Sunday, 29 October 2006
Bleinham
Saturday, 28 October 2006
Perjalanan ke South Island
Hari ni kami akan memulakan perjalanan ke South Island. Setelah bersedia memuatkan semua peralatan dan kelengkapan ke dalam van yang disewa, maka kami pun memulakan perjalanan. Kami bergerak lebih kurang jam 9.00 pagi kerana perjalanan ke Wellington mengambil masa lebih kurang 10 jam dari Auckland. Kami perlu tiba di Wellington selewat-lewatnya sebelum tengahmalam kerana tiket feri telah ditempah untuk perjalanan jam 1.55 pagi. Bila penat, kami singgah di mana-mana untuk meneguk sekurang-kurangnya secawan kopi. Selepas berehat sebentar, perjalanan diteruskan. Lebih kurang jam 6.25 petang kami singgah di Waiouru untuk mengisi petrol. Badan rasa kebas dan sakit akibat duduk lama di dalam van. Bila sesekali berhenti rehat barulah kami dapat meluruskan pinggang sebelum meneruskan lagi perjalanan.
Friday, 27 October 2006
Huia
Thursday, 26 October 2006
First Visit
Sunday, 1 January 2006
Kembara Bermula
Pesawat kami berlepas kira-kira jam 11.50 malam 31 Disember 2005. Tatkala pesawat berada pada aras ketinggian 2006 kaki di udara, pilot pesawat kalau tak silap Datuk Johan namanya mengumumkan kedudukan tersebut sambil melaungkan Selamat Tahun Baru pada penumpang pesawat. Berbagai-bagai rasa yang wujud dalam hati ...... apakah yang menanti di depan sana??? Alhamdulillah lebih kurang jam 12 tengahari pesawat mendarat di Lapangan Terbang Auckland. urusan Imigresen mengambil masa yang agak lama dan lebih kurang jam 2 baru semuanya selesai. Bila dah keluar dari imigresen kami menggelabah, nak ke mana ya??? Memang kami tak ada hubungi sesiapa di sini sebab tiada sesiapa yang boleh dihubungi. Cuba-cuba kami tanyakan harga untuk menyewa caravan, fuihh ...deposit jer NZ 5000 lum lagi sewa harian. Sebagai langkah terakhir, abang cuba hubungi nombor homestay yang kami perolehi dari seorang adik waktu Expo NZ di Malaysia. Mungkin dah rezeki anak-anak kerana homestay tersebut kosong maka kami pun naik shuttle untuk ke tempat tersebut. Bayaran shuttle adalah NZ80 kerana kami tak berkongsi dengan orang lain. Dah penat sangat rasanya. Sampai saja di homestay, selesai makan kami terus rebah dan lena.
Subscribe to:
Posts (Atom)