5.40 pagi - Check out dari tmpt penginapan.
6.30 - Menanti terbitnya mentari pagi
Menyaksikan keindahan terbitnya matahari pagi ni tak tergambar oleh kata2. Cukup indah. Kalau kejadian ini pun dah cukup indah, apatah lagi syurga yang Allah cipta untuk makhluk yang dikasihinya. Akan kuusahakan untuk ke arah itu.
Sekeluarga tapi tak lengkap. Ketiadaan Adik n Baby menjadikan pengembaraan ini hambar tapi insyallah setiap sesuatu yang berlaku itu adalah yang terbaik.
Sekeluarga tapi tak lengkap. Ketiadaan Adik n Baby menjadikan pengembaraan ini hambar tapi insyallah setiap sesuatu yang berlaku itu adalah yang terbaik.
6.40 - Melawat Hawkes Bay Airport
7.10 - Ke Hastings 19km dari Napier
10.30 - Jalan2 sekitar Napier dan melawat Marineland
Napier i SITE
Di perjalanan ternampak majlis perkahwinan unik ni. Cantik!!! Jadi kami jadi tetamu tak diundang untuk majlis ni.
Foto ni adalah lokasi 2 minit dari tempat kejadian
11.30 - Bertolak ke Gisborne
Foto ni adalah lokasi 2 minit dari tempat kejadian
1.00 - Tiba-tiba sebaik jer turun dari bukit, enjin mati sendiri dan terpaksalah Cik Suami memandu kereta ke tepi kaki jalan. "Kenapa bang?" "Tak tahulah, tiba2 jer enjin mati dan brek tidak berfungsi." Memerhati keadaan sekeliling yang tiada penempatan dan hanya hutan semata maka fikiran ligat bekerja. Ya Allah, berikanlah kami jalan keluar. Sesungguhnya aku redha. Setelah berbincang dengan abang tentang apa yang harus dilaksanakan maka kami ambil keputusan untuk "hitch hike" ke pekan terdekat. Susah juga nak hitch hike sebab kami perlukan kereta yang boleh bawa kami berempat dan jalan ni pulak memang tak banyak kereta yang lalu. Kenalah sabar. Aku pun mulalah tahan kereta yang lalu, kereta yang pertama adalah sebuah Land Rover. Pemandunya sanggup untuk bawa kami ke Napier tapi tak sanggup berpatah balik ke Wairoa. Menurutnya Wairoa adalah pekan terdekat yakni lebih kurang 20-30 minit perjalanan atau 30-40 km. Kereta kedua yang berhenti adalah seorang wanita tua bersama 2 org anak daranya. Nenek tu pun macam kesian jer tak dapat tolong sebab kereta dia penuh. Kereta ketiga adalah kereta seorang perempuan yang sangat prihatin. Macam2 soalan dan cadangan diajukan sampaikan bila masing2 dah tak terkata apa2 maka aku pun cakap timakasih jerlah dan suruh dia teruskan perjalanan. Kereta keempat yang berenti adalah sebuah Ute. Pemandunya turun dan cuba membantu tengok2 enjin tapi kata dia, dia tak bawak "gear". Menurut dia rasanya ini masalah kecil, mungkin electrical fault. Jadi dia dan isterinya tawarkan untuk bawak kami ke Wairoa. Dalam keadaan sebegini ....mengikut orang yang tak dikenali, meninggalkan kereta di tengah hutan, menuju destinasi yang tak pasti, kami bertawakal. Ya Allah, moga ini yang terbaik untuk kami.
2.15 Kami tiba di Wairoa.
Terry dan Jenny terus bawa kami ke bengkel AA. Keputusannya adalah kereta harus di tow dan mekanik AA akan cuba untuk lihat kerosakan. Baik sungguh couple ni, dia org tunggu sehingga abang naik lori tow, barulah dia org teruskan perjalanan. Couple ni adalah Pakeha-Gisbornian. Mereka dalam perjalanan pulang dari bercuti dan sedang menuju ke Mahia untuk bermalam di sana.
2.30 Abang menuju ke lokasi kereta bersama lori tow.
Aku, Luqman dan Ikhwan duduk menanti di pekan Wairoa. Nak check in untuk penginapan, kerosakan kereta belum pasti, jadinya kami cuma berjalan2 di sekitar.
Sempat jugak telefon mama dan andaian mama mungkin tak de minyak atau sesuatu yang bersangkutan dengan minyak.
3.40 Abang tiba bersama kereta
5.00 Mekanik kenalpasti masalah.
Pam minyak rosak (betul macam andaian mama) dan terpaksa tunggu hari Isnin untuk dapatkan sparepart dari Napier atau Auckland.
Jadi kami pun check-in di Motel berhampiran. Alhamdulillah itu adalah bilik terakhir yang kosong sebab penginapan yang lain semua penuh disebabkan oleh cuti Waitangi Day.
Nota: Ini merupakan perjalanan terakhir dan kali pertama kami lalui keadaan ini. Alhamdulillah, aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Huluran bantuan yang dihulurkan kepada orang lain telah dibalas dengan huluran bantuan dari orang lain. Dan memberi dan menerima bantuan itu tidak mengenal siapa. Sebagaimana janji Allah bahawa kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
No comments:
Post a Comment