Sunday, 29 October 2006

Bleinham

Jam 155 pagi kami mulai bergerak masuk ke dalam Feri untuk menyeberang Selat Cook menuju ke South Island.

Sebaik sahaja keadaan telah tenang maka kami mula mengambil tempat untuk merehatkan badan dan melelapkan mata. Oleh kerana feri agak lengang maka kami bebas memilih tempat yang selesa untuk membaringkan tubuh.
Afiqah dan Aqmar mengambil ruang di sisi ayah untuk merebahkan badan.
Manakala mama lebih selesa tidur dalam keadaan duduk.

Sebaik sampai di Picton kami meneruskan perjalanan ke Selatan. Bleinham merupakan tempat persinggahan pertama untuk berehat seketika. Kami tiba di sini lebih kurang jam 6.15 pagi dan cuaca masih sejuk.
Aku bergambar di sebelah ladang anggur dan juga kilang arak.
Mama sempat mengutip herba dhill yang bersepah di tepi jalan sewaktu kami berhenti rehat.
Pemandu sempat mengambil peluang berfoto berlatarbelakangkan gunung ganang indah ciptaan Allah.

Saturday, 28 October 2006

Perjalanan ke South Island






Hari ni kami akan memulakan perjalanan ke South Island. Setelah bersedia memuatkan semua peralatan dan kelengkapan ke dalam van yang disewa, maka kami pun memulakan perjalanan. Kami bergerak lebih kurang jam 9.00 pagi kerana perjalanan ke Wellington mengambil masa lebih kurang 10 jam dari Auckland. Kami perlu tiba di Wellington selewat-lewatnya sebelum tengahmalam kerana tiket feri telah ditempah untuk perjalanan jam 1.55 pagi. Bila penat, kami singgah di mana-mana untuk meneguk sekurang-kurangnya secawan kopi. Selepas berehat sebentar, perjalanan diteruskan. Lebih kurang jam 6.25 petang kami singgah di Waiouru untuk mengisi petrol. Badan rasa kebas dan sakit akibat duduk lama di dalam van. Bila sesekali berhenti rehat barulah kami dapat meluruskan pinggang sebelum meneruskan lagi perjalanan.

Terima kasih pada pemandu merangkap kekasih hatiku yang setia memandu walau dalam keletihan. Bila ditawarkan khidmat untuk menggantikan dia, tak sudi pulak. Sayang ke, kesian ke ................ wallahua'lam. Alhamdulillah lebih kurang jam 10 malam kami sampai di Wellington. Oleh kerana hari dah malam maka ini menyukarkan sedikit untuk urusan membaca peta dan mencari destinasi tujuan. Walaubagaimana pun setelah berpusing-pusing mengambil angin di Wellington town centre maka kami pun bergerak menuju ke Port untuk menunggu feri. Sementara menunggu kami membuka bekalan dan menikmati hidangan makan larut malam.

Friday, 27 October 2006

Huia

Hari ni di samping bersiap untuk ke South Island kami ke Huia untuk jemput Afiqah yang pegi berkhemah. Sempat jugak melihat-lihat sekitar Huia. Cantik tempatnya.




Ni di sekitar kawasan perkhemahan tempat Afiqah menginap.





Thursday, 26 October 2006

First Visit


Hari ni mama sampai di Airport ngan Ani. Happynya dapat jumpa mama n sekaligus dapat beraya ngan mama n Ani. Kami akan berkampung dalam apartment cenonit kat 3D Hobson Street.