Monday, 27 May 2013

5D4N in Bandung, Indonesia

27 /5/2013

Kami bertolak dari Melaka seawal jam 4 pagi kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Sebaik tiba di LCCT,  kami terus menunaikan solat Subuh. Selesai Subuh kami bersarapan dan kembali ke surau menantikan waktu untuk berlepas.

Lebih kurang jam 9.55, kami diterbangkan ke Jakarta. Perjalanan mengambil masa 2 jam dan kami perlu mengisi boarding pass sebelum pesawat mendarat. Kami tiba di Jakarta lebih kurang jam 11.05 pagi waktu tempatan...agak lewat kerana cuaca kurang elok.



Pemandu yang ditempah telah sedia menunggu dan kami terus bertolak ke Bandung. Perjalanan agak perlahan disebabkan oleh kesesakan lalulintas dan  hujan yang agak  lebat di highway. Kami berhenti makan di "Rest Area" yang menawarkan sajian Padang. Makanannya tidak seenak sajian Padang di Bukit Tinggi tetapi alhamdulillah seadanya buat mengalas perut.




Kami tiba di Patradissa Hotel, Bandung lebih kurang jam 4 petang. Kami terus ke hotel untuk check in dan solat jamak Zuhur dan Asar. Usai solat, kami keluar semula untuk menempah seluar di Aria Jeans, Jalan Merdeka. 

Selesai urusan menempah seluar, kami ke Toko Tiga. Ia terkenal sebagai tumpuan bagi pembeli jeans. Kami agak kaget sewaktu mula2 memasuki ruang kedai tersebut, masing2 seperti terperanjat dan tidak tahu apa yang perlu atau ingin dilakukan. Setelah bertenang buat seketika, kami mulai mencari keperluan masing2.




Penat membeli, perut kembali lapar minta diisi. Atas permintaan kami untuk tidak ke restoran masakan Padang, Pak Rahmat membawa kami ke Restoran Ampera (Amanat Penderitaan Rakyat). Menurut Pak Rahmat ia pada awalnya adalah tempat makan untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Jika dilihat pada menunya, memang ada kebenaran pada cerita tersebut. Menunya agak kering dan tidak sesuai untuk mereka yang sukakan nasinya dibanjiri kuah/gulai.








Hidangan malam ini antara yang termahal sepanjang kami di Bandung tetapi paru yang dihidangkan menjadi sebutan di bibir Ikhwan.

Perut dah diisi dan kami pun minta dihantar pulang ke hotel. Masa untuk meluruskan kaki. 


28/5/2013

Program hari ini adalah ke Tangkuban Parahu. Sebelum bertolak, kami bersarapan nasi goreng di hotel. Pak Rahmat tiba lebih kurang jam 7 untuk menjemput kami.








Sewaktu kami tiba di Tangkuban Parahu, suasana agak lengang. Mungkin kerana masih awal maka hanya ada beberapa buah kenderaan sahaja.

Tangkuban Parahu punyai keindahannya sendiri, bukan sesuatu yang baru buat kami kerana pernah menyaksikan pemandangan yang hampir serupa di Rotorua, NZ. Walaubagaimanapun kesempatan menjejak kaki ke sini tetap dipenuhi dengan lawatan ke sekitar kawasan ini. Terdapat banyak jualan yang menarik tetapi pembeli harus bijak menawar harganya.

Berakhir lawatan di sini, kami terus kembali ke Kota Bandung untuk urusan membeli belah. Dalam perjalanan turun kami sempat singgah di gerai menjual nenas, labu dan avocado serta  chilembu (keledek).


Keledek bakar ....murah jer jika dibandingkan dengan yang dijual di pasaraya. Rasanya sama saja.

Labu dan avocado. 3 kilo avocado untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Berenti lagi beli nenas tapi sebijik jer.

Ayam penyet di Foodcourt Pasar Baru. Isi perut sebelum shopping.

Ikan gurame goreng ...sedap jugak.

Kedai kain...kami dibawa ke kedai kain yang lebih eksklusif sebelum ke sini. Kedai kain eksklusif tersebut tidak menepati citarasa kami jadi kami yang membawa Guide Boy kami ke sini.


Bandung dari Tingkat atas Pasar Baru.

Sementara menanti Pak Rahmat menjemput kami...mari rasa pisang keju yang famous tu. Mahu 3 ya pak, satu cuma keju, dua, coklat aja dan tiga coklat sama keju. Yum2222. Memang sedaplah...kejunya lemak sangat...berebut2 kami kat dalam kereta.



Sedapnya.....


Ok...malam ni kita mendaki gunung untuk makan malam. Di Punclut inilah kami menikmati hidangan nasi beras merah. Satu jer yang tak best.... semuanya kering...Takde kuah.

Beras merah yang menurut cerita adalah santapan untuk raja2 dan kenamaan. Tapi hari ni siapa pun boleh makan cuma restoran ni terletak tinggi di atas bukit....harus berusaha untuk mendapatkannya. Restorannya cantik...memang sesuai dan nyaman. Sambil makan kami di hidangkan juga dengan halwa telinga...muzik tradisional.

Lauknya pilih sendiri...ada tahu, tempe, ikan, udang. Cuma ini untuk kami berenam....Diet ke. Tak...yang ni pun tak habis.

29/5/2013

Hari ni misi kami adalah shopping. Kami dibawa oleh Pak Supir ke kedai kasut dan tas tangan. Tak banyak pun yang dibeli tapi letihnya ....Makan time....where to..kami dibawa ke Jln Banteng untuk makan Mih Kocok. Ni special request dari kami pada Pak Supir sebab dah tak lalu nak makan makanan yang kering2. Kami perlukan sesuatu yang boleh membanjiri tekak. Selesai makan kami terlihat kedai di seberang jalan yang sangat menarik perhatian. Kedai apa ya...ooohh kedai minyak wangi. Agenda yang tidak termasuk dalam senarai. Jom borong minyak wangi...




 Keluar restoran ni...mulut dah berbau sapi.

 Berbotol-botol minyak wangi yang menyerupai jenama asli. 

30/5/2013
Perjalanan dari Bandung ke Bogor. Untuk perjalanan ini Pak Rahmat supir kami rasanya kelelahan menuruti kehendak customer. Banyak pit stop yang tidak mengizinkan Pak Rahmat untuk merasa mengantuk. Maaf ya Pak Rahmat, kami mahu pastikan perjalanan ini benar2 bermanafaat terutama dalam mempelajari segala sesuatu yang diciptakan Allah untuk disyukuri dan dihargai.  

 Banyaknya ubi matang (tapai ubi) di gerai-gerai tu. 

 Breakfast bubur ayam di CIANJUR

 Bubur ayam yang enak

Jambu Bol di tepi jalan.
Ikhwan di Lookout menghampiri Puncak

 Pemandangan yang bagai terasa kenyamanan udaranya. 

 Singgah solat sunat di Masjid At Ta'awun, Puncak, Bogor, Jawa Barat

 Tempat cuci kaki sebelum naik ke Masjid. 

 Pemandangan latarbelakang Masjid

 Dah pun sampai ke destinasi utama hari ini iaitu Taman Safari Indonesia. 

 Cantikkan lobak2 merah yang disusun rapi...untuk makanan haiwan2 yang menanti di dalam sana.

 Antara yang ditemui. Ada banyak lagi tapi cukuplah ini antara yang jarang ditemui.

 Di meja makan rumah Pak Andi, Ibu Tuty dan si kacak Reyvas.

 31/5/2013

Jakarta International Airport (Soekarno-Hatta)

Tuty turut ke airport menghantar kami pulang. Terimakasih Tuty...moga persahabatan ini kekal hingga ke ....

Saturday, 4 May 2013

3D2N di Pulau Tioman

Lamanya tak bercuti, tak sabar rasanya nak ke Tioman. Percutian yang tak diduga, kebetulan Fiona datang dari Canada dan teringin nak Scuba so kami bawak lah dia ke Tioman.

22/4 Selasa
Kami bertolak dari Melaka seawal jam 5 pagi dan tiba di jeti Mersing lebih kurang jam 9. Aku terus booking hotel di kedai yang ada di jeti Mersing, Puteri Salang Inn. Penginapan dgn air cond RM100 satu malam. Feri bertolak jam 10 dan oleh kerana kami belum breakfast maka terkejar2lah aku membeli bekalan 4 bungkus nasi goreng untuk dimakan di dalam feri nanti. Sebaliknya di dalam feri, kami cuma tidur sebab mengantuk kerana memulakan perjalanan di awal pagi. Perjalanan lbh kurang sejam setengah sebelum tiba ke destinasi terakhir iaitu destinasi kami di Salang. Tiba di jeti, Encik Eddy telah sedia menanti dan membawa kami ke tempat penginapan.





23/4 Rabu
Coral Island Tour
Hari ni akan kami isikan dengan akitiviti snorkeling. Harganya RM70 seorang dan snorkeling ke 4 tempat berbeza. Kelengkapan snorkeling disediakan. 


 Coral Island Tour for 2

Marine Park


 Iwan dalam bot laju...best.

 Ikan2 yang jinak

Ikhwan dan ayah

24/4 Perjalanan ke UTM Skudai
Fiona ada talk di UTM jadi jam 7 kami dah pun menaiki feri pulang. Di Mersing, sempat lagi memborong keropok2. Selesai program Fiona kami ke hotel dan malamnya kami dinner bersama Aini dan keluarga. Thank you for having us Aini.

 Hotel penginapan di JB....




25/4 Perjalanan pulang ke Melaka
Selepas sarapan kami terus check out dan bertolak balik ke Melaka.

Alhamdulillah, berakhirnya sebuah percutian.