Masuk hari ni, kira dah 3 bulan aku tinggalkan Ikhwan untuk ke pejabat. Tapi sampai hari ni Ikhwan masih menangis setiap kali aku nak tinggalkan dia ...... "Mummy, Wan kut!" (Ikhwan ikut). Terpaksalah mama dukung dan pegang dia kuat2, bila aku dah pergi barulah mama boleh lepaskan Ikhwan. Tak dapat aku bayangkan kalau terpaksa meninggalkan Ikhwan di rumah pengasuh, tentu lebih dahsyat lagi. Apa perasaan aku tatkala menghadapi situasi itu?????? Tak dapat nak aku gambarkan, sesungguhnya ada pelbagai rasa .......sedih, pilu, sayu, gelisah, ....dan yang paling teruk sekali ialah rasa terkilan kerana terpaksa meninggalkan dia. Mendengar jerit tangis dia meruntun hatiku, satu kemujuran dia ditinggalkan bersama orang yang sangat aku sayangi dan percaya. Aku rindukan saat2 manis berdua dengan Ikhwan, hanya kami berdua. Mengulit Ikhwan dari pagi ke petang, hanya bila ayah dan abangnya pulang barulah aku menjarakkan diri seketika. Malamnya pula, Ikhwan masih di sisi ..... dan hingga kini Ikhwan masih tidur di sisiku bagai tak mahu berpisah kerana siangnya aku tiada, pergi tinggalkan dia. Ikhwan masih menyusu badan, tiada masalah bagiku kerana ia tidak sedikit pun memudaratkan kesihatanku atau Ikhwan buat masa ini. Alhamdulillah, semua itu dengan keizinannya jua.
Thursday, 1 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment