Monday, 27 December 2010

Melepaskan Lelah di PD

Bandwagons


Breakfast




Dara pingitan




Aktiviti 1 - Go kart



1-4-3-2




Aktiviti 2 - Paintball



Aktiviti 3 - swimmimg



Aktiviti 4 - Visit to the small zoo







Aktiviti 5 - Horse Riding

Aktiviti 6 - Memanah (Takde foto sebab jurugambar sakit perut)



Rasanya dah lama kami tak bercuti, otak rasa beku, tubuh tak berdaya ....cuba mencari-cari luang dan ruang untuk melegakan fikiran.

Monday, 29 November 2010

Assolatu.....


Bab AlIsmail - 10


Sesekali teringat2 solat jenazah yang dilaksanakan setiap kali selesai solat fardhu di Masjidil Haram. Terkadang aku dah mula melangkah untuk ke pintu keluar bilamana seruan Solat Jenazah dilaungkan, terus melangkah ke dalam saf dan mengangkat takbir.

Aku bertekad untuk melihat proses dari awal Solat fardhu hinggalah mayat di bawa keluar ......Aku mencari tempat di belakang imam (bahagian perempuan) betul2 menghadap kaabah. Aku sempat melihat Imam turun mengambil tempatnya hinggalah selesai solat jenazah. Selesai solat, Imam diiringi askar pengiring keluar melalui Bab Al Ismail. Semerbak harum bau Attar saat Imam berlalu pergi. Diikuti pula oleh jenazah2 yang akan dibawa ke kuburan ....alangkah bahagianya kau wahai mayat2, disembahyangkan oleh jemaah haji yang ramai, pasti tempat yang dituju juga indah. Entah bila tiba ajalku pula.. Berebut2 jemaah yang cuba meraih peluang mengusung dan mengiringi jenazah. Dalam pengetahuanku, sesiapa yang melaksanakan Solat Jenazah, pahalanya sebesar Jabal Uhud dan mengusung hingga dimakamkan digandakan pahalanya. Sesungguhnya Allah maha PEMURAH






Thursday, 18 November 2010

Madinah 18/11 - 27/11

MASJID NABAWI - KUBAH HIJAU


MAKAM PARA SYUHADA'

MASJID QUBA


MASJID NABAWI - MALAM


Wednesday, 3 November 2010

Hujan di Mekah

Dataran Masjid

Hujan

Dalam perjalanan ke Masjid untuk solat Asar, awan sudah mula memperlihatkan tanda2 bahawa dia sudah tidak mampu mengandung air yang bila2 masa saja bakal mencurah ke bumi. Dan dalam 10 langkah ke pintu masuk, titisan demi titisan perlahan2 mulai menitis ke bumi..... Oleh kerana aku dalam keadaan uzur maka aku cuma menempatkan diri di laluan Safa dan Marwa. Dari sinilah aku memerhatikan gelagat jemaah yang mengharung hujan semata-mata untuk menghadirkan diri ke rumah Allah. Indah, cukup indah pemandangan ini, hati terasa begitu dekat dengan Pencipta, diri terasa kerdil. Terimakasih Ya Allah kerana mengundang aku sebagai Tetamu MU, undanglah aku lagi sekerap mungkin, sesungguhnya aku benar2 bahagia di sisiMU.





Sunday, 17 October 2010

Dan Akhirnya ..........

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Hari ni kami akan berlepas ke Madinah. Selepas makan dan solat Zuhur di rumah, kami pun bergerak ke Kelana Jaya. Tiada yang menghantar atas permintaan kami, cuma Ani dan suami yang akan menghantar kami ke Kelana Jaya. Di Kelana Jaya kami sempat bertemu Hassan Ismaila, Azila dan keluarga. Kami menginap di asrama sementara menantikan saat untuk diterbangkan. Alhamdulillah akhirnya kami selamat berlepas.......................

Tuesday, 5 October 2010

Happy Birthday Luq

Selamat Hari Ulangtahun Luqman. Dah besar anak bujang Ummi. Dah tinggi dan besar dari Ummi dan ayah. Itu menandakan bahawa kami dah tua jugak. pejam celik dah 14 tahun....

Monday, 4 October 2010

Perjalanan ....

Alhamdulillah akhirnya impian bertahun lama terjawab jua. Aku terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini.... Sememangnya ini yang aku impi-impikan, teringat dialog bersama abang, " Bang, balik saja dari NZ, I nak ke Mekah. Itu saja." Allah mendengar dan aku dijemput untuk mengunjungi Baitullah. Kami tak sempat mengikuti Kursus Haji Bersiri tapi sempat mengikuti kursus Intensif dan Perdana. Terasa banyak yang perlu dipelajari dan terlalu singkatnya masa, tapi aku tak peduli. Rindu yang menggamit sekian lama serasa tak tertahan lagi.

Rata2 bila teman2 tahu akan perjalanan ini mereka seakan terkedu...... Mungkin tak menyangka ... apa yang tak disangka aku pun tahu dan aku tak mahu berprasangka. Sesungguhnya rezeki itu dari Allah dan aku bersyukur atas tiap nikmat pemberiannya.

Justeru aku berharap agar aku dapat mengharungi perjalanan ini dengan sesabar, setabah, semampu dan sekuat mungkin..... Selebihnya aku serahkan pada penciptaku Allah yang Maha Esa.

Saturday, 7 August 2010

Santai

Sudah terlalu lama aku tak update blog ni ........... sesungguhnya terasa jam berputar terlalu laju. Hari ni Sabtu tapi kena pi Uni. gak sebab kena ganti kelas untuk persediaan raya. Ishhh malasnya tapi apa nak buat. It's not my decision. Dah lama tak menulis otak jadi beku pulak, dah hari ni cuaca pun redup-redup manja je. Tidak menggalakkan langsung.
Separuh hari dihabiskan di kampus dan separuh hari lagi jawabnya bersilat kat rumah. Baju sekolah anak2 yang belum berbasuh, baju yang dah basuh tapi belum sidai, belum lipat. Rumah yang belum berkemas, tandas yang belum dicuci.....Nak harapkan sapa kalau bukan aku jugak superwoman yang buat sume2 tu. Memang memenatkan buat sume2 sendiri tapi aku rasa aku memang minat buat kerja2 tu, walaupun penat aku gembira. Aku tak suka ada pembantu sebab bagi aku pembantu akan mengganggu kehidupan....tapi kenyataan ni buat masa ni. Esok2 kalau tukar fikiran, tak tahulah pulak.
Bila lah nak pegi beli baju raya untuk anak2, malas pun iya, takde masa pun iya dan berbagai-bagailah lagi alasannya. Apa pun hidup perlu diteruskan dengan senyuman ....

Friday, 6 August 2010

3 Tawunlaaaaaaaaaaaa


Selamat Hari Ulangtahun

Yang ke 3

Ikhwan!!!


WE LOVE YOU SO MUCH


Umi : Ikhwan nak hadiah apa untuk "day to you" (birthday)?

Ikhwan : Nak gigi

Umi : Gigi????????????

(Baru Umi ingat, Umi janji ngan Ikhwan nak beli toothbrush baru, so tu sebab Ikhwan mintak gigi. Hi...hi...hi)

Bila kakak tanya nak hadiah apa, Ikhwan kata nak helikopter atau tembak. Favourite toys dia.



Sunday, 6 June 2010

Sweet 40

HAPPY BIRTHDAY TO ME 3 x
Nyanyi sendiri lah, nak tunggu org nyanyi...hish cam buang tebiat lak. Life begins at 40 .....waaaaaaa. Macam takut je but whatever it is, I know that something good and something bad are waiting for me.
Most memorable moment. Pegi kat airport Melaka sebab ada exhibition dan tak semena-mena abang kata pegilah naik heli tu ngan Ikhwan. Sebabnya Ikhwan nak sangat naik heli.... Fuuuuhhhhhhh...iya ke ni. Bayar RM100 and I'm flying, we're flying...bestnya. Thanks abang!!!

Thursday, 20 May 2010

Kembali Ke Pangkuan PenciptaNYA

"Encik lelaki" telah kembali ke pangkuan penciptanya selepas diberi peluang hampir 99 tahun bernafas di bumi indah ini. AL- FATIHAH.

Aku pulang awal untuk membantu persiapan mengadakan bacaan Yasin untuk Encik selepas Maghrib. Sesampai di rumah mama cuma ada Mak Lang disisi Encik manakala mama di dapur memasak. Aku dan Ikhwan sibuk mengemaskan ruang tamu bilamana Mak Lang menyuruh Ikhwan memanggil mama. Setibanya mama di bilik Encik, Encik telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Innalillahiwainnailaihirajiun.

Friday, 2 April 2010

Kematian

Sedihnya dengar Din Beramboi dah meninggal. Kalau tak silap umur dia dalam 40 an, teringat pemergian arwah Encik Ishak Ismail .... Al Fatihah. Meninggal dalam usia 40 an jugak dan meninggal kerana sakit jantung. Suami Puan Saadiah pun meninggal dalam usia 40 an..... Jika ajal dah sampai, ia tak mengira siapa maupun usia.
Moga kematian ini sentiasa mengingatkan aku bahawa aku harus sentiasa bersedia. Menyiapkan diri untuk menemui Allah pencipta agung.
Bersediakah aku untuk menjawab soalan kubur?
Bersediakah aku dengan amal yang melimpah?
Bersediakah aku menghadapi alam akhirat?
Terbayang anak2 yang bakal ditinggalkan.
Apa akan jadi pada mereka?
Siapakah yang akan mendidik mereka?
Adakah mereka akan disayangi sebagaimana aku menyayangi mereka?
Adakah perlakuan aku di bumi ini bertepatan menurut landasan Islam?
Banyak yang boleh dipersoalkan tapi apakah jawapan untuk semua itu?

Wednesday, 17 March 2010

Perjuangan Terakhir 1.1.2006-17.3.2010


Hari ini merupakan hari terakhir perjuangan abang untuk projek ini. Berjaya atau gagal, semuanya atas kehendak Allah jua.
ALLHAMDULILLAH.
Allah tak akan pernah mensia-siakan hambanya. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak untuk kami lebih menghargai nikmat dan kebesaran Allah.

Wednesday, 20 January 2010

Cuba Teka Siapa Saya??????

"Cantiknya mata tu!!!!!"



Inilah Ikhwan. Kakak2 kalau pasal kecantikan, bagilah kat dia orang. Tudung dia orang pun disarungkan pada Ikhwan, nampak cute jer. Mujur Ikhwan memang Jantan, memula dia happy dan gelak2 lepas tu terus tarik tudung....rimas....