Ntah kenapa tetiba teringat masa mengajar dulu.... kalau pasal masa, aku memang strict. Tak bagi chance langsung. Lambat masuk kelas, pintu kunci. Mana taknya, kita yang datang 45 minit perjalanan naik kereta dah sampai, student yang duduk dalam kampus baru terhegeh-hegeh nak datang. Nak belajar ke tak nak? Sapa kena tunggu sapa? Kat mana rasa hormat terhadap orang yang memberi ilmu? Bukanlah nak mintak dihormati sangat tapi hormatilah waktu dan ilmu tu. Kami yang mengajar dibayar atas tiap minit tu jadi kalau dah terkurang seminit dua, camana nak jawab kat akhirat nanti? Semua tu kena fikir, kalau setakat kena menjawab kat bos tak pe lagi, tapi nak menjawab kat Allah tu yang payah nanti.
Selalunya aku bagi analogi para askar tentera, kelayakan nak jadi askar biasa ..... lulus S.R.P pun boleh terima. Kalau dibandingkan ngan yang belajar kat Pusat Pengajian Tinggi, memang sahlah yang masuk Uni tu lebih tinggi pendidikannya. Cuba bayangkan kalau askar tu tak peduli pasal masa semasa berlakunya peperangan, apa akan jadi?? Ketua kata pukul 20 dah kena berada di khemah utama tapi dia orang buat tak reti jer, silap2 boleh kena ambush ngan musuh. Student pulak, cikgu kata pukul 8 mula kelas, buat tak reti jer....tak jadi apa pun. Relaks lah.. Kesimpulannya, kalau student yang dah masuk uni tapi tak tahu nak hormat masa, itu tandanya dia lebih b@#*l dari askar yang cuma lulus S.R.P tadi. Walaupun cuma berbekalkan sijil S.R.P tapi dia lebih bijak menghargai dan menghormati masa. Kalau dia tak bijak, boleh hancur negara bila berlakunya peperangan.
No comments:
Post a Comment