Semenjak dua menjak ni ramai teman yang bertanya2 bilakah tarikh kepulangan ke tanahair. Susah nak jawab soalan ni sebab aku sendiri pun tak tahu. Masih mencari2 tarikh yang tepat untuk pulang. Banyak yang perlu difikirkan lebih2 lagi kepulangan yang bersendirian.
1. Tarikh yang dipilih perlu mudah dan sesuai dengan waktu untuk mama atau sesiapa saja yang akan menyambut kami.
2. Perlunya ada sedikit masa untuk menguruskan anak2 sebelum melapur diri untuk bertugas.
3. Perlunya masa untuk menguruskan penempatan. (Nak kemas rumah, beli peralatan dapur seperti peti ais, mesin basuh dan macam2 lagilah)
4. Masa untuk mendaftarkan Luqman ke sekolah yang sesuai
5. Masa untuk memberi ruang pada Ikhwan menyesuaikan diri bila Ummi pegi kerja
6. Masa untuk membantu mama membuat persiapan perkahwinan
7. Tak lupa kekasih yang ditinggalkan haruslah ditinggalkan dalam keadaan yang sangat selesa. Sesungguhnya tempat seorang isteri adalah di sisi suami, malangnya dalam keadaan sebegini pilihan nya adalah sangat terhad. Moga Allah sentiasa mengampunkan kesilapan kita dan memberi petunjuk ke arah kebenaran.
Ada banyak lagi sampai dah malas nak fikir, tapi kena fikir jugak.
Semasa mengemas2 barangan yang nak dibawa pulang, terasa betapa dunia ini sebenarnya amat menyusahkan jika ada banyak harta. Bukan nak kata aku ada harta, tapi barang second hand yang tak de harga ni pun menyusahkan diri. Nak buang susah, nak jual susah, nak tinggal payah..... Mungkin ini salah satu cara Allah nak tunjuk bahawa harta yang ada ni cuma mainan dunia. Mujur mati tidak ada tarikh yang pasti, kalau ada, tak dapat aku bayangkan macam mana sibuknya manusia berfikir bagaimana nak uruskan harta mereka. Cukuplah seadanya bagiku, aku bukan nak menongkat dunia. Asal dapat membesarkan dan mendidik anak2 ke jalan kebenaran, Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah yang mencukupkan tiap sesuatu.
No comments:
Post a Comment