22/4 Selasa
Kami bertolak dari Melaka seawal jam 5 pagi dan tiba di jeti Mersing lebih kurang jam 9. Aku terus booking hotel di kedai yang ada di jeti Mersing, Puteri Salang Inn. Penginapan dgn air cond RM100 satu malam. Feri bertolak jam 10 dan oleh kerana kami belum breakfast maka terkejar2lah aku membeli bekalan 4 bungkus nasi goreng untuk dimakan di dalam feri nanti. Sebaliknya di dalam feri, kami cuma tidur sebab mengantuk kerana memulakan perjalanan di awal pagi. Perjalanan lbh kurang sejam setengah sebelum tiba ke destinasi terakhir iaitu destinasi kami di Salang. Tiba di jeti, Encik Eddy telah sedia menanti dan membawa kami ke tempat penginapan.
23/4 Rabu
Coral Island Tour
Hari ni akan kami isikan dengan akitiviti snorkeling. Harganya RM70 seorang dan snorkeling ke 4 tempat berbeza. Kelengkapan snorkeling disediakan.
Coral Island Tour for 2
Marine Park
Iwan dalam bot laju...best.
Ikan2 yang jinak
Ikhwan dan ayah
24/4 Perjalanan ke UTM Skudai
Fiona ada talk di UTM jadi jam 7 kami dah pun menaiki feri pulang. Di Mersing, sempat lagi memborong keropok2. Selesai program Fiona kami ke hotel dan malamnya kami dinner bersama Aini dan keluarga. Thank you for having us Aini.
Hotel penginapan di JB....
25/4 Perjalanan pulang ke Melaka
Selepas sarapan kami terus check out dan bertolak balik ke Melaka.
Alhamdulillah, berakhirnya sebuah percutian.

