Sedihnya dengar Din Beramboi dah meninggal. Kalau tak silap umur dia dalam 40 an, teringat pemergian arwah Encik Ishak Ismail .... Al Fatihah. Meninggal dalam usia 40 an jugak dan meninggal kerana sakit jantung. Suami Puan Saadiah pun meninggal dalam usia 40 an..... Jika ajal dah sampai, ia tak mengira siapa maupun usia.
Moga kematian ini sentiasa mengingatkan aku bahawa aku harus sentiasa bersedia. Menyiapkan diri untuk menemui Allah pencipta agung.
Bersediakah aku untuk menjawab soalan kubur?
Bersediakah aku dengan amal yang melimpah?
Bersediakah aku menghadapi alam akhirat?
Terbayang anak2 yang bakal ditinggalkan.
Apa akan jadi pada mereka?
Siapakah yang akan mendidik mereka?
Adakah mereka akan disayangi sebagaimana aku menyayangi mereka?
Adakah perlakuan aku di bumi ini bertepatan menurut landasan Islam?
Banyak yang boleh dipersoalkan tapi apakah jawapan untuk semua itu?