Sunday, 29 June 2008

Mama...doakan kejayaan kami!

Terlalu sekejap masa berlalu. Tak puas rasanya menghabiskan masa bersama mama dan Ani. Baby sempat makan tosei 3 kali dan mesti dia takkan lupa ..... karipap, donat, nasi lemak dik!!!!! Kat pasar Melaka.

Saturday, 28 June 2008

Membeli belah


Tiap-tiap hari mesti pegi shopping. Sedar2 dalam dapur mama dah penuh dengan kotak-kotak barang. Beli kasut jer entah berapa pasang, makanan tak usah ceritalah..., baju lagi, buku lagi dan pokoknya segala-galanyalah yang boleh diborong dan dibawa pulang. Mengenangkan betapa mahalnya harga di New Zealand sedangkan kat Malaysia harganya tak seberapa, itu pun kalau masih tak tahu nak bersyukur tak tahulah. Memang patut pun rakyat Malaysia ni bersyukur, kat NZ tu kerja macam nak mati pas tu bayar cukai tinggi, depa guna untuk Boobs Parade. Ha..ha..rugi betul lelaki yang bakal memiliki, dah ramai yang share. Apa nak buat ....

Packing punya packing, dah masuk 5 kotak berlebih ...jawabnya kena pos lautlah. Luggage untuk bawak dah ada 2 kotak 2 beg besar, semuanya lebih kurang 50 kilo lebih. Harap2 boleh lepas.
Teringat perbualan mama n baby tadi.
"Mama, kita nak pegi mana?"
"Nak pegi Giant."
"Giant tu sape mama?"
"Giant tu kawan Doraemon."
Bila sampai Giant, jomlah baby kita masuk rumah hijau kuning Giant!!!!


Friday, 27 June 2008

Rajinnya


Ikhwan tak sampai hati tengok rumah mama tak berkemas sebab hari2 kami keluar shopping so dia pun menjalankan tugas. Mula2 ambik penyapu, lepas tu sapu ......

Thursday, 26 June 2008

Misi-misi balik Malaysia

Banyak yang nak buat tapi sempat ke??? Hari ni ada temujanji ngan doktor pukul 10.00 kat Hospital Putera. Masa yang sama nak pegi tampal gigi n mama nak bawak Encik pegi klinik. Jadi mula2 pegi temujanji, lebih kurang 45 minit dgn Dr Chua. Buat blood test, result akan dipos. Selesai kat hospital kami pegi Shopping, dah penat shopping, balik ambik Encik untuk pegi klinik. Daftar Encik dan masa yang sama daftar kat klinik gigi dan daftar untuk Ikhwan. Kebetulan Ikhwan demam sikit jadi kelanjur tu ambik ubat sekalilah. 3 perkara serentak dan yang kelakarnya semuanya macam diatur-atur jer, Allah yang memudahkan semuanya. Gigi dah ditampal, Encik dah buat dressing dan Ikhwan pun dah dapat ubat. Balik hantar Encik kat rumah, kalau tak nanti dia penat nak mengikutkan kita orang yang macam tak reti-reti nak berehat.


Malam ni mama ajak kawan2 mengaji baca yasin kat rumah. Mama dah booking awal, mulanya nak masak lamb yang kita orang bawak balik tapi tak sempat. Sudahnya buat menu favorit rumah ni iaitu "mee hoon goreng mama". Kakak2 dan makcik2 yang datang pun bawak potluck jugak. Walaupun penat tapi happy.

Monday, 23 June 2008

Menunaikan Hajat

Sejak turun kapalterbang kami asyik menghitung hari.... masa terlalu singkat. Perlu dimanafaatkan sebaiknya.



Sempat ke Masjid Kg Hulu untuk solat Maghrib dan lepas tu kami ke Jonker Street. Jalan2 cari jewellery kiriman Afiqah


Sunday, 22 June 2008

Hujung minggu

Malam tadi tetiba je air cond terpadam sendiri. Alah…panasnya. Kesian Ikhwan. Pagi ni pulak takde air. Apa lah punya cerita bila orang New Zealand balik macam-macam pulak yang jadi. Abis nak mandi macam mana ni??? Kalau kat NZ masa winter ni bolehlah mandi 2 hari sekali, kat sini, tido pun berpeluh. Jadinya Baby n Ikhwan pun bermandi manda kat luar. Baby siap berkemban lagi dan Ikhwan paling seronok dapat main air. Tak pernah dia org dapat peluang ni.



"Esok baby nak sarapan apa?" tanya mama. Soalan ni macam dah jadi soalan tetap, tak pada hari sebelum, pada hari yang berkenaan. Jadi pagi ni kita ke Mc Donald. Mc Donald mana ya yang selesa. Jom pegi Mahkota Parade, teringin nak tengok perubahan Padang Pahlawan yang dah hilang status padangnya.

Saturday, 21 June 2008

Malaysia oh Malaysia!!!

Pesawat mendarat di KLIA lebih kurang jam 8 malam. Beerti afiqah, luqman n abang dah lena dibuai mimpi. Mama dan Anie dah sedia menunggu. Terus kami bertolak ke Melaka. Dalam perjalanan kami sempat singgah di R & R Seremban. Anie tunaikan hasrat baby nak makan KFC. Ramainya orang.... kalau 2 tahun yang lalu rasanya taklah sesibuk ni R & R ni melainkan cuti sekolah. Tapi sekarang, cuti hujung minggu pun dah ketara sesaknya.

Walaupun dah agak lewat bila sampai kat Alor Gajah tapi kami singgah jugak rumah Mak Lang. Jumpa Encik sekejap. Sampai rumah mama kami terus tidur tapi jet lag
punya pasal, pukul 3 pagi dah terbangun. Nak buat apa ek??? Ikhwan pun tak boleh lelap lagi...

"Pagi ni baby nak sarapan apa?" tanya mama. "Nak makan roti canai dengan teh tarik boleh tak?" Jom siap!!! nak makan kat Kedai Haji Husin dah lewat, biasanya roti dah habis. Jadi kami ke Pringgit. Sedapnya teh tarik tapi urgh manisnya!!! Dah lama tak minum susu pekat, memilih pulak tekak ni.

Lepas makan kami ke Pejabat Pesara, Jalan Hang Tuah. Hish tak sangka jambatan dan sungai dah berubah wajah. Ada bot lagi... utk melayari sungai melaka.

Friday, 20 June 2008

Malaysia.... nantikan kepulangan kami!!

Alhamdulillah...terubat jua rindu. Rindu sangat kat mama, teramat rindu. Selebihnya adalah rindu pada yang lain-lain. Akhirnya dapat jugak balik walaupun sekejap. Yang paling gembira tentulah baby, tapi kesian Afiqah n Luqman. Takpelah ya, insyaallah ada rezeki kita balik sama-sama bila ayah dah selesai.


Baby di Auckland Airport. Setia menanti panggilan masuk pesawat.

Wednesday, 18 June 2008

Ayah

Hari ni 18.06.2008 genap 11 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Kepergian ayah sesungguhnya memang tidak diduga. Tanggal 2 Jun 1997, ayah dan mama mengucapkan Selamat Tinggal pada kami sebelum berangkat ke Bukit Tinggi, Indonesia untuk bercuti selepas beberapa lama ayah terlantar sakit di C.C.U. Mulanya ayah nak ke Thailand tapi ntah kenapa fikiran ayah berubah maka berubahlah destinasi percutian mereka. Beberapa hari di sana ayah jatuh sakit semula dan ditempatkan di Hospital Ahmad Mokhtar, Bukit Tinggi. Waktu tu cuma mama saja yang menemankan ayah jadi aku ambik keputusan suruh Ani dan Achik ke sana menemani mama. Maklumlah hospital di sana tak macam hospital di Malaysia, walaupun berada dalam wad C.C.U pesakit perlu membeli ubat sendiri di farmasi luar. Pernah ubat kehabisan pada waktu malam dan mama terpaksa keluar mencari farmasi untuk membeli ubat. Lantaran itulah aku usahakan agar Ani dan Achik menemani mama di sana. Kenapa bukan aku saja yang ke sana??? Waktu tu aku sedang mengandungkan Afiqah 5 bulan dan Luqman pulak baru berusia 8 bulan. Memikirkan kesukaran pengangkutan di Indonesia menyebabkan abang tak berani melepaskan aku ke sana. Apabila sakit ayah sedikit kambuh, mama cuba usahakan untuk bawa ayah pulang tapi banyak pula halangannnya. Dan akhirnya pada 18 Jun ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kami ambik keputusan menyemadikan jenazah ayah juga di sana bilamana proses membawa pulang jenazah sedikit rumit. Alhamdulillah jenazah ayah selamat di sembahyangkan di Masjid Raya Bukit Tinggi selepas solat Jumaat oleh kebanyakannya pelajar2 yang menjurusi bidang agama di sekitar kawasan itu. Jenazah ayah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan, Gulai Banchah. Sesungguhnya mati itu pasti, bila sampai masa dan ketikanya, tak kira di mana jua kita berada , malaikat taat menjalankan tugasnya. Panggilan tanah di sana begitu kuat sekali hinggakan berbagai-bagai halangan dilalui untuk tidak memungkinkan jenazah ayah kembali ke bumi Malaysia. Bersemadilah ayah di sana ....... Ya Allah, rahmatilah ayah, tempatkanlah dia di kalangan insan beriman dan letaklah dia di kalangan insan pilihanMU. Amin

Friday, 13 June 2008

Happy Birthday Baby

Happy birthday baby! You are still my baby walaupun dah berusia 9 tahun. Moga-moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan inayahNYA untuk baby. Moga jadi anak Solehah dan hafiz serta bijak mensyukuri tiap nikmat Allah.

Saturday, 24 May 2008

sANTAI DI cORNWALL pARK

Sekadar mengisi kekosongan waktu di hujung minggu kami bersama keluarga Anas n Norhafizah dan Azman n Norisham berkelah di Cornwall Park. Seronok sesekali bersama....mencairkan otak yang tepu dan beku ....

Saturday, 10 May 2008

SELAMAT HARI IBU UNTUK MAMA TERCINTA

Mama, di kejauhan ini terasa betapa rindunya pada mama yang tidak terhingga. Bagai terasa-rasa pelukan dan dakapan hangat itu, namun itu cuma dalam khayal yang tak sampai. Bagaimanakah agaknya keadaan mama sekarang? Meski dalam usia menjangkau 64 tahun mama masih gagah berlari ke sana ke mari mengisi ruang-ruang waktu yang masih tersisa. Moga Allah berkati semua usaha mama, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik agar mama dapat terus mengabdikan diri padaNYA dan pada Encik yang pastinya amat memerlukan mama.
Mama, moga kita diberi kesempatan untuk bertemu semula. Rindunya pada saat-saat sentiasa dapat bersama mama seperti dulu, setiap hari bersua wajah. Rindu untuk mengabdikan diri buat mama, moga Allah masih memberikan kesempatan itu buat kami. Tak terbalas budi mama .......
Mama, doakan kami..... doakanlah yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya Doa mama amat berharga untuk kami. Moga Allah lanjutkan usia mama, kurniakan kesihatan terbaik buat mama dan lindungi serta berkati hidup mama. We love you MAMA.

Friday, 18 April 2008

Hari Terakhir di freemans Bay School



Afiqah, Aqmar dan Ikhwan bersama kawan-kawan rapat di hari terakhir.

Tuesday, 15 April 2008

KD INDERAPURA


Sekadar selingan dalam melewati hari-hari yang berlalu di rantauan. Kebetulan kapal singgah di Devonport dan rakyat Malaysia khususnya pelajar dijemput maka kami memenuhi jemputan meski hujan turun membasahi bumi.

Friday, 14 March 2008

Buku utk 6 Bulan

Rezwana datang utk hantar buku Ikhwan. janji dgn dia sepatutnya jumpa di Playgroup tapi sebab Ikhwan tak berapa sihat so tak dapatlah nak tunaikan janji. Maaf ya Rezwana.

Waktu main ngan Ikhwan tiba2 dia ambil botol vicks dan hulurkan ke tangan ..... Seronoknya. Ikhwan dah semakin bijak berkomunikasi. Indahnya kehidupan dengan hadirnya kau dalam hidup kami....

Lepas Isyak kami keluar ke city menikmati keindahan malam. Cantik sungguh pemandangan di Viaduct Harbour namun ia tak mampu mengikis kerinduan akan kampung halaman.

Saturday, 16 February 2008

Sunkists Bay Reserve, Beachland



Menikmati keindahan ciptaan Allah.Subhanallah

Tuesday, 8 January 2008

WAITAKARE RANGES REGIONAL PARK



Piha Beach

Program tak dirancang...alih-alih dah sampai simpang Titirangi..nak ke Huia atau Piha?? Huia dah pegi, jom try ke Piha pulak. Cuma 24 km dari pekan Titirangi. Dalam perjalanan singgah di Ataraki Village....indah sungguh pemandangan di verandah...Hujan rintik2. Sampai di Piha beach kami berjalan ke pantai. Kaki diselaputi pepasir hitam nan halus. Tak ramai yang mandi mungkin sebab cuaca yang tak begitu mengizinkan. Singgah di Piha shop beli sebuku roti dan 2 botol air buat mengalas perut. Terisi sudah sehari kehidupan.

Wednesday, 2 January 2008

Tuesday, 1 January 2008

LAKE OTOA SCENIC RESERVE



Kami sambuat ulangtahun ke 2 sempena menjejaki bumi New Zealand di sini.

Sunday, 30 December 2007

Kutip Buah Warna Merah

Yummy strawberries..!!! Yum..yum..
Strawberry + fresh cream ... Slurppppp
Luqman, Afiqah n Aqmar
Ayah (Mohamad) n Ikhwan (4 mths 24 days)
Nak balik dah. Ummi, Aqmar n Ikhwan dalam Push Chair.



Saturday, 29 December 2007

Monday, 24 December 2007

Berenang


Kami tiba di Pt Chev lebih kurang jam 9 pagi. Air masih pasang tapi di bahagian tepi pantai taklah dalam sangat. Sedang elok macam mandi dalam kolam. Jadi semua tak lepaskan peluang untuk mandi. Lagipun dah lama tak mandi laut. Takde orang pun waktu ni mungkin pagi lagi atau sibuk buat persiapan Krismas.

Sunday, 23 December 2007

Telur Ikan


Kakak Sharifa datang dgn husband. Bawak sekor ikan mullet dan telur ikan yang dah lama diidam-idamkan. Banyak telur ikan tu, lebih kurang dari 10 ekor ikan. Alhamdulillah moga murah rezeki mereka.

Saturday, 22 December 2007

Manghawhai Beach


Ada orang putih yang sukarela nak tolong ambik gambar ni.
Kat pantai yang cantik.

Ini merupakan program "tiba-tiba". Terasa nak berjalan jauh sikit dan terus buat plan. Kebetulan dah siap masak awal jadi terus packing bekalan makanan dan apa-apa yang patut ....jalan. Kami bertolak lebih kurang jam 11.30 pagi dan perjalan sepatutnya mengambil masa lebih kurang 2.30 - 3 jam. Kereta banyak jugak, mungkin ramai dah dalam perjalanan balik kampung untuk Krismas.Sampai di Manghawhai Beach ni lebih kurang jam 1 lebih. Kami terus makan tengahari dengan juadah yang ada. Lepas tu teruskan eksplorasi "Surf Beach" ni. Cantik sungguh! Memang mengkagumkan kejadian Allah yang tiada tolok bandingnya.

Wednesday, 28 November 2007

Mutiara-mutiara


Lepas balik sekolah jam 3.15, kami ada masa lebih kurang sejam setengah utk bermesra. Pukul 5 anak-anak akan ke masjid utk kelas mengaji hingga jam 7. Jadi kami gunakan masa terluang untuk beermain-main di padang "Auckland Domain". Seronok dapat memanafaatkan masa sebaik-baiknya dengan dia org.

Sunday, 18 November 2007

Perjalanan ke Wellington utk Urusan Surat Beranak

Lebih kurang jam 8 pagi kami mulakan perjalanan dari Mt Albert Road. Alhamdulillah cuaca terang dan semua persiapan berjalan lancar.

Jam 9.20 kami tiba di Huntly sebuah pekan kecil. Kami pernah singgah di sini semasa dalam perjalanan ke Hamilton dulu.i-SITEnya terletak di tepi sungai.

Monday, 12 November 2007

3 Bulan


Hari ni Meryl janji nak datang utk timbang Ikhwan. So suruh Aluq, Adik and Baby siap ke sekolah awal hari ni. Tiba rumah jam 9.30 pagi, awal lagi. Sempat kemas rumah mana yang patut sementara Ikhwan tido. Jam 10 lbh krg Ikhwan bangun dan kebetulan Meryl pun sampai. Hari ni Meryl kata "Hhmm young man, your weight grows beautifully ....6.26 kg pada usia 3 bulan 6 hari". Alhamdulillah. Menurut Meryl, skrg tak payah pakaikan sarung tangan lagi sebab Baby akan suka hisap jari menyebabkan sarung tangan basah dan lepas ni baby akan mula pusingkan badan. Terperinci sungguh ...

Tuesday, 16 October 2007

BCG

Ayah Ikhwan masih terlantar sakit kaki. Nak buat macam mana, hanya yang terpilih saja yang merasainya. Bawak Ikhwan ke Plunket di 427 Sandringham jam 2.10 p.m. Oooo...ada ramai lagi yang dah sedia menunggu. Sabar ya Ikhwan..mujur Ikhwan tido. Kena jap Ikhwan nangis sekejap, lepas tu bila disusukan dia pun lena semula. Terus pergi ambik anak2 sekolah dan balik rumah. Alhamdulillah Ikhwan ok jer.

Wednesday, 26 September 2007

Imunisasi

Sampai di klinik Dr Alia lbh kurang jam 11.00 pagi. Aiiikk...lengangnya klinik ni, takde org kecuali receptionist tu. Nurse datang dan bawak kami ke bilik rawatan. Hari ni Ikhwan cuma akan terima 2 suntikan dan suntikan ketiga ditunda ke minggu depan sebab takde stok. Whatever... Bersedia utk disuntik ...oww Ihkwan pooh. Projek besar lagi tapi tak jadi halangan utk disuntik. Lepas siap baru salin nappy dan selesai.

Friday, 14 September 2007

Plunket


Tiba2 terdengar seseorang memberi salam kat luar .... Peliknya.Sapa pulak yang datang waktu weekdays dan jam baru pukul 11.30 pagi. Bila pintu dibuka tercegat seorang pekerja sosial Plunket ...Rezwina. Salam bersambut dan Rezwina dijemput masuk. Tujuan kedatangannya adalah untuk menyampaikan sedikit cenderahati berbentuk buku untuk Ikhwan dan bercakap mengenai keselamatan bayi. Alhamdulillah Rezwina tolong selesaikan masalah dengan Dr Alia berkenaan imunisasi minggu ke 6. So 26 September 2007(Rabu) jam 11 pagi di Klinik Dr. Alia.
Hari ni Ikhwan tak berapa lena tidur. Perut tak selesa agaknya. Abang pulak ke Uni sebab ada presentation.

Saturday, 1 September 2007

25 hari



Dalam kereta .... dlm perjalanan ke Ponsonby utk menyaksikan kakak baby menyanyi choir utk kutipan Daffodil Day.

Sunday, 19 August 2007

Aqiqah Utk Ahmad Ikhwan

Minggu lepas Ayah Ikhwan, Adik, Baby dan Mama ke Hamilton untuk sembelih 2 ekor kambing utk aqiqah Ikhwan. Seekor harganya NZ100 dan 2 ekor NZ 200 la. Oleh kerana Maulana takde maka abang kenalah sembelih kambing tu sendiri. Ngeri juga bila tengok rakaman video tu.
Hari ni kami adakan majlis aqiqah Ikhwan di Ponsonby Mosque. Alhamdulillah Brother Eunos dan Brother Feroz banyak membantu. Semua Postgrad dijemput dan hadir dan kami jemput jugak beberapa orang adik-adik undergrad. Nak jemput semua tak termampu pulak. Terimakasih pada Chef Khairul dan Ijam kerana sudi menghulurkan tenaga membantu kami mengadakan majlis ni.

Sunday, 12 August 2007

Cukur Rambut


Hari ni genap umur Ikhwan 7 hari. Jadi kami cukur rambut Ikhwan. Mula-mula ayah Ikhwan gunting dulu rambut yang panjang lepas tu baru cukur. since kepala Ikhwan masih lembut maka prosees mencukur mengambil masa yang lama jugak. Mama pun tolong sekali bila tengok rambut Ikhwan macam tak luak dicukur. Yang bagusnya, Ikhwan lena dibuai mimpi.

Monday, 6 August 2007

My New Born Hero


Lebih kurang jam 2 pagi rasa sakit tak tertahan-tahan. Kebetulan mama bangun makan sahur dan lepas makan mama tolong urut-urutkan kaki. Dia suruh duduk diam-diam dan baring. Tiba-tiba terasa macam benda pecah, ma...air ketuban dah pecah. Terus telefon Carly dan dia sampai 5 minit kemudian. Masa tu jam lebih kurang pukul 3.12 pagi. Rasanya baby dah nak keluar dan cakap ngan Carly, dia kata kalau rasa nak push teruskan. Alhamdulillah 2 kali push baby keluar. At last baby Ikhwan muncul jugak selepas kami ternanti-nanti sekian lama. Ummi rasa tersangatlah gembira ..... macam dapat anak sulung pulak. Yang pasti kehadiran Ikhwan memang ummi nantikan. Dalam keadaan baby yang masih belum dipotong tali pusatnya, Carly suruh dakap baby. Sentuhan kulit ke kulit agar baby dapat menstabilkan suhu badannya. Seronoknya ...berbeza sungguh dengan 3 pengalaman yang lalu. Lebih kurang 7 minit lepas tu tersa nak push untuk uri maka push untuk kali ketiga. Uri pun keluar tanpa suntikan. Leganya. Carly dan Sally sarankan agar baby disusukan dan dia suruh minum dan makan sikit. Lepas minum milo dan kek sekeping mulalah cuba nak susukan baby, kekoknya. Dah lupa sebab dah lama sangat jaraknya. Carly ambil timbangan berat dan ukuran badan dan kepala baby. Baby ni semangat jugak 3.45 kg lebih berat dari abang dan kakak2 dia. Selesai semua midwife 2 orang tu pun balik.

Sunday, 5 August 2007

Menjelang Kelahiran

Hari ni kami terima tetamu Din, Akma dan Adelia. Alhamdulillah masa tu tak pulak sakit sangat. Mama masak pulut tanak dan air gula durian. Sedapnya. Bila petang ada jugak terasa sakit sekali sekala tapi masih boleh tahan lagi. Lebih kurang jam sembilan malam terasa makin kerap sakitnya. Air Ketuban tak pecah lagi cuma darah jer yang keluar. Jam 1030 rasa sakit tak tertahan. Telefon Carly midwife yang ganti Cherie, dia datang 10 minit kemudian. Dia bawak semua peralatan bersalin termasuklah gunting, alat timbang, tong oksigen dan ntah apa2 lagilah. Suruh dia tengokkan berapa bukaan dan dah boleh bersalin ke belum ...kata dia baru 3 cm mungkin dalam 8 jam lagi. Ya Allah siksanya ... masa nak bersalin anak2 yang lain sakitnya taklah seteruk ni. Dia bagi acupuncture di tangan dan kaki untuk melegakan sikit sakit tu dan dia suruh mandi. Kata dia, kalau rasa nak bersalin call dia semula. Maka bermulalah episod menahan sakit hinggalah tengah malam. Mujurlah kat rumah maka bolehlah keluar masuk bilik dan buat sesuka hati, kalau kat hospital ..... To be continue

Thursday, 2 August 2007

ER



Ari ni bawak mama gi Auckland Hospital sebab tangan dia sakit. Oleh kerana ia dikategorikan sebagai kemalangan maka boleh buat tuntutan insurans. Kerajaan New Zealand yang akan menanggung tuntutan ini. Kami sampai kat hospital lbh kurang jam 10.30 dan terus ke bahagian "out patient" tapi mrk redirect ke ER jika nak jumpa doktor. Tang ni ada beza sikit ngan Malaysia. Terpaksalah menapak turun bukit ke ER ..... macam tak ramai org tapi lepas daftar kena tunggu lebih kurang 2 jam jugak sblm dapat jumpa doktor. Kat sini slps daftar, nurse akan periksa tekanan darah dan buat pemeriksaan awal, lepas tu tunggu utk jumpa doktor. Bila tiba masanya doktor akan datang ke ruang menunggu dan panggil pesakit utk masuk ke bilik rawatan. Menurut doktor, ligamen tangan mama koyak jadi tak boleh buat kerja sangat gunakan tangan tu. Lepas tu doktor suruh tunggu kat luar sementara dia sediakan dokumen. Itu pun ambik masa lbh kurang setengah jam. Lepas dia bagi dokumen dan prescription, selesailah. Hmm..... apa yang dipelajari dari pengalaman hari ini??? Perbezaan cara kerja, persekitaran dan banyak lagi berkenaan hospital. Sesungguhnya doktor di Malaysia beruntung sebab tak perlu buat banyak kerja sebab dibantu oleh jururawat berbanding doktor kat sini. Adakalanya kita rasa kita kekurangan tapi hakikatnya tanpa kita sedari kita sebenarnya mungkin tidak mensyukuri nikmat sedia ada. Alhamdulillah .... semakin banyak muhasabah diri dilakukan semakin banyak kekurangan yang dirasai.

Wednesday, 1 August 2007

Selamat Pulang ....

Meski tiada khabar yang pasti namun jika Allah ingin hambaNya mengetahui maka akan Allah tunjukkan kekuasaanNYA. Pada waktu dan ketikanya mungkin di saat pesawat hampir berangkat baru dapat tahu Syaf akan pulang. Maaf tak dapat hantar Syaf tapi dari kami sekeluarga mengucapkan Selamat Maju Jaya dan moga Allah berkati kehidupan Syaf di masa hadapan. Ramai yang menanti kepulangan Syaf untuk sumbangan bakti yang bakal dicurahkan ......