Saturday, 23 August 2008

Pertandingan Mencipta Movie

Hujung minggu ni ummi buat pertandingan mencipta movie menggunakan software Movie Maker. Peserta pertandingan adalah Luqman (12 tahun), Afiqah (11 tahun) dan Aqmar(9) tahun. Ikhwan tidak dapat menyertai pertandingan kerana belum cukup umur. Mereka diberi masa 2 jam untuk menghasilkan movie menggunakan semua keperluan yang telah sedia ada. Hasilnya :- Afiqah diumumkan sebagai pemenang pertandingan kerana kreativiti dan usaha. Banyak yang dapat dipelajari dari pertandingan ni, karakter setiap peserta juga dapat ditelah dari penghasilan movie tersebut. Luqman memang artistik, pilihan foto ada temanya yang tersendiri yakni sejarah malangnya jangkamasa movie cuma 42 saat. Afiqah menghasilkan intro yang kreatif setanding dengan usianya, pilihan foto menarik walaupun sedikit emosional kerana mengkhusus pada individu. Aqmar pula menghasilkan intro yang sangat bagus melepasi tahap usianya, pilihan foto menarik walaupun kesudahannya agak tergantung. Selepas pemenang diumumkan dan pemenang menerima hadiah, peserta yang kalah telah menangis kerana kalah. Hmm…. Akibatnya ummi terpaksa memujuk peserta2 yang kalah kerana hadiah yang diterima sangat menarik iaitu MP3. Insyaallah lain kali ummi buat pertandingan lain dan jika ada rezeki ummi sediakan hadiah yang lebih menarik. Adakalanya ummi dan ayah harus jadi lebih kreatif untuk lebih mengenali anak2. Moga anak2 sentiasa dalam lindungan rahmat Allah dan diberi ketetapan iman. Amin

No comments: