Tuesday, 16 December 2008

Award

Hari ni Luqman balik sekolah bawak piala/trophy. Wah piala apa pulak tu Luq? Memang Ummi tahu hari ni ada Prize Giving Day kat Wesley Intermediate tapi Ummi tak sangkalah Aluq akan naik pentas untuk terima award ni. Alhamdulillah, ummi macam percaya tak percaya jer tapi ummi tahu kemampuan Luqman. Pasal membaca memang Luqman juara, kebanyakan buku yang dia baca adalah pada level untuk remaja. Dari kecik pun Luqman memang rajin dan tekun, kerja sekolah dia semua selesai. Cuma yang buat ummi terkedu tu ialah macam mana Aluq boleh dapat award untuk Language sehingga boleh menandingi "Kiwi2/omputih" yang ada kat sini. Pada piala tu dah di tulis nama "Ahmad Mohamad" jadi insyallah kalau Aluq ada peluang untuk datang ke sini di masa akan datang, dapatlah tengok piala tu kat sekolah sebab ia merupakan piala pusingan. Piala J.K.Grout tu bermula dari tahun 1977 sehinggalah 2008 iaitu lebih kurang 31 tahun dah.
Ahmad Luqman, piala, sijil dan buku.

Sijil-sijil

Ikhwan suka piala tu....insyallah giliran Ikhwan akan tiba begitu juga Afiqah n Aqmar
Moga kemenangan Luqman ni akan merangsang semangat adik-adik dan ummi gembira Aluq dapat buktikan bahawa tidak mustahil untuk mencapai kejayaan itu. Sekurang-kurangnya Aluq boleh buktikan pada ayah bahawa bukan dia sorang jer yang boleh dapat hadiah setiap tahun tapi Aluq pun boleh. Harap2 lepas ni Aluq boleh tandingi ayah menyandang gelaran "penembak terbaik" dan "rekrut terbaik" pulak .... semua tu adalah sejarah.

No comments: