Selama hampir 3 tahun kat Auckland, ni lah kali pertama anak2 berpeluang main mercun. Oleh kerana Ummi tidaklah berkemampuan maka ummi belikanlah anak2 mercun n bunga api yang paling murah memandangkan mereka tak mungkin dapat main mercun cam ni kat Malaysia. Masa tahun pertama dulu memang tak mampu langsung nak beli, begitu jugak tahun kedua dan alhamdulillah kali ni dapatlah jugak anak2 main mercun NZ5 dolar. Kami ke Auckland Domain, walaupun cuaca agak muram tapi ramai jugak yang ke sana untuk memeriahkan suasana. Dan percikan bunga api serta mercun sedikit sebanyak menggembirakan. Gembiralah hati, gembiralah anak2ku ...........
Waktu ummi kecik dulu ummi dah puas main mercun.....tiap kali Paksu balik raya mesti bawak balik mercun n bunga api. Lawan ngan jiran sebelah rumah Encik. Best.
Wednesday, 5 November 2008
Hamba Jadi Tuan
Bila tengok berita kemenangan Obama menyandang jawatan Ketua di sebuah negara besar hati jadi sayu. Bila dipaparkan klip2 saudara mara Obama kat Kenya teringat cerita Kunta Kinte dulu. Teringat kisah perhambaan di zaman dulu, bilamana mereka dikerah tenaganya. Sedih cerita tu tapi bagus. Dan tak semena-mena terfikir tentang Kiamat, mungkinkah ini salah satu tanda kiamat??? Hamba jadi Tuan. Mana taknya, sebesar-besar negara Amerika tu, macam mana Obama yang menang?? Siapa yang undi dia?? Mana pegi omputeh kat Amerika tu? Atau omputeh tu dah ...???? Sememangnya tiada yang Mustahil bagi Allah dan tiap sesuatu yang terjadi ada sebab musababnya. Terpulang pada hambaNYA samada nak ingat ataupun sebaliknya.
Guy Fawkes Day
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment