Berdebar2 rasanya. Terasa hari itu semakin hampir. Semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin dekat dan pantas detik berlalu. Apa cerita ni beb? Haha...inilah cerita nak kembali bekerja. Setelah 3 tahun mengabdikan diri untuk keluarga maka tiba masanya untuk memulakan kembali aktiviti lama. Perkara yang paling menyedihkan adalah meninggalkan Ikhwan. Tak kiralah samada meninggalkan Ikhwan di Kindy atau bersama Mama, yang pasti bila pegi kerja, kena tinggalkan dia. Tak tergamak rasanya. The best gift for a child is your(parent) time. Sesaat yang terlepas, tercicir, tertinggal dan berbagai2 ter ...tak mungkin akan berulang. Kalau di sini, setiap saat aku dapat melihat jatuh bangun Ikhwan hatta nak masuk toilet pun Ikhwan masih berada hampir di sisi. Tapi nanti ......... Teringat saat aku merupakan seorang isteri, ibu, anak, pensyarah dan pelajar ........ meski jasad hadir bersama keluarga namun hakikatnya jiwa masih terbelenggu. Sukar nak digambarkan perasaan itu ......... bagaimana hati mampu tenteram bilamana masih ada "tugasan" yang belum selesai dan banyak lagi yang perlu disempurnakan. Bukan oleh orang lain, tapi aku sendiri. Dan sekarang aku akan kembali menghadapi dunia pekerjaan.......
Menyingkap perbualan bersama seorang teman tentang kegusaran hati menghadapi pelbagai tugasan dan masalah bilamana memulakan kerja ....cadangannya adalah mengambil pembantu rumah. Hmmm....... sehingga saat ini aku tak pernah sekalipun menggunakan khidmat pembantu dalam menguruskan rumahtangga. Mungkin aku sedikit konservatif, aku lebih senang menyelesaikan semua tugasan rumah sendiri. Penatnya tak terhingga tapi aku kira berbaloi. Di celahan tugasan2 itulah aku cuba mengutip "pahala" yang Allah janjikan. Memasak, mencuci pakaian, melipat pakaian, menyediakan makanan dan minuman, dan berbagai-bagai lagi tugas yang ada di rumah. Justeru itu, aku tak sempat berjalan sebaliknya sentiasa dalam pergerakan berlari ke sana sini demi memastikan semuanya selesai. Dan sekarang, aku akan kembali menempati dunia itu semula.