumpulan yang punya fahaman tersendiri. Sayang tak bawak kamera tapi sikit lebih kurang perarakan bawak jenazah tu macam perarakan kaum Cina di Malaysia. |
Tuesday, 19 June 2007
Parents Teachers Conference
Sunday, 17 June 2007
Ulangtahun ke 10
Seeeeejuuuuuuuuuuuuuuuuknya... dulu masa kat UK lagi sejuk tapi agaknya kat NZ ni dah biasa tak berapa sejuk, sesekali bila suhu turun ke 10 darjah C hmmmm rasakanlah. Pegi shopping kat Flea Market Avondale, bestnya dapat beli persimmons. Baru 99 cent sekilo .... memang favourite, so apalagi. Mandarin Keri-keri pun murah NZ1.49 sekilo, banyak jugak beli sebab kat sini jerlah nak dapat beli buah ngan harga murah. Kalau pegi Foodtown, Woolworth, New World jawabnya kenalah tolong bayar harga sewa tempat, harga letrik dan lain2 ..... dgn kata lain mahallah.
Saturday, 16 June 2007
Membina Impian di Point Chevalier
Thursday, 14 June 2007
Home Birth Aotearoa
Wednesday, 13 June 2007
Selamat Hari Ulangtahun AQMAR
Tuesday, 12 June 2007
Kenangan 1 Januari 2006
Sedar tak sedar dah setahun setengah kami kat sini (Auckland). Menjejakkan kaki di bumi Auckland pada 1 Januari, 2006, bermulalah pahit getir kehidupan. Masih jelas di ingatan masa kami berlima beranak sampai di Airport "City of Sails" kira-kira jam 2.57 waktu tempatan ....... kami terpinga-pinga. Nak pergi mana ya??? Takde tempat yang nak dituju sebab gagal dapatkan mana-mana contact dari MSD mahupun pelajar Malaysia yang sedia ada di sini. At last kami buat keputusan telefon "homestay" yang kami dapat contact no. dari seorang bekas pelajar di Education Fair, Malaysia. Kat situlah kami berteduh untuk 2 malam, kosnya sewa 2 bilik NZ150 satu malam, makan NZ100 utk 2 hari. Jadi jumlahnya NZ400 untuk 2 hari. Untuk hari seterusnya kami bermalam di rumah pelajar Malaysia yang baru balik dari bercuti dan pada 5 Januari 2006 barulah dapat masuk rumah sendiri. Mana taknya, agen bercuti sakan ...... Krismas dan tahun baru. Sewa rumah NZ200 seminggu ....... bererti NZ800-NZ1000 sebulan. Maaaaahalnya....!!!!! Kalau convert dah jadi RM2500-RM3000 sebulan utk apartment seluas 15' x 40' ..... bayangkan, nak jalan pun kena tunggu giliran sebab sempit. Urghhhhhhhh................Selepas seminggu kat sini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kehidupan di Auckland atau lebih tepat New Zealand tersangatlah mahalnya. Dengan elaun pelajar yang pada waktu tu cuma RM1200 sebulan untuk pasangan dan 3 orang anak ........ apa yang boleh dibuat. Bagi yang tak merasakannya tentu ingat wah bestnya dapat duduk oversea, ada elaun lagi, gaji jalan tapi kami yang menanggungnya rasa macam dalam golongan rakyat termiskin kat sini. Dengan belanja sewa NZ800 sebulan, bil api, telefon NZ200 bakinya NZ200 untuk makan. Kat sini kalau beli burger sebiji pun dah NZ4 dan kalau kebab NZ7-NZ8. Jadi boleh kata harga barang makanan kat sini memang mahal. Roti sebuku NZ2.50, sama harganya macam roti kat Malaysia walaupun itu adalah makanan ruji masyarakat kat sini. Pelik....sebab kat UK roti sebuku baru 40 p dan susu sebotol baru 1 paun. Kat sini susu sebotol NZ3. Tensionnya ..... rasa nak balik Malaysia sekarang jugak. Kesian kat anak-anak ....makan pun kena bercatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)