Sunday, 5 October 2008

Selamat Hari Lahir Luqman!!


Hari ini Luqman sambut ulangtahun ke 12. Dah besar anak ummi, rasanya macam baru semalam ummi bersanding di pelamin dan hari ni Luqman dah pun berusia 12 tahun. Waktu mengandungkan Luqman, ummi sibuk belajar, dan satu peristiwa yang tak mungkin ummi lupa ialah sewaktu naik bas dalam Kampus kat UiTM Shah Alam.... Ada ke patut drebar bas tu bawak mengalahkan kat trek Formula 1, bila tiba kat corner dia putar habis stering sampaikan besi pemegang yang Ummi pegang tercabut dan ummi pun jatuh terduduk. Alhamdulillah tak apa2. Masa nak bersalinkan Luqman ummi travel jauh jugak, pukul 2 pagi ummi terjaga ..... ehhh kenapa tilam ni basah, telefonlah ayah Luqman kat Seremban ...dia suruh kejutkan Mak Long. Sudahnya malam tu Mak Long dan Pak Long kena hantar ummi ke Seremban, dari Seremban, kita pegi pulak hospital Melaka. Dah sampai Melaka doktor kata belum tiba masanya. Dah dkt 2 hari kat hospital, setelah puas ummi berdoa agar Luqman keluar, akhirnya keluar jugaklah. Dan pada hari yang sama arwah Atuk Bidin pun discharge dari wad. Nak tengok cucu sulung dia!!! Mama yang banyak jaga Aluq sebab ummi belajar lagi ...... alhamdulillah selepas 12 tahun mama masih lagi dapat bersama-sama kita memberi ucapan Selamat Hari Lahir.

Moga Ahmad Luqman jadi anak soleh, hafiz, berakhlak mulia dan sentiasa berpegang pada tali Allah. Amin

No comments: