Monday, 29 November 2010

Assolatu.....


Bab AlIsmail - 10


Sesekali teringat2 solat jenazah yang dilaksanakan setiap kali selesai solat fardhu di Masjidil Haram. Terkadang aku dah mula melangkah untuk ke pintu keluar bilamana seruan Solat Jenazah dilaungkan, terus melangkah ke dalam saf dan mengangkat takbir.

Aku bertekad untuk melihat proses dari awal Solat fardhu hinggalah mayat di bawa keluar ......Aku mencari tempat di belakang imam (bahagian perempuan) betul2 menghadap kaabah. Aku sempat melihat Imam turun mengambil tempatnya hinggalah selesai solat jenazah. Selesai solat, Imam diiringi askar pengiring keluar melalui Bab Al Ismail. Semerbak harum bau Attar saat Imam berlalu pergi. Diikuti pula oleh jenazah2 yang akan dibawa ke kuburan ....alangkah bahagianya kau wahai mayat2, disembahyangkan oleh jemaah haji yang ramai, pasti tempat yang dituju juga indah. Entah bila tiba ajalku pula.. Berebut2 jemaah yang cuba meraih peluang mengusung dan mengiringi jenazah. Dalam pengetahuanku, sesiapa yang melaksanakan Solat Jenazah, pahalanya sebesar Jabal Uhud dan mengusung hingga dimakamkan digandakan pahalanya. Sesungguhnya Allah maha PEMURAH






Thursday, 18 November 2010

Madinah 18/11 - 27/11

MASJID NABAWI - KUBAH HIJAU


MAKAM PARA SYUHADA'

MASJID QUBA


MASJID NABAWI - MALAM


Wednesday, 3 November 2010

Hujan di Mekah

Dataran Masjid

Hujan

Dalam perjalanan ke Masjid untuk solat Asar, awan sudah mula memperlihatkan tanda2 bahawa dia sudah tidak mampu mengandung air yang bila2 masa saja bakal mencurah ke bumi. Dan dalam 10 langkah ke pintu masuk, titisan demi titisan perlahan2 mulai menitis ke bumi..... Oleh kerana aku dalam keadaan uzur maka aku cuma menempatkan diri di laluan Safa dan Marwa. Dari sinilah aku memerhatikan gelagat jemaah yang mengharung hujan semata-mata untuk menghadirkan diri ke rumah Allah. Indah, cukup indah pemandangan ini, hati terasa begitu dekat dengan Pencipta, diri terasa kerdil. Terimakasih Ya Allah kerana mengundang aku sebagai Tetamu MU, undanglah aku lagi sekerap mungkin, sesungguhnya aku benar2 bahagia di sisiMU.