Hari ni umur Afiqah genap 11 tahun. Sekejap jer masa berlalu, walau adik tak ingat tapi ummi tak pernah lupa bilamana adik terpaksa temankan ayah kat hospital waktu umur adik 28 hari. Waktu tu mama takde, pergi ziarah pusara Atuk Bidin kat Bukit Tinggi bila tiba2 Ummi dapat panggilan yang ayah dimasukkan ke Hospital Seremban. Ummi tinggalkan Luqman yang baru berumur setahun kat rumah Nek Jah dan terus ummi pecut pandu kereta dari Melaka ke Seremban. Sampai kat hospital sempat kena marah ngan nurse sebab ummi tak pakai stokin walau masih dalam hari/pantang. Ummi tak peduli dah, mana nak fikir Luqman, Adik dan ayah yang dah terbaring. Hari tu jugak ummi mintak uruskan supaya ayah dipindahkan ke Hospital Melaka untuk memudahkan ummi. Seminggu lebih jugak ayah kat hospital tapi Alhamdulillah, Allah bagi ummi kekuatan fizikal dan mental. Selalu jugak kena marah masa tu sebab dia orang takut ummi bentan, tapi .......... Pengalaman banyak ajar ummi, YAKIN akan doa dan janji2 Allah. Ummi yakin Allah hanya akan menduga hambaNYA setakat yang mampu ditanggung oleh hambaNYA dan di samping tu berdoa agar Allah beri kekuatan untuk menempuh semua dugaan tu. Dah 11 tahun masa berlalu Dik, Ummi harap Adik akan jadi wanita solehah yang cekal, punya jatidiri, sentiasa bergerak atas landasan Allah, berakhlak mulia dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Insyallah ummi sentiasa mendoakan untuk anak2 Ummi setiap saat detik berlalu. Amin.
Saturday, 11 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment