Sunday, 30 November 2008


Hmmmmm............lama tak menulis.

Sibuk? Tak jugak.

Sakit? Tak.

Komputer rosak? Taaak.

Kalau macam tu malas kot? Taaaaaaaaaaaaak. Tak malas.

Habis kenapa? Tak de mood jer.


Idea cuma bertapa di minda, kalau lama sikit boleh bersarang macam sarang labah2 tu. Banyak yang nak difikir dan banyak yang perlu dibuat. Jadi bila dah banyak2 sangat benda kena fikir dan buat maka kenalah duduk diam2 dan susun semula otak serta perancangan. Ada di antara perkara2 tersebut berkait dengan emosi maka kerana itulah semakin kacau bilau jadinya. Emosi jadi tak terkawal dan semua perancangan pun tak jadi.


Saturday, 29 November 2008

Makan, makan dan makan lagi

Badan besar tapi umur masih muda, sudahnya jadi mangsa.


Wah Pakcik Mohamad sengih kat ayam ke????


Khusyuk menjamu selera

Hidangan yang ada

Seperti biasa aktiviti MAPSA tak lari dari makan. Kenapa???? Tak dapeklah den nak menjawab...tu kena tanya organizer. Tujuan majlis adalah untuk meraikan kedatangan orang baru dan statistik Postgrad dah semakin ketara ramainya berbanding 2 tahun yang lalu. Seronok tengok anak2 berlari2 gembira dengan kawan2 yang punya sama "root"nya/akarnya iaitu dari bumi Malaysia. Meski jarang berjumpa, mudah sungguh anak2 bersosial sesama mereka berbanding orang dewasa. Untungnya jadi kanak-kanak ....tiada prejudis, luhurnya hati dan budi mereka.

Saturday, 22 November 2008

Happy Birthday Mama

Selamat hari Lahir Mama. Moga Allah berkati usia yang telah lalu dan akan datang. Moga Allah mudahkan urusan mama dan dimurahkan rezeki. Peluk cium dan rindu dari kami buat mama tercinta.

Sehari di MOTAT

Aqmar n Afiqah
Tengok warna merah2 ni teringat Melaka Bandaraya Bersejarah

Dah kena pasung kaki dan tangan

Famili

Di pintu masuk MOTAT

Kebetulan MOTAT buat promosi masuk percuma bagi bulan November maka peluang ini pun tidak dilepaskan. Anak2 walaupun dah berkali2 ke MOTAT masih juga nak ke sana. Jadi sebagai memenuhi sessi hujung minggu bersama keluarga maka aktiviti ini dilaksanakan. Aku gembira dengan aktiviti bersama keluarga ni memandangkan anak2 semakin membesar dan rasanya di sini, peluang ini terbuka luas. Aktiviti seperti ini menambahkan keakraban dan memberi peluang kami lebih mengenali mereka.






Monday, 17 November 2008

Termenung sejenak


Semenjak berkenalan dengan FB ramai betul rakan lama dapat dijejaki. Terutamanya kawan2 masa sekolah dulu, dah 21 tahun tak bertemu. FB ..........., ntah siapalah pengasasnya, berapa banyaklah duit yang dia dah buat hasil dari FB, apalah agamanya, apalah tujuan dia buat FB ni? Aikk ke situ pulak perginya ........... Pandai betul manusia2 itu mencipta sesuatu untuk melalaikan manusia, sesekali terasa ruginya tapi ketidak teguhan iman itulah yang menyebabkan aku masih hanyut bersama kehendak mereka. Kadang terasa betapa aku telah membazirkan masa dengan sia2 mengadap komputer, tv, buku, majalah ...... itulah dunia yang melalaikan. Bila bukak kitab Allah, baru 10 minit dah terasa lama, bila mengadap tv berjam2, tak sedar masa berlalu...... Alpa, lalai, lagha ............. Dunia dengan tipu dayanya. Sampai bilalah aku nak jadi macam ni? Orang lain macam aku ke? Atau aku sorang jer yang macam ni?? Berpijakkah aku di bumi nyata?


Dan DEMI MASA sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian ...................




Sunday, 16 November 2008

Ahmad Mohamad

Senario 1

"Ur son have d same name as u? Ahmad = Mohamad"

Senario 2

Kat Dental Clinic. Bawak Luqman utk check up.
"Today is d day for pre school so I'm expecting small kids."
"Ooo..."
"Cud u pls check this data (showing a form)"
"This birth date is wrong. It belongs to my youngest son."
"Both ur sons have d same name?"
"Betul la...nama formal Luqman, Ahmad Mohamad dan nama formal Ikhwan pun sama Ahmad Mohamad sebab biasanya orang putih kan suka ambik yang depan jer... yang tetengah tu diabaikan. Sudahnya aku pun confuse....."

Cuba bayangkan kalau Nabi Mohamad s.a.w tu kita panggil Nabi Mat ok ke? Sebab nya kalau orang nama Mohamad biasanya (org Melayulah) suka betul pendekkan jadik Mat. Memanglah yang nama Mohamad tu bukan nabi tapi Nama tu kan diambil dari nama kekasih Allah yang jadi kemegahan kita. Hish...org yang nama Mohamad pun tak kisah, aku pulak yang sibuk2. Sama jugak dengan nama Aishah, Khadijah, Abdullah, Idris - Nabi Deris dll. Bukan apa, otak ni tak pernah berenti berfikir, jadi bila kadang tak de benda nak fikir, perkara yang bukan2 pun boleh jadi bahan fikir. Apa ada pada nama??? Kalau takda nama, nak panggil apa yek??
Hoi...hoi..."Apasal panggil aku hoi?" "Sebab kau takde nama."

Saturday, 15 November 2008

Sepetang di Western Spring

Ayah dan Ikhwan tengok sapa tu??????
Ikhwan .... nature lover. Sampai jer kat pokok ni Ikhwan terus peluk dan cium pokok ni.

Pukeko

Ikhwan

Pohutukawa - "Rambutan" New Zealand

Dah lama betul tak ke Western Spring. Masa mula2 beli kereta dulu, ni lah tempat pertama yang kami kunjungi. Sekadar menikmati ciptaan Allah, menghargai nikmat mata, telinga, hidung, tangan, kaki, pendekata semua anggota tubuh dimanafaatkan dalam menghayati kebesaranNYA. Moga kami sentiasa tidak lupa bersyukur akan anugerah yang tidak terhingga ini.

Thursday, 13 November 2008

Handsome tak Ikhwan??


ANI.... handsome tak Ikhwan???? Bergayakan. Tapi lambat lagi baru kita boleh jumpa. So Mama Ani tengok jerlah foto ni yek!

Monday, 10 November 2008

13

Hari ni hari Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 13. Hi..hi..tak sangka dah 13 tahun ya. Walaupun hubungan ini bukan bermula dengan cinta namun alhamdulillah berkat redha Allah maka berterusanlah ia. Moga ia berterusan hingga akhir hayat dan bangkit kembali. Cukup ke 13 tahun untuk mengenali hati budi masing2? Tepuk dada tanyalah hati .....


Abang cuti hari ni atas permintaan kaum ibu. Bukan apa, saja nak habiskan hari bersejarah ni bersama-sama. Kami keluar dengan Ikhwan sebab yang lain2 ke sekolah dan abang belikan hadiah yang cukup menarik. Apa dia???? Ha...hi...ha. Aqmar pagi2 lagi dah wish, Happy Anniversary Ummi! Why don't u go out dating with Dad? Tu lah akibatnya bila dah duduk negara omputih, pemikiran pun cam omputih. It's ok Aqmar, maybe when u r bigger and can take care of Ikhwan, I'll consider ur suggestion. Thanks baby!

Sunday, 9 November 2008

Rose Festival

Cantiknya ros kuning... my favourite colour

Afiqah berangan kat Mahligai Cendawan

Buat apa tu Ikhwan???

Khusyuk menghayati hasil karya seniman

Kali kedua menghadiri program ini...........Festival Bunga Ros di Parnell. Cantik bunga2 ros ni, ada yang harum baunya tapi awas durinya tetap tajam. Ada pelbagai jenis ros dan pelbagai warna .... kalau di South Island biasanya bunga ros ni jadi pagar memagari kawasan tanaman anggur. Teringat pulak bunga2 ros di sekitar rumah Shakespeare di Stratford-upon-Avon. Arghh...indahnya.

Wednesday, 5 November 2008

Hamba Jadi Tuan

Bila tengok berita kemenangan Obama menyandang jawatan Ketua di sebuah negara besar hati jadi sayu. Bila dipaparkan klip2 saudara mara Obama kat Kenya teringat cerita Kunta Kinte dulu. Teringat kisah perhambaan di zaman dulu, bilamana mereka dikerah tenaganya. Sedih cerita tu tapi bagus. Dan tak semena-mena terfikir tentang Kiamat, mungkinkah ini salah satu tanda kiamat??? Hamba jadi Tuan. Mana taknya, sebesar-besar negara Amerika tu, macam mana Obama yang menang?? Siapa yang undi dia?? Mana pegi omputeh kat Amerika tu? Atau omputeh tu dah ...???? Sememangnya tiada yang Mustahil bagi Allah dan tiap sesuatu yang terjadi ada sebab musababnya. Terpulang pada hambaNYA samada nak ingat ataupun sebaliknya.


Guy Fawkes Day


Selama hampir 3 tahun kat Auckland, ni lah kali pertama anak2 berpeluang main mercun. Oleh kerana Ummi tidaklah berkemampuan maka ummi belikanlah anak2 mercun n bunga api yang paling murah memandangkan mereka tak mungkin dapat main mercun cam ni kat Malaysia. Masa tahun pertama dulu memang tak mampu langsung nak beli, begitu jugak tahun kedua dan alhamdulillah kali ni dapatlah jugak anak2 main mercun NZ5 dolar. Kami ke Auckland Domain, walaupun cuaca agak muram tapi ramai jugak yang ke sana untuk memeriahkan suasana. Dan percikan bunga api serta mercun sedikit sebanyak menggembirakan. Gembiralah hati, gembiralah anak2ku ...........
Waktu ummi kecik dulu ummi dah puas main mercun.....tiap kali Paksu balik raya mesti bawak balik mercun n bunga api. Lawan ngan jiran sebelah rumah Encik. Best.

Monday, 3 November 2008

Mama Ani

"Aluq, Afiqah, Baby ...mama Ani is getting married next year before u return to Malaysia!" said mum.
"Nooooooooooooooooo...she's not getting married before we return home!! We want to be her flower girl and Ikhwan can be the flower boy!" cried Afiqah and Baby.
Punyalah histerianya dia orang bila kata Ani dah nak kahwin...ha...ha..ummi saja nak tengok reaksi dia orang sebenarnya.
Amacam Ani...nak tunggu dia orang balik jugak ke???
Sedih jugak ummi kalau tak dapat tengok Ani kahwin coz cuma tinggal dia jer. Masa majlis ummi dulu, dah buat sekali ngan Uncle Fadil. So cuma inilah peluang yang terakhir dan satu-satunya. Bilalah ayah nak siapkan Phd dia ni, cepatlah ayah...boleh kitaorang balik tengok Ani kahwin. Ayah ni jenis tak kisah, dia tak pernah naik pentas untuk ambik scrol Diploma, Ijazah, Sarjana dan rasanya untuk Phd ni pun dia tak peduli. Gambar pun tak ada. Kalau orang tak kenal dia mesti kata dia pelik, tapi sebab dah kenal dia ummi tak rasa pelik dah. So setakat nak tengok Ani kahwin, memang dia tak heranlah. Kekadang orang lain dok cerita pasal supervisor dia orang, dia relaks jer. Walau apa pun supervisor buat kat dia, dia tetap cool. Redha atas segalanya dan mungkin sebab tu Allah beri laluan untuk dia. Yang penting YAKIN pada Allah kuncinya. Yakin Allah sentiasa beri kita yang terbaik. Kalau pada kita tak baik, ia tetap yang terbaik untuk kita. Berbalik hal perkahwinan Ani, harapnya Ani tunggulah kita orang ya. Kesian kat anak buah yang 3 orang ni, n untuk Fairuz, harap bersabarlah ya. Doakan kami dapat balik cepat coz we miss u all so much...........muah..muah.

Sunday, 2 November 2008

Jalan-jalan

Dah lama tak makan angin ...apakata hari ni kita pegi Point Chev? Boringlah....jom explore tempat lain. Jom apa tunggu lagi ... bukak almari ambik crisp 2 paket, biskut 2 bungkus, air kosong sebotol dan kita pegi. Perjalanan ke Waiuku ni cuma mengambil masa lebih kurang 30-40 minit tapi sebab ada construction, delaylah sikit. Kami lalu SH1 dan bila sampai di Drury terus masuk SH22. Seperti biasa Waiuku cuma pekan kecil dan disebabkan hari Ahad jadi takde apa2 aktiviti yang boleh dibuat di City maka kami teruskan perjalanan.

Kami teruskan perjalanan ke Manukau Head dengan harapan dapat tengok Light House yang ada kat situ tapi anak2 sibuk nak mandi laut. Dalam perjalanan kami lalu Waipipi, Te Toro, Pollok, Matakawau, Awhitu Central dan terus ke Grahams Beach.

Hasrat nak ke Light House di Wattle Bay ditangguhkan sebab nak ke sana kena ikut jalan yang berbeza. Masa pun suntuk, dah hampir pukul 4 petang jadi kami ke Grahams Beach dan piknik di situ. Tak ramai orang pun cuma 2 @ 3 kereta jer. Pantai ni mengadap Auckland Airport jadi seronok Ikhwan dapat tengok kapalterbang berlepas di udara. Pasir kat pantai ni cantik dan bersih, rasa nak bawak balik Malaysia jer...Bila anak2 dah puas mandi dan bermain, kami pun baliklah...