Seronok tengok gelagat Rachael Ray pagi2 ni. Kebetulan yang dijemput adalah Cindy Crawford, bukanlah idola aku tapi jawapannya pada soalan dari penonton mencuit rasa. Soalan penonton, "Ada tak apa2 lagi yang kau nak buat?" Kata Cindy, "I want to be a Present Mum". Kalau ikut pemahaman English kokak aku ni, maksud dia, dia nak sentiasa berada di sisi anak2 bila mana diperlukan.
Terimbas perbualan dengan anak2 beberapa hari yang lalu. Ummi dengan ayah selalu takde kat rumah masa kat Malaysia dulu. Asyik pegi kerja je. Sekarang baru Ummi ada kat rumah n masak untuk kita. Itulah rungutan 3 orang anak yang dah pandai bercakap (mujur sorang belum pandai bercakap lagi). Mama jer yang jaga kita, masak untuk kita. Sebab tu kita sayang mama (mujur yang jaga dia orang adalah mama dan bukannya pembantu asing). Terpegun sejenak.... salahkah mereka meluahkan rasa?? salahkah mereka mengutarakan pandangan?? sedangkan semuanya benar belaka. Penafian terhadap pandangan tersebut merupakan dusta semata-mata. Memang betul pun, ummi dgn ayah kerja dari awal pagi lepas hantar anak2 sekolah sampailah pukul 4 petang. Ayah balik lewat lagi. Masa dgn anak2 cuma dari 4.30 hingga 9 malam. Cukup ke??? Tanya pada hati, tanya pada diri, tanya pada tanggungjawab ......
Jadi bila dianugerahkan Allah peluang untuk "Bercuti Tanpa Gaji", ia merupakan satu nikmat yang tidak terhingga. Di sinilah rupanya peluang untuk menjadi "Present Mum". Dan keadaan di sini juga banyak membuka peluang tersebut walaupun tak semua peluang dapat dicapai.
Apa yang bakal terjadi bila pulang nanti ?????? Kerja menanti .... mampukah untuk aku kekalkan "Present Mum"??? Yang pasti meski Allah jadikan bumi ini dalam waktu yang singkat (berbanding keupayaan manusia) yakni 7 hari namun ciptaanNYA lengkap. Al Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan, insyaallah...
Monday, 18 August 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam ceria,
wah..blog sudah berwajah baru!
salam kak fiedah,
Seronok baca coretan harian akak.
Saya selalu wonder bila la saya boleh jadi "present mum" as said. Alhamdulillah, akak diberi kesempatan itu untuk masa ni. Gunalah sebaiknya akak...sbb dalam keadaan saya, klau dilihat logiknya, macam agak sukar (lebih2 lagi bila balik UiTM, yg ATA mmg byk tu) Tapi saya harap, walau sesibuk mana pun kita, kita masih menjadi ibu yang "arif" ttg anak2 nya dan the-always-be-there-mom pd masa2 penting hidup anak2....Amin.
Selamat berpuasa, kak..
salam kak fiedah,
Seronok baca coretan harian akak.
Saya selalu wonder bila la saya boleh jadi "present mum" as said. Alhamdulillah, akak diberi kesempatan itu untuk masa ni. Gunalah sebaiknya akak...sbb dalam keadaan saya, klau dilihat logiknya, macam agak sukar (lebih2 lagi bila balik UiTM, yg ATA mmg byk tu) Tapi saya harap, walau sesibuk mana pun kita, kita masih menjadi ibu yang "arif" ttg anak2 nya dan the-always-be-there-mom pd masa2 penting hidup anak2....Amin.
Selamat berpuasa, kak..
Salam Asiah,
sesekali perubahan itu perlu....
Salam Fariza,
Terimakasih kerana sudi singgah.
Tak salah menyenaraikan impian/harapan sebanyak mana sekali pun, yang penting kita berusaha mencapainya. Moga kita dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. InshaAllah. Amin.
Selamat berpuasa jugak untuk Fariza dan keluarga.
Post a Comment