Sunday, 13 February 2011

Keindahan Ciptaan ALLAH





















Aku bukan pelukis, bukan juga seorang penulis, cuma termampu merakam ciptaan Allah dalam bentuk foto yang tidak kekal. Indahnya ciptaan Allah, pelbagai warna, pelbagai rupa, pelbagai bau semerbak mewangi, tiap satu punya keistimewaan yang tersendiri.
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR

Sunday, 6 February 2011

Nasi Goreng

Bangun pagi masak nasi goreng.......Ha! Hari ni diadakan pertandingan memasak nasi goreng untuk Luqman, Afiqah n Aqmar. Bawang merah, bawang putih, sedikit ayam dan telur serta semangkuk nasi disediakan untuk setiap peserta. Afiqah memulakan aktiviti memasak sebab dia yang paling awal bangun, masa yang diberi lebih kurang 45 minit. Siap jer masak dan hidang, Luqman pulak ambik tempat, sambil tu 2 org juri ni dah pun merasa nasi goreng Afiqah....emmmm boleh tahan cuma sedikit berminyak sebab dia tambah mentega, Luqman pun dah selesai masak. Gelap skit warna nasi goreng dia tapi lum rasa lagi. Fuih siap taruk black pepper .....Sekarang giliran Aqmar, steady Aqmar. Nasi goreng Aqmar dah siap. Juri pun merasa ketiga2 nasi goreng dan keputusannya telah pun berada di tangan kami....jeng jeng jeng...............
" Pertandingan nasi goreng hari ini, tempat ke 3 dimenangi oleh Luqman, ke 2 dimenangi oleh Afiqah dan juara memasak pastinya Aqmar. " Hadiah cuma RM 10 untuk ketiga, RM 15 untuk tempat kedua dan juara dapat RM20. Jadilah ...... Oh ya si kecik pun nak hadiah jugak so bagilah RM1 untuk Ahmad Ikhwan sebagai penyokong setia abang dan kakak2. Yea.......

Saturday, 5 February 2011

Bosan + Boring

Hishhhhhhhhh teramatlah bosannya hari ni. Nak kata tak de keje, memang banyak keje, tapi bila nak buat keje, mood pulak tak dak. Kenapa? Mengapa? Di mana silapnya? Siapa yang bersalah? Argh pening2.

Thursday, 3 February 2011

Terkenang semasa dulu

Skrip yang sering kedengaran dari mulut Ikhwan hari ini adalah, masa ikhwan kecik2 besar dulu....... Nak cakap masa ikhwan kecik2 tak reti, so tambahlah kecik2 besar. Sebahagian kenangan ikhwan waktu kecil di saat ummi tak mampu nak belikan toy ......