Friday, 24 April 2009

Perjalanan Terakhir

Hari ni bak kata abang pada Zati semasa Zati bertanyakan kenapa kami tak dapat hadir untuk majlis MAPSA esok 25 April, Mohamad pun jawab "Kak Fidah nak jalan last kopek....". Inilah perjalanannya dari Auckland ke Malaysia. Tepat pukul 9 shuttle datang dan kami terus ke airport. Tiba di airport kami beratur untuk check in dan alhamdulillah semua barang2 selamat .... bererti takde excesss luggage dan takde yang perlu dibuang. Risau jugak sebab kambing jer dah satu setengah ekor, buah2an cam feijoa, persimmons, peach, kiwi hampir 20 kilo. Harap2 semua ok, kalau ok rezeki anak2lah. Dan yang bagusnya stroller yang bapak besar tu tak ditimbang. Hish kalau ditimbang .... kuranglah jumlah barang yang dapat dibawak. Sementara menunggu penerbangan, kami ke Tingkat 2 dan kat situlah kami lepak sambil borak2 ngan Syahira sebelum berlepas pulang. Tu lah antara kawan2 senior yang ada, sedih jugak nak tinggalkan dia. Tapi rasanya dia pun tak lama lagi baliklah tu. Harap2 Allah mudahkan urusan viva dia.
Kami tiba di Malaysia jam 8.15 malam dan selesai semua urusan kami keluar di ruang menanti menunggu ketibaan mama dan anak2. Riangnya hati tak terkira bilamana dapat mendakap mereka dalam pelukan. Alhamdulillah perpisahan seketika dengan mereka ternoktah di sini. Malaysia, aku kembali ....... kembali meneruskan kehidupan!!!!

3 comments:

Norizah said...

Slm Kak Fida,
Kami tak tahu pun akak sekeluarga dah blk Malaysia,ingatkan blk lambatlg. Terkilan xsempat berjumpa utk kali terakhir di Auckland, mudah2an ada rezeki, boleh berjumpa di Malaysia pula. Habil kirim slm pada abg Mohamad.

modd said...

salam, dah balik??? betul kata ijah, semoga berjumpa di malaysia.

Afidah said...

Salam

Ija : Tak usah lah rasa terkilan Ija, memang orang lain pun tak tahu kami pulang.

Akma : Dah balik pun!!!

Insyallah jika Allah izinkan kita jumpa di Malaysia. Selamat meneruskan pengajian dan selamat berjaya.

Moral of the story : Terkadang kita sering membuat andaian dan tidak memanafaatkan setiap yang ada ..... Begitulah andai kematian datang tiba2 .....terkilan kita tak sempat jumpa.