Mama ajak balik kampung pagi ni carik durian. Jadi lepas hantar anak2 sekolah lebih kurang jam 8.30 pagi kami pun bergerak menuju ke kampung. Dalam perjalanan, dapat panggilan dari Vijay Shimetsu mengatakan barang2 dah ada dan untuk menjimatkan kos storage, dia tanya ok tak kalau terus hantar ke Melaka hari ni. Kalau ok, Vijay nak suruh driver bertolak waktu tu jugak. Oklah....lagi lewat lagi susah. Kami teruskan perjalanan ke kampung dan sampai 20 minit kemudian. Terus masuk kebun dengan wheel barrow untuk kutip durian. Fuih nostalgia betul....teringat zaman kekecik dulu. Lepas subuh aku ngan Eda ditugaskan pegi cari durian kat baruh dengan kat paya. Masa tu tak de rasa takut pun, samada takut kat binatang atau orang. Kira selamat lah. Lepas tu sarapan selonggok durian. Erkkkk....kenyang Alhamdulillah. Puit!! bau durian jer...lepas tu angin satu badan. Mulalah kentut kentut...hihi. Carik durian ni ada jadual waktu nya, so kami yang kecik2 ni lah yang kena bertugas tapi seronok. Kat rumah mak long tu ada ladang kemunting, best bila masuk ladang tu carik kemunting. Memang aku dok kat bandar tapi tok leh tipu lah kalau citer pasal kampung. Setakat gi bondar mengail ikan, menimba ikan, masuk je ikan yang dapat dalam poket sebab takde baldi, itu kira biasa. Masuk ladang getah, tengok orang proses getah buat getah beku, carik segerap .....hish macam2 lagilah. Dah jauh melalut pulak .... Lepas ambik durian penuh satu bonet kereta kami ke rumah mak lang. Kononnya nak tolong mak lang masak lauk tempoyak tapi disebabkan barang2 tu nak sampai maka terpaksalah disingkatkan lawatan tu. Ambik lauk seperiuk dan balik. Lebih kurang jam 1 lori pun sampai. Oleh kerana drivernya sorang dan aku pun sorang maka kami berdualah yang mengangkat barang dari atas lori ke dalam rumah. Tak lama lepas tu mama dan afiqah datang tolong. Maka perempuan 3 generasi inilah yang memunggah 91 kotak barang yang kebanyakkannya buku. Nak putus rasa pinggang tapi apa nak buat ....... Banyak jugak kosnya yang perlu dibayar berbanding dengan shipping dari UK dulu. Dengan hanya 200 pound, barang siap dihantar depan rumah. Ini nak kena bayar macam2 lagi, dengan kata lain kos yang dibayar pada agen di Auckland bukanlah kos sebenar. Sekurang2nya kena tambah lagi 7 atau 8 ratus ringgit sebab shipping line fee jer dah RM450. Sudahnya, rumah dah penuh semula dengan kotak. Mujur aku belum start mengajar, bolehlah kemas sikit2. Letih betullah ...................
Friday, 19 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment