"Encik lelaki" telah kembali ke pangkuan penciptanya selepas diberi peluang hampir 99 tahun bernafas di bumi indah ini. AL- FATIHAH.
Aku pulang awal untuk membantu persiapan mengadakan bacaan Yasin untuk Encik selepas Maghrib. Sesampai di rumah mama cuma ada Mak Lang disisi Encik manakala mama di dapur memasak. Aku dan Ikhwan sibuk mengemaskan ruang tamu bilamana Mak Lang menyuruh Ikhwan memanggil mama. Setibanya mama di bilik Encik, Encik telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Innalillahiwainnailaihirajiun.
Thursday, 20 May 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)