Yea..yea!! Hari ni ayah nak bawak kita jalan2 lah Ikhwan. Bestnya. Maklumlah semalam ummi dah monyok semacam jer...mana taknya hari2 ayah balik lambat. Tak kisahlah balik lambat tu asalkan boleh siap Phd cepat tapi masalahnya bila tiba time boring tu ... hah tak dapeklah nak tolong. So program kita hari ni :-
1) Mandi laut kat Point Chevalier
2) Melawat kawan2 kat Butterfly Creek
4) Pergi mandi laut semula - sessi petang pulak
Masa Ummi ngan Ayah tengah perhatikan Ikhwan n Luqman mandi, datanglah 2 org budak "Islander" ni nak join family dia kat dalam laut tu. Sorang pakai t-shirt labuh dan sorang pakai kain sarong, dua2 org jalan terkengkang2. Kenapa pulak budak 2 orang ni, cam baru lepas sunat jer. Kebetulan ada sorang perempuan "Islander" kat sebelah kita org, so tanyalah kat dia kenapa budak2 tu jalan mengengkang? Sunat ke? Dia kata Ya. Aikk... dia kata bukan sebab agama tapi lebih pada budaya untuk bersih. Oooo.. tak sangka ya, jadi amalan jugak sunat ni untuk dia org. Pompuan tu datang dari Cook Island dan dia cakap asalnya amalan bersunat/berkhatan adalah menurut Bible lama tapi akhirnya jadi amalan budaya. Yang pasti Kitab Bible memang dah banyak yang diubah tapi kalau ada yang masih berpegang pada ajaran kitab yang lama bererti ia adalah sepertimana yang telah Allah perintahkan. Untuk sesapa yang nak bersunat menurut that lady harganya NZ300 sorang dan dia guna laser. Sempat jugak berkongsi ngan dia bahawa org Islam yang perempuan pun bersunat, dia tanya camana? Camne ekk? Hi..hi..hi
5) Solat Asar kat Ponsonby
6) Main kat Park, Vermont Street
Jumpa Mr John dari Kuching, Sarawak tapi dah migrate sini untuk tempoh 13 tahun. Banyak jugak isu yang dibincangkan, pelajaran, makanan, agama, sosial dan macam2lah. Satu yang aku takkan lupa tentang pertemuan tu, Mr John kata, "Kuching is the safest place to live. There's no drugs, no fight, everything is cheap and it is very peaceful." Macam tu lah lebih kurang. Apa macam orang Kuching ada betul ke itu statement????
7) Balik rehat dan tido..............
Rasanya setiap masa ummi teringatkan afiqah ngan baby. Tadi masa gi beach, ummi tersedih kejap. Kalau korang ada mesti Ikhwan lagi happy. Kalau kat Malaysia nanti entah dapat entah tidak main kat laut macam ni. Ada tidak Pantai Klebang, Tanjung Keling atau Tanjung Bidara. Masalahnya entah ada masa entah tidak.
2 comments:
salaam kak fiedah,
hehe..saya orang Kuching..
Not sure pasal "safe" tu.. and not so sure as well on "murah"..
tak tau la, the person was comparing dgn bandar mana. Tapi peaceful, in terms of tidak se"hectic" KL tu, sgt betul lah..tapi, i guess,byk lagi tpt lain yg macam peaceful cam tu..
~~~saje share pendapat hehe :)
Salam Fariza. Apakabar? Dah terubat rindu kat "Malaysia"?
Thanks for sharing. Rasanya Mr John rindukan Kuching, tu yang promote. It's good. Salah satu destinasi percutian yang dah ada dalam senarai... coming soon.
Memang suka sangat tempat2 yang peaceful ni, dengar nama KL pun rasa tak boleh nak bernafas.
Post a Comment