Tuesday, 13 November 2012
Pengkalan Balak, Melaka
Sekadar merehatkan fikiran di hujung minggu, memandang laut lepas. Terasa aman dan tenang meski cuaca terik sekali. Yang pasti...Ikhwan paling gembira.
Saturday, 14 May 2011
Ziarah ke Bukit Tinggi
Ikhwan mintak didukung sepanjang mendaki tangga yang berjumlah lebih dari 40 ni.
Pasar atas
Danau Maninjau
Masih dalam proses pembinaan semula setelah terbakar pada tahun 2007
Akhirnya .... dapat jugak pegi jenjalan setelah penat bekerja. Tujuan asal adalah untuk memperkenalkan pusara ayah pada cucu2 walaupun ada di antara mereka sudahpun menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi. Aku sendiri dah lupa bilakah kali terakhir kami ke Bukit Tinggi, yang pasti sudah terlalu lama sebab aku pun sampai dah tak ingat bila. Usahkan aku, mama dan Ani pun tak ingat.
Hari Pertama
Kami bertujuh bertolak dari LCCT lebih kurang jam 10.30 pagi. Urusan di airport berjalan lancar dan kami tiba di lapangan terbang Sultan Syariff Kassim, Pekan Baru lbh kurang jam 1030 pagi waktu tempatan. Pemandu yang telah ditempah telah menanti kami dgn Innova Kijang. Kami ke Mall di Pekan Baru tapi tak ada barang yang dibeli dan selesai window shopping kami singgah makan di Lumbung Mas, Pekan Baru. Untuk makan tengahari bagi kami berlapan termasuk pemandu berjumlah Rupiah 187, 000........fuiiihhh mahalnya. Kalau duit Malaysia lebih kurang RM60 ...sepadan dengan nama restorannya. Selesai makan kami terus ke Masjid Darussalam, Pekan Baru untuk solat Zuhur dan Asar.
Sunday, 8 May 2011
HAPPY MOTHER'S DAY

MAMA AISHAH...........
THE MOST CHARMING AND THE MOST BEAUTIFUL MOTHER OF OURS,
WE CAN'T GIVE YOU THE WORLD
BUT
WE GIVE YOU ALL OUR LOVE AND APPRECIATION.
Friday, 15 April 2011
Sempena Melaka Bandaraya Bersejarah
Saturday, 26 March 2011
Sunday, 13 February 2011
Sunday, 6 February 2011
Nasi Goreng
Bangun pagi masak nasi goreng.......Ha! Hari ni diadakan pertandingan memasak nasi goreng untuk Luqman, Afiqah n Aqmar. Bawang merah, bawang putih, sedikit ayam dan telur serta semangkuk nasi disediakan untuk setiap peserta. Afiqah memulakan aktiviti memasak sebab dia yang paling awal bangun, masa yang diberi lebih kurang 45 minit. Siap jer masak dan hidang, Luqman pulak ambik tempat, sambil tu 2 org juri ni dah pun merasa nasi goreng Afiqah....emmmm boleh tahan cuma sedikit berminyak sebab dia tambah mentega, Luqman pun dah selesai masak. Gelap skit warna nasi goreng dia tapi lum rasa lagi. Fuih siap taruk black pepper .....Sekarang giliran Aqmar, steady Aqmar. Nasi goreng Aqmar dah siap. Juri pun merasa ketiga2 nasi goreng dan keputusannya telah pun berada di tangan kami....jeng jeng jeng...............
" Pertandingan nasi goreng hari ini, tempat ke 3 dimenangi oleh Luqman, ke 2 dimenangi oleh Afiqah dan juara memasak pastinya Aqmar. " Hadiah cuma RM 10 untuk ketiga, RM 15 untuk tempat kedua dan juara dapat RM20. Jadilah ...... Oh ya si kecik pun nak hadiah jugak so bagilah RM1 untuk Ahmad Ikhwan sebagai penyokong setia abang dan kakak2. Yea.......
Saturday, 5 February 2011
Bosan + Boring
Hishhhhhhhhh teramatlah bosannya hari ni. Nak kata tak de keje, memang banyak keje, tapi bila nak buat keje, mood pulak tak dak. Kenapa? Mengapa? Di mana silapnya? Siapa yang bersalah? Argh pening2.
Thursday, 3 February 2011
Terkenang semasa dulu
Skrip yang sering kedengaran dari mulut Ikhwan hari ini adalah, masa ikhwan kecik2 besar dulu....... Nak cakap masa ikhwan kecik2 tak reti, so tambahlah kecik2 besar. Sebahagian kenangan ikhwan waktu kecil di saat ummi tak mampu nak belikan toy ......
Saturday, 1 January 2011
KENTUT
UMMI : Ikhwan buat apa tu?
IKHWAN : Iwan tak buat apa2. Iwan main2 je ngan toy ni.
(erkkkkkkkkkkk ............. sendawa)
UMMI : Aik bunyi apa tu Wan?
IKHWAN : Takde ...MULUT Iwan kentut.
* Ada tokoh Clone MMinhat.
IKHWAN : Iwan tak buat apa2. Iwan main2 je ngan toy ni.
(erkkkkkkkkkkk ............. sendawa)
UMMI : Aik bunyi apa tu Wan?
IKHWAN : Takde ...MULUT Iwan kentut.
* Ada tokoh Clone MMinhat.
Monday, 27 December 2010
Monday, 29 November 2010
Assolatu.....
Bab AlIsmail - 10
Sesekali teringat2 solat jenazah yang dilaksanakan setiap kali selesai solat fardhu di Masjidil Haram. Terkadang aku dah mula melangkah untuk ke pintu keluar bilamana seruan Solat Jenazah dilaungkan, terus melangkah ke dalam saf dan mengangkat takbir.
Aku bertekad untuk melihat proses dari awal Solat fardhu hinggalah mayat di bawa keluar ......Aku mencari tempat di belakang imam (bahagian perempuan) betul2 menghadap kaabah. Aku sempat melihat Imam turun mengambil tempatnya hinggalah selesai solat jenazah. Selesai solat, Imam diiringi askar pengiring keluar melalui Bab Al Ismail. Semerbak harum bau Attar saat Imam berlalu pergi. Diikuti pula oleh jenazah2 yang akan dibawa ke kuburan ....alangkah bahagianya kau wahai mayat2, disembahyangkan oleh jemaah haji yang ramai, pasti tempat yang dituju juga indah. Entah bila tiba ajalku pula.. Berebut2 jemaah yang cuba meraih peluang mengusung dan mengiringi jenazah. Dalam pengetahuanku, sesiapa yang melaksanakan Solat Jenazah, pahalanya sebesar Jabal Uhud dan mengusung hingga dimakamkan digandakan pahalanya. Sesungguhnya Allah maha PEMURAH
Thursday, 18 November 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
