Sunday, 2 November 2008

Jalan-jalan

Dah lama tak makan angin ...apakata hari ni kita pegi Point Chev? Boringlah....jom explore tempat lain. Jom apa tunggu lagi ... bukak almari ambik crisp 2 paket, biskut 2 bungkus, air kosong sebotol dan kita pegi. Perjalanan ke Waiuku ni cuma mengambil masa lebih kurang 30-40 minit tapi sebab ada construction, delaylah sikit. Kami lalu SH1 dan bila sampai di Drury terus masuk SH22. Seperti biasa Waiuku cuma pekan kecil dan disebabkan hari Ahad jadi takde apa2 aktiviti yang boleh dibuat di City maka kami teruskan perjalanan.

Kami teruskan perjalanan ke Manukau Head dengan harapan dapat tengok Light House yang ada kat situ tapi anak2 sibuk nak mandi laut. Dalam perjalanan kami lalu Waipipi, Te Toro, Pollok, Matakawau, Awhitu Central dan terus ke Grahams Beach.

Hasrat nak ke Light House di Wattle Bay ditangguhkan sebab nak ke sana kena ikut jalan yang berbeza. Masa pun suntuk, dah hampir pukul 4 petang jadi kami ke Grahams Beach dan piknik di situ. Tak ramai orang pun cuma 2 @ 3 kereta jer. Pantai ni mengadap Auckland Airport jadi seronok Ikhwan dapat tengok kapalterbang berlepas di udara. Pasir kat pantai ni cantik dan bersih, rasa nak bawak balik Malaysia jer...Bila anak2 dah puas mandi dan bermain, kami pun baliklah...


Friday, 31 October 2008

Halloween

Halloween Day?? Apa tu...oohhh yang ada pumpkin tu??? Yang dia orang dress up pelik2 tu?? Yang dia orang ketuk rumah kita saying "Trick or Treat". Ooooo... dan hari ni anak2 sibuk pujuk ummi supaya bagi dia orang peluang pegi kutip sweets kat rumah sekitar. U all tau tak itu bukan budaya kita, lagipun Allah tak suka kita meminta2. Tangan yang memberi tu lebih mulia dari yang menerima and yet nak ikut budaya orang putih tu. Tapi macam nilah, oleh kerana ini mungkin tahun terakhir kita kat sini maka ummi bagi peluang anak2 pegi "Trick or treat" tapi cuma untuk sekali saja. Ummi nak u all tahu dan faham serta dapat memanafaatkan pengalaman ini sebaiknya. Lagi satu bukan semua sweets yang dia orang bagi kita boleh makan, ada yang tak boleh. So yang tak boleh tu kena bagi kat kawan sekolah. Ok!!

Wednesday, 29 October 2008

CHANGE


Kekasih hatiku telah berubah semenjak pulang dari jauh ............ Tak tau lah apa org kat France dah buat kat dia .... Dgn tongkat peneman kaki gout dan serban selimut Lufthansa ..... berzikir mengingati dosa... hi..hi..hi. Lolap yo Jang! Tu jor lah kojo kau!

Tuesday, 28 October 2008

Selamat Kembali

Alhamdulillah sebaik jer kami masuk airport, abang pun text. So tak payah tunggu lama. Afiqah n Aqmar dah tak sabar nak tunggu buah tangan yang ayah beli, ummi ....tak sabar jugak. Yang pasti terubatlah sudah rindu kami pada yang tercinta.

Thursday, 23 October 2008

Khabar Dari Jauh

Malam tadi baby mintak ummi tolong bukakkan
akaun e mail untuk dia. Bila tanya nak buat apa, dia kata "I want to e mail someone!" Hasilnya, awal2 pagi ayah dah text beritahu dia nak e mail foto. Ni lah e mail baby untuk ayah.
From: Aqmar Mohamad aqmar99@ymail.com
Subject: i miss u
To: "Mohamad" Cc: "aqmar mohamad" aqmar99@ymail.com
Date: Wednesday, October 22, 2008, 8:36 PM

Dear dad I miss u so much i cant even stop thinking of u. I always cry at night because i love you. We will dua' for u dad . We want u to get your visa. But it will not be fun if you get your visa because we dont to stay a other year. We love u and miss u so much.

ps :we miss u and loveyou

We want u to get your visa. But it will not be fun if you get your visa because we dont stay a other year. Maksud dia...ialah dia risau kalau ayah sambung untuk setahun lagi. Dia dah tak sabar nak balik Malaysia n berkepit ngan mama.
Ummi pulak sejak ayah takde asyik masak jer. Kenapa??? Hu..hu..huu...semalam ngan ari ni je dah 6 bijik kek ummi buat n yang surprisenya, semua dah habis. Kawan sekolah Afiqah siap nak beli lagi kek tu. Ha..ha.. swiss roll ngan sponge kek jer.. Sebenarnya kek sponge 1 n 2 tu adalah percubaan yang tak menjadi, tak puas hati .. buat lagi, kali ketiga barulah menjadik. Lepas tu testing kek sponge pulak, jadi n yummy, yummy, yum, yum. Buat 3, tiga2 selesai.

Tuesday, 21 October 2008

Ranting kering, dedaun nan luruh kembali berbunga bila tiba waktunya. Tapi bagi manusia bila sampai waktu kembali kepada penciptaNYA tak mungkin ada peluang untuk berpatah semula melainkan dengan kehendak NYA jua.
Ketiadaan ayah amat dirasai oleh anak2 dan pada saat inilah waktu terbaik untuk mengajar mereka tentang erti kematian, perpisahan, kehidupan, tanggungjawab dan berbagai2 lagi. Perpisahan yang singkat ini mengenalkan mereka pada perasaan rindu yang sebelum ini tak dapat dimengertikan kerana sentiasa bersama2 ayah. Ia juga mematangkan mereka, mulai belajar erti kedewasaan dan tanggungjawab. Masing-masing mulai sedar kehadiran ayah membawa makna yang tersendiri dalam hidup mereka. Ini jelas dari pertanyaan2 yang dikemukakan dan perbincangan sesama mereka. Sekaligus menjadikan mereka takut kehilangan ayah. Walaubagaimana pun Ummi harap anak2 faham, dalam apa keadaan sekalipun sentiasalah kembali kepada Pencipta kita Allah s.w.t.

Monday, 20 October 2008

Sendiri

Semua baju dah masuk dalam beg. Serunding ikan dengan ketupat pun dah siap bungkus. Kek dah masuk dalam bekas dan ada beberapa keping sandwich untuk alas perut. Insyallah cukuplah sementara mengenal sekitar mencari tempat sesuai untuk mengisi perut. Pukul 12.50 kami bertolak dari rumah dan singgah di masjid Airport untuk Solat Zuhur. Jumpa Ibrahim yang berasal dari France dan sempat juga dia beri beberapa panduan tentang France. Sampai airport lebih kurang jam 1.30, dan kami cuma dropped off abang kat airport. Hu..hu...hu, tak sempat nak sedih2, sebenarnya memang saja buat camni supaya taklah terasa sangat kesedihan tu. Lepas tu terus balik dan flight Abang berlepas pukul 2.15. Kesian dia...jenuh dok dalam flight, transit pulak 2 jam kat Bangkok, lepas tu ke Frankfurt, Germany. Dari Frankfurt barulah terus ke Paris De Gaulle, France. Doa kami agar Allah selamatkan perjalanan pergi dan balik dan moga dipermudahkan serta dilancarkan segala urusan. Amin.
Afiqah - "Mum, do you miss Dad?"
Mum - "What about you?"
Afiqah - "I don't know ......"
Aqmar - "I miss him a lot though ...."
Luqman - "......emmmmmmmmm"
Terasa kekosongan itu. Ini baru berpisah kat dunia belum lagi berpisah dari dunia. Kerana itu manafaatkanlah setiap saat yang ada kerana tak tahu entah bila tibanya masa.
Abang, Ayah, Daddy!!!!! We misss u lots! Don't forget the Eiffel Tower for us ....!!!

Sunday, 19 October 2008

Family Fun Day

Hari ni kami ke Family Fun Day yang dianjurkan oleh Voice of Islam di Zayed College. Program tu bermula jam 10.30 hingga jam 3.00. Kami sampai agak awal dan masih belum ramai yang datang. Di pintu masuk ada "door gift" berupa kayu siwak, biskut bijan dan biskut halia. Anak2 gembira dapat main apa2 permainan yang ada, semuanya percuma.


Apa nama gelongsor ni ??

Adik n Baby .... siapa jatuh dulu?!!!

Termenung jauh Cik Abang dua orang ni!!!

Luqman Mohamad vs Luqman Khan

Lepas face painting ..... bersama Ruqaiyah

Ada stall jual pop corn, aiskrim, sausage, sate dan murtabak. Selain tu ada jugak persembahan dari pelajar Al Madinah School. Bagus program ni cuma larat ke VOI nak taja tiap2 tahun percuma??? Dengar kabar hampir 10 ribu juga kos perbelanjaannnya

Friday, 17 October 2008

Doa Tak Dimakbulkan


Terbaca lagi blog seorang teman tentang kisah penjual tempe, menarik kisahnya. Doa penjual tempe itu tidak dimakbulkan tetapi bersebab. Aku setuju dengan cerita tu. 26 tahun yang lalu aku berangan2 dan memasang impian untuk belajar atau melancung ke luar negara. Lama aku memasang angan2 tu sambil tak putus2 berdoa, namun seolah2 doa itu tak pernah didengari. Tapi setelah 20 tahun, tiba2 peluang itu datang, bukan belajar atau melancung tapi tetap tujuannya ke luar negara. Kenapa agaknya selepas 20 tahun baru Allah kabulkan doa itu??? Dalam muhasabah diri berbagai kemungkinan dapat menjawab persoalan itu tapi biarlah hanya aku yang tahu. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.

Thursday, 16 October 2008

Demi MASA

The Message of Surah Al-Asr (Part 1)
Allah says: “By time! Surely the human being is at loss. Except for those who have faith and do righteous deeds and exhort one another to truth and exhort one another to patience.” [Sûrah al-`Asr]

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."


Allah telah pun bersumpah demi "masa". Bercakap soal masa, tadi aku terbaca blog seorang teman yang bercakap tentang masa. I really like it. Lebih kurang macam ni - dia sorang jer tahu hargai masa, masa kita dia tak peduli. Memanjang sibuk ................ Masa yang Allah beri sama je 24 jam untuk setiap makhluk atas mukabumi, tetapi bagaimana manusia mengendalikan/memanafaatkan masanya terpulang atas individu tersebut. Nak ambik 100 % masa tu untuk diri sendiri (tamaknya????/kedekut?????) atau nak bahagi-bahagikan untuk lain-lain perkara. Yang sering didengari berkaitan masa adalah skrip ni, "Aku sibuklah!" "Tak de masa lah!" Kenapa ya? Betul ke? Tak cukup ke 24 jam tu?

Wednesday, 15 October 2008

Sembang Pagi

Terima tetamu pagi ...Sis Sharifa. Dia nak pegi Haji 18 November nanti, happy dia maklumlah selepas 30 tahun mengabdikan diri membesarkan anak2. Menurut dia rasa pelik pulak nak pergi sorang2 sebab selama ni kalau pergi mana2 mesti ada "beg tangan". Anak dia pulak 8 orang, lagilah susah nak bergerak. Lepas satu cerita satu cerita kami bukak ..... tetiba teringin pulak nak tanya kalau2 dia tahu kenapa kat Masjid Umar tu tak benarkan perempuan solat Terawih dan untuk solat fardhu pun kena solat kat bangunan yang berasingan. Menurut dia masa mula2 nak buat masjid, memang dah ada perancangan untuk buat kemudahan untuk wanita tapi bila dah siap kemudahannya ada tapi ......... Yang tak pahamnya, dia orang tu tak pernah gi Mekah ke? Kan pompuan boleh solat kat masjid kat Mekah tu. Memanglah sebaiknya solat kat rumah tapi bila tengok senario ni seolah2 seperti menidakkan hak pompuan tu. Ni bukan untuk memperjuangkan hak wanita tapi sekadar nak cari penjelasan yang sebenar.

Tuesday, 14 October 2008

Sikap


Mana pulak nak parking ni? Hmmm...park sementaralah kat sini... lagipun ada driver dalam kereta so kalau apa2 hal tak risau sangat. Itu senario jer masa gi jemput Cik Abang balik uni. Janji 6.30 tapi disebabkan terawal beberapa minit maka aku pun park sementara kat parking lot yang bukan khusus untuk parking. Kalau nak parking pun, takde tempat kosong. Sementara menunggu tu tetiba ada kereta yang nak keluar parking dan ada pulak kereta yang baru datang sedang mencari parking. Oleh kerana aku memang ada kat situ, drebar kereta yang baru datang siap buat sign language lagi tanya samada aku nak masuk parking kosong tu atau tak. Aku geleng dan suruh dia masuk. Sikit punya bagus. Teringat masa kat Jusco Melaka, kita org siap turun lagi gi sound kat apek ni sebab sesuka hati dia jer ambik parking yang kita orang dah tunggu lebih dulu dari dia. Kat mana lah yang silapnya tu, sabar memang boleh sabar tapi yang ambik parking mengalahkan orang nak terberanak tu apa hal??? Kat mana perginya tolak ansur(toleransi), sabar, hormat menghormati??? Manusia memang tak sempurna termasuk aku, tapi seboleh mungkin cubalah untuk buat yang terbaik. Sesungguhnya setiap sesuatu itu adalah ilmu bagi yang ingin mempelajarinya.

Sunday, 12 October 2008

Catering

Bila kena masak dalca untuk lebih 100 org ni, teringat masa buat aktiviti ko kurikulum Kembara kat Uni dulu. Masa tu lah, coach ajar camana nak sukat beras untuk masak dalam kawah, belajar masak untuk kumpulan yang ramai walaupun hakikatnya masa tu memang aku tak tau masak pun. Macam mana nak tau masak, Form 1 dah kena masuk asrama, pas tu duk lah kat asrama sampailah habis uni. Tak sempat nak duk rumah belajar masak, orang dah datang meminang. Nasiblah.... makanlah apa yang patut. Bila dah kembara kat luar negara ni .... faham2 sudahlah. Tau masak ke, tak tau masak ke, hidup perlu diteruskan. Alhamdulillah berkat kegigihan dan keinginan untuk memenuhi selera keluarga, maka dapatlah sikit2 ilmu memasak ni.

"Mum, how do you know how to cook?"

"I do not know how to cook, but I do learn how to cook."

"But you are a good cook!!"

"Thank you love! Every mum is a good cook to their kids."(I suppose so)


Saturday, 11 October 2008

Happy Birthday Adik/Afiqah

Hari ni umur Afiqah genap 11 tahun. Sekejap jer masa berlalu, walau adik tak ingat tapi ummi tak pernah lupa bilamana adik terpaksa temankan ayah kat hospital waktu umur adik 28 hari. Waktu tu mama takde, pergi ziarah pusara Atuk Bidin kat Bukit Tinggi bila tiba2 Ummi dapat panggilan yang ayah dimasukkan ke Hospital Seremban. Ummi tinggalkan Luqman yang baru berumur setahun kat rumah Nek Jah dan terus ummi pecut pandu kereta dari Melaka ke Seremban. Sampai kat hospital sempat kena marah ngan nurse sebab ummi tak pakai stokin walau masih dalam hari/pantang. Ummi tak peduli dah, mana nak fikir Luqman, Adik dan ayah yang dah terbaring. Hari tu jugak ummi mintak uruskan supaya ayah dipindahkan ke Hospital Melaka untuk memudahkan ummi. Seminggu lebih jugak ayah kat hospital tapi Alhamdulillah, Allah bagi ummi kekuatan fizikal dan mental. Selalu jugak kena marah masa tu sebab dia orang takut ummi bentan, tapi .......... Pengalaman banyak ajar ummi, YAKIN akan doa dan janji2 Allah. Ummi yakin Allah hanya akan menduga hambaNYA setakat yang mampu ditanggung oleh hambaNYA dan di samping tu berdoa agar Allah beri kekuatan untuk menempuh semua dugaan tu. Dah 11 tahun masa berlalu Dik, Ummi harap Adik akan jadi wanita solehah yang cekal, punya jatidiri, sentiasa bergerak atas landasan Allah, berakhlak mulia dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Insyallah ummi sentiasa mendoakan untuk anak2 Ummi setiap saat detik berlalu. Amin.

Thursday, 9 October 2008

Cerita Raya

Baru hari ni dapat call mama sebab mama tak bagi call minggu lepas. Terlalu sibuk. Masa hari raya pertama pun tak sempat nak bercakap, cuma baby je yang sempat cakap sekejap. Maklumlah tahun ni rumah mama jadi rumah tumpuan. Disebabkan adanya Encik kat rumah maka semua anak2,( Pak Nyah n Mak Ani, Pak Lang n Mak Lang, Acik n Maksu) kenalah datang rumah mama kalau nak jumpa Encik. Dan ini bererti semua anak2 buah mama dan cucu2 pun semua wajib bertandang ke rumah mama. Mama kata pagi2 lepas solat raya Acik, K.Long Faiza n family, Yati n family datang. Belum sempat mama nak goreng mee hoon favorit, datang pulak yang lain2, sampaikan mama terpaksa cakap kat dia orang, siapa datang dulu, makan dulu. Tapi bila mee hoon mama dah siap masak, semua tak tunggu lagi, terus makan jer. Nasiblah saper datang dulu atau kemudian. Kesian mama, maklumlah kat rumah tu ada dia ngan Ani jer, tu je lah tenaga empat kerat yang ada untuk menjamu tetamu yang ramai. Bestnya ramai2, tak sabar rasa nak balik ...... seronok dapat tengok kemeriahan tu.

Tuesday, 7 October 2008

Blokart Heaven

Aqmar sedang beraksi dalam blokart.
Ikhwan pun tak nak lepaskan peluang.
Afiqah baru nak pilih Blokart.

Setelah sekian lama memerap jer kat Auckland, hari ni kami berpeluang beriadhah kat Blokart Heaven di Tauranga. Blokart ni adalah gabungan go kart dan sail. Memerlukan kemahiran mengendalikan stering dengan kuasa angin/layar. Nampak cam senang tapi tak semudah tu....

Monday, 6 October 2008

Buah Hati Ummi


Hari ni umur Ikhwan 15 bulan.
Ikhwan dah berjalan dan berlari.
Ikhwan ada 12 batang gigi.
Ikhwan suka menjerit.
Ikhwan suka tolong kemas tempat makan.
Ikhwan tolong angkat pinggan ke dapur.
Ikhwan tolong lipat tikar.
Ikhwan paling suka sapu sampah.
Ikhwan rajin buang sampah yang ada kat lantai.
Ikhwan panggil ummi ...Afidah.
Ikhwan boleh panggil tatak (kakak).
Ikhwan suka bila kakak2 bawak dia bermain atau berjalan2 kat luar rumah.
Ikhwan suka tengok burung.
Ikhwan happy bila dengar kakak ketuk pintu pukul 3.30 ptg.
Ikhwan cepat2 berlari kat tingkap nak lambai kakak bila kakak pergi mengaji.
Oh Ikhwan! Sekejapnya masa berlalu ...............

Ummi/Mama/Mak/Mummy/Emak .....

"Mum! Does anybody teach u how to become a mum??!!
That's a good question my little lady! You are such a brainy one. Siapakah yang menanyakan soalan tu???.... tak lain tak bukan Afiqah. Dia selalu bertanya soalan yang pelik2 tapi mantap. Jawapan pada persoalan itu,
"Yes, Allah teaches me. But it doesn't come with a manual."
"Then how do you know how to take care of us?"
"How do you know how to take care of Ikhwan when he was born?"
"Allah knows best, so make dua' and he will tell you what to do if you are stuck."

Sunday, 5 October 2008

Selamat Hari Lahir Luqman!!


Hari ini Luqman sambut ulangtahun ke 12. Dah besar anak ummi, rasanya macam baru semalam ummi bersanding di pelamin dan hari ni Luqman dah pun berusia 12 tahun. Waktu mengandungkan Luqman, ummi sibuk belajar, dan satu peristiwa yang tak mungkin ummi lupa ialah sewaktu naik bas dalam Kampus kat UiTM Shah Alam.... Ada ke patut drebar bas tu bawak mengalahkan kat trek Formula 1, bila tiba kat corner dia putar habis stering sampaikan besi pemegang yang Ummi pegang tercabut dan ummi pun jatuh terduduk. Alhamdulillah tak apa2. Masa nak bersalinkan Luqman ummi travel jauh jugak, pukul 2 pagi ummi terjaga ..... ehhh kenapa tilam ni basah, telefonlah ayah Luqman kat Seremban ...dia suruh kejutkan Mak Long. Sudahnya malam tu Mak Long dan Pak Long kena hantar ummi ke Seremban, dari Seremban, kita pegi pulak hospital Melaka. Dah sampai Melaka doktor kata belum tiba masanya. Dah dkt 2 hari kat hospital, setelah puas ummi berdoa agar Luqman keluar, akhirnya keluar jugaklah. Dan pada hari yang sama arwah Atuk Bidin pun discharge dari wad. Nak tengok cucu sulung dia!!! Mama yang banyak jaga Aluq sebab ummi belajar lagi ...... alhamdulillah selepas 12 tahun mama masih lagi dapat bersama-sama kita memberi ucapan Selamat Hari Lahir.

Moga Ahmad Luqman jadi anak soleh, hafiz, berakhlak mulia dan sentiasa berpegang pada tali Allah. Amin

Wednesday, 1 October 2008

Eid Mubarak


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Mungkinkah ini raya terakhir di bumi asing ini?
Mungkinkah ini Ramadhan terakhir di bumi asing ini?

Yang pasti hati merintih mengharap agar dapat bersalaman dengan mama dan sanak saudara di hari mulia ini.

Friday, 19 September 2008

Khayalan???

Takut tak kalau dok kat dalam rumah yang takda letrik, waktu malam, sorang-sorang? Ada yang takut dan ada yang tidak tapi kengkadang tu seriau jugak. Naik jugak bulu roma. Camana kalau dok kat dalam kubur sorang-sorang? Belum lagi dengan nak jawab soalan kubur dari malaikat, azab kubur lagi, binatang yang bermacam-macam ......eeeiii takutnya. Banyak manalah amal yang ada sekarang...kalau tetiba jer Allah ambik nyawa hari ni saat ni. Ya Allah berilah kekuatan iman pada hambaMU ini, moga dapat ditambahbaikkan semua amal perbuatan.
Kalau manusia dapat tengok Malaikat maut macam iklan Accident kat TV tu macam manalah agaknya ya? Mesti tak senang duduk, mana taknya tiba kat simpang jalan nampak Malaikat maut tengah dok tunggu. Entah giliran saper lah pulak hari ni. Giliran aku ke, giliran orang dalam kereta depan tu ke atau kereta belakang, kiri,kanan atau giliran siapa???
Malaikat yang bawa rezeki pulak kalau turun mesti suma suka. Harap-harap dia datang kat aku. Tapi kalau tak datang kat aku tu apa tandanya?? Adakah petanda Malaikat Maut akan mengambil tempat??? Sebab, bila rezeki dah tak ada, bererti kematianlah yang menanti.
Setiap titisan hujan yang turun ke bumi ada malaikat yang menatang, setiap helaian daun yang mencecah bumi telah Allah tetapkan, setiap kerlipan mata juga ada yang menguruskannnya dan bermacam-macam lagilah. Menakjubkan kan??!!! Subhanallah!!! Alhamdulillah!!! Allahuakbar!!!

Tuesday, 16 September 2008

.....................


Entah kenapa hati rasa sayu sangat. Tiba-tiba rasa rindu pada Baitullah menggamit perasaan hingga membuat hati jadi tak keruan. Sedar tak sedar dah 15 hari Ramadhan berlalu...terlalu cepat. Berkesempatankah aku untuk menikmati Ramadhan akan datang dan berkesempatankah aku untuk kembali menyahut lambaian Baitullah??? Menunaikan salah satu rukun Islam. Teringat ketika mengelilingi kaabah tika menunaikan umrah, jauh di sudut hati begitu ingin sekali mengucup hajr aswad. Mungkinkah??? Hanya doa aku panjatkan tiap kali sujud agar Allah beri aku kelapangan dan kesempatan. Ternyata Allah tak pernah mensia-siakan hamba yang meminta, saat ada pembesar2 membuat lawatan ke kaabah dan kebetulan aku berada berhampiran hajr aswad, pengawal2 berkenaan menolak aku dan Ani untuk mengucup batu hitam itu. Subhanallah, maha suci Allah, bersihkanlah hatiku, terangilah ia dengan cahaya keimanan. Amin.

Saturday, 13 September 2008

???????


Have you ever seen - with your bare eyes - the air we breathe?

Do you have feelings? What are their colours, shapes and sizes?

What is sleep? What is its colour or weight?

How many things do we believe in without seeing them?

Thursday, 11 September 2008

Apa ya..!!!

Hari ni kami berbuka ngan adik-adik Undergrad kat Engineering Cafe bersama wakil MSD. Ramai jugak adik-adik yang hadir dan melihat dari persediaan dia orang, menampakkan betapa mereka berusaha. Majlis berjalan lancar dan teratur, insyaallah moga-moga mereka mampu menyumbangkan bakti buat negara suatu hari nanti. Kami tak tunggu hingga majlis selesai memandangkan anak-anak dah keletihan terutamanya Ikhwan. Maklumlah siang tadi Ikhwan letih dibawa ke hulu ke hilir bilamana tiba-tiba Ummi lihat ada cairan kuning keluar dari telinga kiri Ikhwan. Bila cakap ngan mama, mama kata cepat pergi Doktor sebab itu mungkin infectious. Pegi klinik Alia, doktor gi meeting so terpaksalah pegi klinik Universiti. Alhamdulillah tak de apa yang serius, cumanya doktor baru bagi antibiotik sebagai jalan terakhir selepas selsema n batuk Ikhwan yang dah lebih 2 minggu tak sembuh. Bagus jugak macam ni, kalau klinik n hospital kerajaan di Malaysia buat sistem memberi antibiotik sebagai penyelesaian terakhir, mesti banyak duit dapat dijimatkan.

Sunday, 7 September 2008

Kad Hari Raya

Minggu ni ayah pulak buat competition mencipta kad raya untuk anak-anak. Masa dah diberi 2 minggu lebih awal dan kad raya boleh dibuat menggunakan kemudahan komputer atau secara manual. Setiap orang perlu menghasilkan 3 kad dan kad yang dibuat menggunakan komputer akan dicetak. Siapa pemenangnya??? Ketiga-tiga adalah pemenang sebab semua kad yang dihasilkan memaparkan kreativiti dan kesungguhan masing-masing.
Luqman - kreatif dan menurut ayah, bila melukis dia seorang yang single line
Afiqah - kreatif dan menurut ayah juga dia seorang yang free line
Aqmar - kreatif dan cuba meniru kedua-dua idola di atas. Mampu menghasilkan sesuatu yang "outstanding" berbanding umurnya.
Oleh kerana ketiga-tiga adalah pemenang maka tak adalah drama airmata, kalau tak jenuh ummi nak kena pujuk. Kali ni hadiah tak seberapa, maklumlah dengan keadaan yang serba kekurangan kat sini. MP3 untuk hadiah competition hari tu pun bukannya dibeli tapi dapat percuma masa mendaftar untuk bank 2 tahun lalu. Kat sini jer berpeluang nak buat aktiviti macam ni, kalau kat Malaysia tak tahulah. Sibuk dengan beg sekolah berat, homework lagi, tution lagi, ko kurikulum lagi dan ntah apa-apa aktiviti sampingan lain. Jadi manafaatkanlah apa yang ada sebaiknya.

Saturday, 6 September 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

Dah lama tertangguh hasrat nak jengok Jaz dan Suzie yang baru menimang cahayamata sulung, Al Khafiz.Oleh kerana hari ni ada masa terluang sementara tunggu anak2 ke kelas pengajian Al Quran, maka kami pun pergilah ke rumah mereka. Sampai di kawasan alamat yang diberi, kami pun mengetuk pintu rumah berkenaan, yang keluar adalah seorang wanita kulit putih dan seorang wanita India bersama anaknya. Alamak! Kami dah salah rumah ke ....memang betul pun. Rupanya rumah Jazz selang beberapa pintu.

Tapi yang menariknya wanita India tersebut tiba2 bertanya, "U orang Malaysia ke?"
"Betul! Kami orang Malaysia. U pun dari Malaysia jugak?" "Ha..ah. tapi I dah 10 tahun duduk sini, kerja kat airport." "Fasihnya bahasa Melayu U!" "Alah I biasa cakap Melayu sebab I kerja kat airport. Bulan Oktober ni pun I nak balik Malaysia, rindu!!"


Begitulah sebahagian perbualan kami. Tak terkejut pun bila dengar Mary bertutur dalam bahasa Melayu sebab rasanya dah beberapa kali kami terserempak dengan warga Malaysia tapi bukan berbangsa Melayu bertutur dalam bahasa Melayu. Bangganya kerana "mereka" masih memartabatkan bahasa itu.

Life Is a Gift



Life Is a Gift
Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to for a companion.

Today before you complain about life - Think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.

Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep -Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive - Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job -think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without error and we all answer to the Divine.

And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and thank the Divine you're alive and still around.

Wednesday, 3 September 2008

Hati Terusik



Rindu kat mama!! Mesti mama pun rindukan kami. Dah Ramadhan ni biasalah mama sibuk, pagi tadarus, petang tadarus, malam terawih n lepas tu tadarus lagi. Biasanya dulu-dulu macam tu, pukul 11 atau 12 mlm baru mama balik. Bila Encik dah ada kat rumah ni tak taulah samada masih berterusan dengan jadual tu atau tak. Bila tengok kegigihan mama, tak terbuat rasanya. Semangat mama kuat .... Mama.....rindunya kat mama!!!

Tuesday, 2 September 2008

Nikmat dan dugaan


Hari ni hari pertama puasa dan hari ni pulak ada house inspection. Tak larat rasa badan ditambah dengan rutin Ikhwan menyusu. Sabarlah hati..... sabarlah tubuh....sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terbilang. Badan rasa tak sihat dan kepala dah mula bengal, asyik bersin2 pulak tu. Tapi gagahkan jugak pegi daftar sekolah Afiqah sebab dah janji dengan sekolah nak datang hari ni. Alhamdulillah Afiqah dapat biasiswa untuk semua uniform dan yuran serta peralatan sekolah. Balik terus tido, sedar2 dah pukul 5.10 ...lauk tak masak lagi. Bila masuk dapur terus bengong, nak masak apa ya??? Afiqah n Aqmar nak makan garlic bread n Mushroom soup, so dia org dah siapkan garlic bread cuma buat mushroom soup jer. Goreng ikan n abang tumbuk sambal belacan. Tu lah menu berbuka hari ni. Mama...sedihnya, rasa nak lari balik jer. Kalau kat Malaysia pun tak delah berbuka sakan tapi ntahlah....

Monday, 1 September 2008

Ramadhan

Ramadhan! Ramadhan! Tak sabar aku menantikan kedatanganmu. Saban ketika aku mengharapkan agar Allah beri aku kesempatan untuk bertemu kau semula dalam keadaan siap sedia. Dan wajarkah kiranya aku bergembira bilamana beberapa hari lagi bakal berkunjungnya kau sedangkan aku tak pasti aku masih kekal bernafas tika itu? Hanya doa yang mampu kupanjatkan agar Allah temukan kita.

Waktu di sekolah dulu, Ramadhan sangat aku nantikan. Tibanya bulan puasa bererti kami tak perlu berlari dan beratur menuju dewan makan lepas tamat sekolah, usai solat Zuhur maka bersedia untuk kelas persediaan petang. Dan bila hampir tiba waktu berbuka barulah semua bersesak-sesak beratur di pintu dewan makan. Yang pasti aku akan jadi orang pertama atau kedua keluar dari dewan makan dan berlari ke surau atau padang untuk memastikan mendapat tempat di saf pertama untuk solat Terawih. Tiada istilah ponteng Terawih kerana nikmatnya menunaikan solat Terawih itu tak terucap oleh kata-kata. Bersolat di padang dengan bertemankan tiupan bayu malam dan bersuluhkan bulan dan bintang cukup merangsang kekhusyukan. (Pada usia beban fikiran tidak seberat mana). Terasa kerdilnya aku di bumi ciptaan Allah.

Sunday, 31 August 2008

Merdeka. Merdekakah kita????


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Aku bangga jadi rakyat Malaysia.... bangga menjadi cucu cicit pejuang kemerdekaan yang berani mempertahankan hak mereka dari genggaman penjajah. Kalau dulu, semangat cintakan tanahair ni kurang sebab kurangnya ilmu dan pengalaman tapi seiring dengan bertambahnya usia maka aku semakin menyedari nikmat kemerdekaan. Kalau tidak, jadilah macam negara NZ ni yang tak jugak lepas-lepas dari gengggaman penjajah. Rakyat pribumilah yang merana. Penjajah mengawal segala hasil yang diperolehi, hendak tak hendak terpaksalah ikut.

Saturday, 30 August 2008

World War I n II

Sejak kebelakangan ni aku suka pulak baca buku cerita yang berlatarbelakangkan Perang Dunia I dan II. Kebanyakan buku tulisan "Katie Flynn" berkisar sekitar tahun 1920 an hinggalah Perang Dunia ke 2 tamat. Seronok bila dapat pergi balik ke zaman tu, penulisan penulis pulak sangat terperinci dan siap dengan rujukan lagi, jadi sedikit sebanyak bolehlah dipercayai. Semasa peperangan berlaku, kebiasaannnya anak-anak dihantar ke luar bandar atau ladang-ladang untuk tujuan keselamatan kerana tempat2 tersebut tidak diserang. Dan bagi yang tinggal di bandar, bila tiba waktu darurat mereka akan pergi ke tempat-tempat perlindungan yang disediakan. Makanan dicatu dan harus menggunakan kupon. Dalam "Beyond The Blue Hills" Laura Collins berusaha membesarkan 2 anak perempuannya Tess dan Tina setelah kematian suami. Manakala di Manor Farm Danny dan kekasihnya Sophie bercadang untuk berkahwin dan mengusahakan ladang mereka manakala Phil sepupu Danny tidak sabar untuk lari dari kerja-kerja ladang. Walaubagaimana pun peperangan mengubah segalanya.......

Saturday, 23 August 2008

Pertandingan Mencipta Movie

Hujung minggu ni ummi buat pertandingan mencipta movie menggunakan software Movie Maker. Peserta pertandingan adalah Luqman (12 tahun), Afiqah (11 tahun) dan Aqmar(9) tahun. Ikhwan tidak dapat menyertai pertandingan kerana belum cukup umur. Mereka diberi masa 2 jam untuk menghasilkan movie menggunakan semua keperluan yang telah sedia ada. Hasilnya :- Afiqah diumumkan sebagai pemenang pertandingan kerana kreativiti dan usaha. Banyak yang dapat dipelajari dari pertandingan ni, karakter setiap peserta juga dapat ditelah dari penghasilan movie tersebut. Luqman memang artistik, pilihan foto ada temanya yang tersendiri yakni sejarah malangnya jangkamasa movie cuma 42 saat. Afiqah menghasilkan intro yang kreatif setanding dengan usianya, pilihan foto menarik walaupun sedikit emosional kerana mengkhusus pada individu. Aqmar pula menghasilkan intro yang sangat bagus melepasi tahap usianya, pilihan foto menarik walaupun kesudahannya agak tergantung. Selepas pemenang diumumkan dan pemenang menerima hadiah, peserta yang kalah telah menangis kerana kalah. Hmm…. Akibatnya ummi terpaksa memujuk peserta2 yang kalah kerana hadiah yang diterima sangat menarik iaitu MP3. Insyaallah lain kali ummi buat pertandingan lain dan jika ada rezeki ummi sediakan hadiah yang lebih menarik. Adakalanya ummi dan ayah harus jadi lebih kreatif untuk lebih mengenali anak2. Moga anak2 sentiasa dalam lindungan rahmat Allah dan diberi ketetapan iman. Amin

Thursday, 21 August 2008

Santai

Baru habis baca buku Free Fall - The seventh in the revenge of the Sisterhood Series (Weekend Warriors, Payback, Vendetta, The Jury, Sweet Revenge, Lethal Justice) by Fern Michaels. It is the gripping finale of the Sisterhood series about yoko who ached for revenge all her life. Yoko must punish her father, now an international movie star. Justice has been a long time coming ................ Best jugak baca buku camni, manalah author ni dapat ilham yang pelik2 camni. Sampai hati Yoko curah industrial glue kat Lyons pulak tu dalam keadaan yang ...tut.tut

Wednesday, 20 August 2008

Emmm...

Bila bangun tido mesti fikir apa nak buat untuk bekal anak2 sekolah. Kebetulan malam tadi baca buku "Japanese Women Don't Get Old Or Fat by Naomi Moriyama & William Doyle" maka terhasillah Sushi pagi ni. Lama tak buat Sushi, bukan apa..... semuanya kena tengok mood. Ikhwan pun suka sushi nampaknya so bolehlah ummi buat lagi lain kali ya.

Monday, 18 August 2008

Present Mum

Seronok tengok gelagat Rachael Ray pagi2 ni. Kebetulan yang dijemput adalah Cindy Crawford, bukanlah idola aku tapi jawapannya pada soalan dari penonton mencuit rasa. Soalan penonton, "Ada tak apa2 lagi yang kau nak buat?" Kata Cindy, "I want to be a Present Mum". Kalau ikut pemahaman English kokak aku ni, maksud dia, dia nak sentiasa berada di sisi anak2 bila mana diperlukan.

Terimbas perbualan dengan anak2 beberapa hari yang lalu. Ummi dengan ayah selalu takde kat rumah masa kat Malaysia dulu. Asyik pegi kerja je. Sekarang baru Ummi ada kat rumah n masak untuk kita. Itulah rungutan 3 orang anak yang dah pandai bercakap (mujur sorang belum pandai bercakap lagi). Mama jer yang jaga kita, masak untuk kita. Sebab tu kita sayang mama (mujur yang jaga dia orang adalah mama dan bukannya pembantu asing). Terpegun sejenak.... salahkah mereka meluahkan rasa?? salahkah mereka mengutarakan pandangan?? sedangkan semuanya benar belaka. Penafian terhadap pandangan tersebut merupakan dusta semata-mata. Memang betul pun, ummi dgn ayah kerja dari awal pagi lepas hantar anak2 sekolah sampailah pukul 4 petang. Ayah balik lewat lagi. Masa dgn anak2 cuma dari 4.30 hingga 9 malam. Cukup ke??? Tanya pada hati, tanya pada diri, tanya pada tanggungjawab ......
Jadi bila dianugerahkan Allah peluang untuk "Bercuti Tanpa Gaji", ia merupakan satu nikmat yang tidak terhingga. Di sinilah rupanya peluang untuk menjadi "Present Mum". Dan keadaan di sini juga banyak membuka peluang tersebut walaupun tak semua peluang dapat dicapai.
Apa yang bakal terjadi bila pulang nanti ?????? Kerja menanti .... mampukah untuk aku kekalkan "Present Mum"??? Yang pasti meski Allah jadikan bumi ini dalam waktu yang singkat (berbanding keupayaan manusia) yakni 7 hari namun ciptaanNYA lengkap. Al Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan, insyaallah...

Saturday, 16 August 2008

Nisfu Syaaban

Baca Surah Yassin 3 kali selepas maghrib. Puasa. Itulah yang biasanya diamalkan. Walaubagaimana pun menurut seorang Shaikh/Imam melalui ceramah yang disampaikannya di Masjid Ponsonby pada hari Sabtu selepas Maghrib, amalan tersebut tidaklah menjadi amalan nabi. Apa yang nabi lakukan di bulan Syaaban yang mulia ini adalah membanyakkan puasa dan solat sunat sebagai latihan sebelum tibanya ramadhan. Dan satu perkara penting yang berlaku dalam bulan ni adalah kiblat dipindahkan dari Baitul Maqdis ke Baitul Haram.

Friday, 15 August 2008

Cik L

Dapat e mel dari Kak Is. Dia baru selesai bentang usulan Phd dan dah lepas pun. Alhamdulillah. Lepas ni mesti collect data pulak. Di samping tu kata dia ada berita gembira, Cik L ex supervisor Masters kami gagal Phd dia di UPM. Innalillahi wainnailaihi rajiun. Kenapa berita gembira?? Sebabnya mengenangkan apa yang dia dah buat pada kami....Kak Is, Kak Fil, Aku, Tie, Aton, Zaimah dan ramai lagi yang di bawah seliaan dia. Masih aku ingat .... masa buat paper koperasi dgn Cik L, kami kena cari beberapa koperasi untuk buat perbandingan dari pelbagai segi. Minimum 3 koperasi jadi dalam kesibukan bekerja dan melayan suami dan anak2, terpaksalah berlari ke sana sini untuk menemubual staf2 koperasi berkenaan yang berada di berbagai lokasi. Papernya cuma 3 kredit tapi kerjanya ...hai..Itu baru satu paper, belum paper yang lain2 lagi. Setiap kali bila ada temujanji dengan Cik L kami semua mesti gelabah, kenapa??? Tak tahu apa pulak yang nak diubahnya lagi dalam tesis tu... Tiap2 kali jumpa mesti kena tukar sana, tukar sini tapi tak beritahu camne yang patut buat. Ajarlah sikit atau bagi panduan ...ni tidak. Hmm..biarlah perkara dah lepas. Meski aku rasa tak pernah dapat memaafkan dia tapi rasa tak sampai hati. Selagi Allah izinkan sesuatu itu berlaku maka pasti ada sebabnya. Moga Cik L belajar dari kegagalan dia, dan moga Allah tunjukkan kebenaran buat dia. Amin

Wednesday, 6 August 2008

Happy First Birthday IKHWAN

Selamat Ulangtahun yang Pertama Ikhwan.

Tak terasa begitu pantas masa berlalu. Tangisan pertama itu masih segar, sedar-sedar Ikhwan dah mula berjalan. Terasa cukup puas dapat bersama Ikhwan setiap saat berlalu, sedikit terkilan....ummi tak dapat berbuat demikian untuk abang dan kakak-kakak kerana ...???? Pelbagai alasan di sebalik semua itu.

Doa ummi agar Ikhwan jadi anak soleh, diberi ketetapan iman, sentiasa dalam keberkatan Allah dan diberikan semua yang terbaik oleh Allah.

Thursday, 31 July 2008

Selamat Pulang Shita

Selamat pulang ke Tanahair Shita. Maaf kami tak dapat hantar ke airport tapi doa kami sentiasa mengiringi Shita di mana jua. Moga Allah mudahkan semua urusan dan insyaallah kita jumpa di Malaysia.

Friday, 18 July 2008

Aktiviti Cuti Sekolah

Sekadar menggembirakan hati anak2 setelah seminggu bercuti di rumah. Nak berjalan ke tempat yang jauh....hampir 90% pelusuk Pulau Utara ini telah kami jelajahi. Lagipun cuaca sekarang tidak begitu mengizinkan. Hujan setiap hari dan adakalanya tiupan angin kencang yang turut menggegarkan perasaan.



Afiqah dan Aqmar tak kekok di lantai ais ni cuma Luqman yang teragak-agak. Memang nampak mudah tapi bilamana aku sendiri berada di pentas aksi ...ha..ha.. 2 3 kali jugak punggung mencecah lantai. Basah. Mujur ada afiqah dan aqmar yang setia memimpin ummi.

Monday, 7 July 2008

Encik Lelaki


31 Disember 2005 adalah kali terakhir kami jumpa Encik (ayah kepada mama = datuk kami). Waktu tu Encik tengah membersihkan halaman rumah kat kampung. Kami ucapkan selamat tinggal dengan harapan dan doa moga bertemu lagi. Dalam usia setua itu Encik masih gagah dan sangat berdisiplin. Kalau tak silap waktu tu usia Encik 94 atau 95 tahun. Dan hari tu waktu aku pulang, jodoh masih bersama kami. Encik masih berpeluang untuk bertemu dengan cucu yang ke 17 dari 29 dan cicit yang terkini iaitu yang ke 65 dari 65 orang. Luqman, Afiqah, Aqmar n Ikhwan panggil Encik A’kong ala-ala Cina gitu. Arwah Encik perempuan dulu dia orang panggil Po Po. Mengikut kata mama, moyang aku iaitu ayah pada Encik memang berasal dari Tanah Besar Cina dan datang ke Malaya barulah memeluk Islam. Satu tabiat Encik yang rasanya tak pernah berubah adalah bila makan dia mesti guna sudu n garpu tak kira di mana jua. Encik memang berdisiplin, maklumlah dah terdidik sebagai polis. Jadual hariannya tetap, bangun pagi, bersiap, sarapan then mengaji. Lepas lunch dia akan duduk kat porch dan baca paper. Pas tu dia masuk dan tidur petang sekejap. Lepas Asar dia minum petang dan lepas minum petang dia rehat kat ruang tamu. Malam lepas Isha baru dinner then lepas tu dia tengok tv. Kat rumah mama memang ada channel Astro, pandai pulak Encik tekan channel favorit dia. Aku yang lahir dalam zaman teknologi moden ni pun terkial-kial nak membiasakan diri dgn channel Astro tapi Encik selamba jer. Tabiklah Encik! Harap-harap Allah panjangkan umur mama dan kami agar sama-sama berpeluang untuk menikmati nikmat Allah sebagaimana Allah kurniakan buat Encik. Ya Allah! Panjangkanlah umur kami agar dapat kami mensyukuri nikmatmu sebagaimana yang telah engkau tetapkan Amin.

Sunday, 29 June 2008

Mama...doakan kejayaan kami!

Terlalu sekejap masa berlalu. Tak puas rasanya menghabiskan masa bersama mama dan Ani. Baby sempat makan tosei 3 kali dan mesti dia takkan lupa ..... karipap, donat, nasi lemak dik!!!!! Kat pasar Melaka.

Saturday, 28 June 2008

Membeli belah


Tiap-tiap hari mesti pegi shopping. Sedar2 dalam dapur mama dah penuh dengan kotak-kotak barang. Beli kasut jer entah berapa pasang, makanan tak usah ceritalah..., baju lagi, buku lagi dan pokoknya segala-galanyalah yang boleh diborong dan dibawa pulang. Mengenangkan betapa mahalnya harga di New Zealand sedangkan kat Malaysia harganya tak seberapa, itu pun kalau masih tak tahu nak bersyukur tak tahulah. Memang patut pun rakyat Malaysia ni bersyukur, kat NZ tu kerja macam nak mati pas tu bayar cukai tinggi, depa guna untuk Boobs Parade. Ha..ha..rugi betul lelaki yang bakal memiliki, dah ramai yang share. Apa nak buat ....

Packing punya packing, dah masuk 5 kotak berlebih ...jawabnya kena pos lautlah. Luggage untuk bawak dah ada 2 kotak 2 beg besar, semuanya lebih kurang 50 kilo lebih. Harap2 boleh lepas.
Teringat perbualan mama n baby tadi.
"Mama, kita nak pegi mana?"
"Nak pegi Giant."
"Giant tu sape mama?"
"Giant tu kawan Doraemon."
Bila sampai Giant, jomlah baby kita masuk rumah hijau kuning Giant!!!!


Friday, 27 June 2008

Rajinnya


Ikhwan tak sampai hati tengok rumah mama tak berkemas sebab hari2 kami keluar shopping so dia pun menjalankan tugas. Mula2 ambik penyapu, lepas tu sapu ......

Thursday, 26 June 2008

Misi-misi balik Malaysia

Banyak yang nak buat tapi sempat ke??? Hari ni ada temujanji ngan doktor pukul 10.00 kat Hospital Putera. Masa yang sama nak pegi tampal gigi n mama nak bawak Encik pegi klinik. Jadi mula2 pegi temujanji, lebih kurang 45 minit dgn Dr Chua. Buat blood test, result akan dipos. Selesai kat hospital kami pegi Shopping, dah penat shopping, balik ambik Encik untuk pegi klinik. Daftar Encik dan masa yang sama daftar kat klinik gigi dan daftar untuk Ikhwan. Kebetulan Ikhwan demam sikit jadi kelanjur tu ambik ubat sekalilah. 3 perkara serentak dan yang kelakarnya semuanya macam diatur-atur jer, Allah yang memudahkan semuanya. Gigi dah ditampal, Encik dah buat dressing dan Ikhwan pun dah dapat ubat. Balik hantar Encik kat rumah, kalau tak nanti dia penat nak mengikutkan kita orang yang macam tak reti-reti nak berehat.


Malam ni mama ajak kawan2 mengaji baca yasin kat rumah. Mama dah booking awal, mulanya nak masak lamb yang kita orang bawak balik tapi tak sempat. Sudahnya buat menu favorit rumah ni iaitu "mee hoon goreng mama". Kakak2 dan makcik2 yang datang pun bawak potluck jugak. Walaupun penat tapi happy.

Monday, 23 June 2008

Menunaikan Hajat

Sejak turun kapalterbang kami asyik menghitung hari.... masa terlalu singkat. Perlu dimanafaatkan sebaiknya.



Sempat ke Masjid Kg Hulu untuk solat Maghrib dan lepas tu kami ke Jonker Street. Jalan2 cari jewellery kiriman Afiqah


Sunday, 22 June 2008

Hujung minggu

Malam tadi tetiba je air cond terpadam sendiri. Alah…panasnya. Kesian Ikhwan. Pagi ni pulak takde air. Apa lah punya cerita bila orang New Zealand balik macam-macam pulak yang jadi. Abis nak mandi macam mana ni??? Kalau kat NZ masa winter ni bolehlah mandi 2 hari sekali, kat sini, tido pun berpeluh. Jadinya Baby n Ikhwan pun bermandi manda kat luar. Baby siap berkemban lagi dan Ikhwan paling seronok dapat main air. Tak pernah dia org dapat peluang ni.



"Esok baby nak sarapan apa?" tanya mama. Soalan ni macam dah jadi soalan tetap, tak pada hari sebelum, pada hari yang berkenaan. Jadi pagi ni kita ke Mc Donald. Mc Donald mana ya yang selesa. Jom pegi Mahkota Parade, teringin nak tengok perubahan Padang Pahlawan yang dah hilang status padangnya.

Saturday, 21 June 2008

Malaysia oh Malaysia!!!

Pesawat mendarat di KLIA lebih kurang jam 8 malam. Beerti afiqah, luqman n abang dah lena dibuai mimpi. Mama dan Anie dah sedia menunggu. Terus kami bertolak ke Melaka. Dalam perjalanan kami sempat singgah di R & R Seremban. Anie tunaikan hasrat baby nak makan KFC. Ramainya orang.... kalau 2 tahun yang lalu rasanya taklah sesibuk ni R & R ni melainkan cuti sekolah. Tapi sekarang, cuti hujung minggu pun dah ketara sesaknya.

Walaupun dah agak lewat bila sampai kat Alor Gajah tapi kami singgah jugak rumah Mak Lang. Jumpa Encik sekejap. Sampai rumah mama kami terus tidur tapi jet lag
punya pasal, pukul 3 pagi dah terbangun. Nak buat apa ek??? Ikhwan pun tak boleh lelap lagi...

"Pagi ni baby nak sarapan apa?" tanya mama. "Nak makan roti canai dengan teh tarik boleh tak?" Jom siap!!! nak makan kat Kedai Haji Husin dah lewat, biasanya roti dah habis. Jadi kami ke Pringgit. Sedapnya teh tarik tapi urgh manisnya!!! Dah lama tak minum susu pekat, memilih pulak tekak ni.

Lepas makan kami ke Pejabat Pesara, Jalan Hang Tuah. Hish tak sangka jambatan dan sungai dah berubah wajah. Ada bot lagi... utk melayari sungai melaka.

Friday, 20 June 2008

Malaysia.... nantikan kepulangan kami!!

Alhamdulillah...terubat jua rindu. Rindu sangat kat mama, teramat rindu. Selebihnya adalah rindu pada yang lain-lain. Akhirnya dapat jugak balik walaupun sekejap. Yang paling gembira tentulah baby, tapi kesian Afiqah n Luqman. Takpelah ya, insyaallah ada rezeki kita balik sama-sama bila ayah dah selesai.


Baby di Auckland Airport. Setia menanti panggilan masuk pesawat.

Wednesday, 18 June 2008

Ayah

Hari ni 18.06.2008 genap 11 tahun ayah pergi meninggalkan kami. Kepergian ayah sesungguhnya memang tidak diduga. Tanggal 2 Jun 1997, ayah dan mama mengucapkan Selamat Tinggal pada kami sebelum berangkat ke Bukit Tinggi, Indonesia untuk bercuti selepas beberapa lama ayah terlantar sakit di C.C.U. Mulanya ayah nak ke Thailand tapi ntah kenapa fikiran ayah berubah maka berubahlah destinasi percutian mereka. Beberapa hari di sana ayah jatuh sakit semula dan ditempatkan di Hospital Ahmad Mokhtar, Bukit Tinggi. Waktu tu cuma mama saja yang menemankan ayah jadi aku ambik keputusan suruh Ani dan Achik ke sana menemani mama. Maklumlah hospital di sana tak macam hospital di Malaysia, walaupun berada dalam wad C.C.U pesakit perlu membeli ubat sendiri di farmasi luar. Pernah ubat kehabisan pada waktu malam dan mama terpaksa keluar mencari farmasi untuk membeli ubat. Lantaran itulah aku usahakan agar Ani dan Achik menemani mama di sana. Kenapa bukan aku saja yang ke sana??? Waktu tu aku sedang mengandungkan Afiqah 5 bulan dan Luqman pulak baru berusia 8 bulan. Memikirkan kesukaran pengangkutan di Indonesia menyebabkan abang tak berani melepaskan aku ke sana. Apabila sakit ayah sedikit kambuh, mama cuba usahakan untuk bawa ayah pulang tapi banyak pula halangannnya. Dan akhirnya pada 18 Jun ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kami ambik keputusan menyemadikan jenazah ayah juga di sana bilamana proses membawa pulang jenazah sedikit rumit. Alhamdulillah jenazah ayah selamat di sembahyangkan di Masjid Raya Bukit Tinggi selepas solat Jumaat oleh kebanyakannya pelajar2 yang menjurusi bidang agama di sekitar kawasan itu. Jenazah ayah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan, Gulai Banchah. Sesungguhnya mati itu pasti, bila sampai masa dan ketikanya, tak kira di mana jua kita berada , malaikat taat menjalankan tugasnya. Panggilan tanah di sana begitu kuat sekali hinggakan berbagai-bagai halangan dilalui untuk tidak memungkinkan jenazah ayah kembali ke bumi Malaysia. Bersemadilah ayah di sana ....... Ya Allah, rahmatilah ayah, tempatkanlah dia di kalangan insan beriman dan letaklah dia di kalangan insan pilihanMU. Amin

Friday, 13 June 2008

Happy Birthday Baby

Happy birthday baby! You are still my baby walaupun dah berusia 9 tahun. Moga-moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan inayahNYA untuk baby. Moga jadi anak Solehah dan hafiz serta bijak mensyukuri tiap nikmat Allah.

Saturday, 24 May 2008

sANTAI DI cORNWALL pARK

Sekadar mengisi kekosongan waktu di hujung minggu kami bersama keluarga Anas n Norhafizah dan Azman n Norisham berkelah di Cornwall Park. Seronok sesekali bersama....mencairkan otak yang tepu dan beku ....

Saturday, 10 May 2008

SELAMAT HARI IBU UNTUK MAMA TERCINTA

Mama, di kejauhan ini terasa betapa rindunya pada mama yang tidak terhingga. Bagai terasa-rasa pelukan dan dakapan hangat itu, namun itu cuma dalam khayal yang tak sampai. Bagaimanakah agaknya keadaan mama sekarang? Meski dalam usia menjangkau 64 tahun mama masih gagah berlari ke sana ke mari mengisi ruang-ruang waktu yang masih tersisa. Moga Allah berkati semua usaha mama, moga Allah kurniakan kesihatan yang baik agar mama dapat terus mengabdikan diri padaNYA dan pada Encik yang pastinya amat memerlukan mama.
Mama, moga kita diberi kesempatan untuk bertemu semula. Rindunya pada saat-saat sentiasa dapat bersama mama seperti dulu, setiap hari bersua wajah. Rindu untuk mengabdikan diri buat mama, moga Allah masih memberikan kesempatan itu buat kami. Tak terbalas budi mama .......
Mama, doakan kami..... doakanlah yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya Doa mama amat berharga untuk kami. Moga Allah lanjutkan usia mama, kurniakan kesihatan terbaik buat mama dan lindungi serta berkati hidup mama. We love you MAMA.

Friday, 18 April 2008

Hari Terakhir di freemans Bay School



Afiqah, Aqmar dan Ikhwan bersama kawan-kawan rapat di hari terakhir.

Tuesday, 15 April 2008

KD INDERAPURA


Sekadar selingan dalam melewati hari-hari yang berlalu di rantauan. Kebetulan kapal singgah di Devonport dan rakyat Malaysia khususnya pelajar dijemput maka kami memenuhi jemputan meski hujan turun membasahi bumi.

Friday, 14 March 2008

Buku utk 6 Bulan

Rezwana datang utk hantar buku Ikhwan. janji dgn dia sepatutnya jumpa di Playgroup tapi sebab Ikhwan tak berapa sihat so tak dapatlah nak tunaikan janji. Maaf ya Rezwana.

Waktu main ngan Ikhwan tiba2 dia ambil botol vicks dan hulurkan ke tangan ..... Seronoknya. Ikhwan dah semakin bijak berkomunikasi. Indahnya kehidupan dengan hadirnya kau dalam hidup kami....

Lepas Isyak kami keluar ke city menikmati keindahan malam. Cantik sungguh pemandangan di Viaduct Harbour namun ia tak mampu mengikis kerinduan akan kampung halaman.

Saturday, 16 February 2008

Sunkists Bay Reserve, Beachland



Menikmati keindahan ciptaan Allah.Subhanallah